Thursday, 2 May 2013

#PRU13: PERTAHAN MARUAH AGAMA, BANGSA DAN KEAMANAN #UndiBN #TolakPR


Calon BN Parlimen Ayer Hitam

Di Ayer Hitam, Tan Sri Muhyiddin menyeru pengundi yang akan keluar undi supaya menghargai undi mereka. Ini adalah kerana setiap undi rakyat Malaysia adalah untuk mempertahankan agama, bangsa, ideologi, budaya, ekonomi dan yang terutama ialah keamanan yang telah dinikmati agar ia tidak akan dijahanamkan oleh pihak yang berkepentingan untuk diri sendiri.

5hb Mei ini, adalah perjuangan semua rakyat Malaysia untuk menentukan samada memilih untuk nikmat yang berterusan yang dikotakan kerajaan BN atau memilih untuk merosakkan masa depan Malaysia oleh Pakatan Pembangkang. 

PAS letak calon Cina demi GILA NAK BERTANDING

“(Jadi) jangan masuk kepada kubu pembangkang kerana di sebalik pembangkang ini ada kuasa asing yang memang bersedia masuk ke Malaysia kalau (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) menjadi perdana menteri."

“Mereka akan mencampuri dasar mereka (pembangkang), program mereka dan ini bahaya sebab itu Allah nak tunjuk, dan parti pembangkang kini (pun) kian rapuh,” kata Timbalan Perdana Menteri. 

Tan Sri juga menyatakan usaha untuk mendapatkan sebuah negara seperti Malaysia bukan satu perkara yang mudah, sebaliknya memerlukan perjuangan daripada setiap rakyat. 

Jika pembangkang kata BN sudah lama sangat dan parti yang dah tua, bagaimana pula dengan Kit Siang dan Nik Aziz... apakah mereka masih muda? Kerajaan BN adalah kerajaan yang matang, jika dilihat apa yang ada hari ini... itulah hasil yang BN telah berikan kepada rakyat selama 56 tahun memerintah.

"BN tidak pernah menipu rakyat, tetapi apa yang nyata, kita sudah buat pelbagai perkara sejak 56 tahun lepas sehingga rakyat mendapat kehidupan lebih baik," tegas beliau.

Tetapi, apa si muda Kit Siang dan Nik Aziz telah berikan kepada rakyat Malaysia pula?

Oleh itu, kepada rakyat Johor... pertahankan agama, bangsa dan keamanan pada 5hb Mei ini


No comments:

Post a Comment