Friday 3 May 2013

#PRU13 : IKBN PAGOH HASIL USAHA TAN SRI MUHYIDDIN UNTUK BELIA MALAYSIA !!! #LainKaliLah



Institut Kemahiran Belia Negara Pagoh (IKBNP) ditubuhkan di bawah Kementerian Belia Dan Sukan Di dalam RMK 7 menepati keperluan semasa di sektor industri. Institut ini mula dibina pada 23 Oktober 1999 dan disiapkan sepenuhnya pada 31 Oktober 2001 di atas keluasan 30 ekar. Institut ini terletak di Pagoh Muar Johor iaitu kira-kira 21 kilometer dari Bandar Muar dan kira-kira 2 kilometer dari Plaza Tol Pagoh.
Ini adalah bertujuan untuk memberi pendekatan latihan berasaskan pelaksanaan semasa iaitu meliputi pendidikan BIna Insan dan latihan Kemahiran. Pendidikan Bina Insan dilaksanakan melalui aktiviti keagamaan, kawad, kepimpinan, keusahawanan, ketatanegaraan, kemasyarakatan dan kesukanan. Latihan Kemahiran terdiri daripada kuliah teori (30%) dan latihan praktikal (70%). Institut ini juga merupakan salah satu Pusat Kecemerlangan bagi pengkhususan di dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.
Penubuhan IKBN adalah untuk menampung permintaan tenaga mahir yang semakin meningkat. Dengan ini ia dapat membantu menyelesaikan masalah kekurangan tenaga mahir negara. Kadar pengeluaran tenaga mahir adalah dijangkakan seramai 1200 orang apabila beroperasi sepenuhnya. Institut ini mula beroperasi pada bulan Januari 2003.



Sejajar dengan usaha yang berterusan untuk membangunkan IKBN Pagoh sebagai institusi latihan dan pembelajaran yang berorientasikan kemahiran, kecekapan IKBN Pagoh dalam mengurus maklumat adalah penting bagi memastikan maklumat yang tepat, terkini dan relevan dapat disediakan sebagai akses kepada pelawat atau sesiapa sahaja yang memerlukan maklumat berkenaan IKBN Pagoh.
Pelbagai program dalam bidang kemahiran ditawarkan secara sepenuh masa di IKBN Pagoh merangkumi kemahiran dalam bidang Pemesinan Am, Alatan dan Acuan, Mekanik Industri dan Kimpalan. IKBN Pagoh juga dilengkapi dengan kemudahan prasarana yang selesa dan kondusif serta kelengkapan latihan lengkap dan terkini. Maka diharapkan agar ianya menjadi pendorong kepada semua bakal pelajar kepada usaha menimba ilmu dalam bidang kemahiran dan seterusnya dapat melahirkan modal insan yang kompeten dan berdisiplin.
Selain pengukuhan institusi, sumbangan dan hubungan kepada komuniti juga tidak diketepikan. IKBN Pagoh sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri kepada komuniti setempat dengan penganjuran pelbagai aktiviti yang dianggap boleh memberi manfaat. IKBN Pagoh juga berazam menjadi pusat rujukan dalam bidang mekanikal untuk komuniti setempat.



Tuan Haji Abdul Hamid Bin Kasiman
Pengarah,
Institut Kemahiran Belia Negara pagoh,
Muar, Johor







Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh terus berhubung dengan pihak pengurusan.

Alamat:
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA PAGOH
KM 21, JALAN PANCHOR
84500 MUAR JOHOR
MALAYSIA

E-mail: ikbn_pagoh@kbs.gov.my
Telefon: 06-9737836
Faks: 06-9737837

http://www.ikbnpg.gov.my/



No comments:

Post a Comment