Wednesday 1 May 2013

#PRU13 : P143 PAGOH - PASAR MALAM MAOKIL BERWARNA BIRU #UndiBN #BetterNation

Tuan Haji Ismail Mohamed di tapak pasar malam Felda Maokil


30 April Felda Maokil - Mungkin kerana lapar atau mungkin kerana ingin menemani isteri beliau membeli belah di pasar malam felda Maokil. Mungkin juga beliau ingin bertemu dan beramah mesra bersama penduduk Felda Maokil yang membeli belah di pasar malam tersebut. Persoalan ini terjawab apabila jelas beliau nampak ingin bertemu dengan pengundi-pengundi di sini. Calon Barisan Nasional N07 Bukit Serampang pada petang ini telah turun padang ke kawasan tapak pasar malam dan juga melawat kedai-kedai yang terdapat disekitarnya. Beliau turut singgah ke kedai makan yang terdapat di tepi kawasan pasar malam dan juga yang terdapat di seberang jalan besar Felda Maokil. Beliau yang cukup dikenali oleh pengundi di kawasan ini jelas mesra dan mudah didekati oleh penduduk di sini. Atas jawatan beliau sebagai ketua pemuda UMNO bahagian Pagoh, jelas beliau amat disenangi dari pelbagai lapisan masyarakat di sini. Inilah peribadi seorang calon yang sangat sesuai bagi DUN Bukit Serampang.















No comments:

Post a Comment