Thursday, 2 May 2013

#PRU13 : KETENANGAN DI PASAR MALAM PAGOH JAYA !!! #LainKaliLah



Sepanjang pemerhatian penulis terhadap pandangan di Pasar Malam Pagoh Jaya Johor, jelas menampakkan ketenangan kepada seluruh peniaga dan pengunjung di pasar malam ini. Di sebabkan keamanan yang di pertahankan oleh kerajaan BARISAN NASIONAL selama ini telah membuatkan keadaan disini tidak pernah menjadi kacau bilau atau pon huru hara walaupun dalm suasana pilihanraya yang semakin hampir sekarang.

Rata-rata baik peniaga atau pon pembeli di sekitar pasar malam ini selesa dengan tempat kemudahan yang kerajaan BARISAN NASIONAL berikan. Menurut salah seorang peniaga cina yang menjual barangan basah Mr. Lim dan isteri, beliau gembira dengan pemerintahan kerajaan BARISAN NASIONAL dari dahulu hingga sekarang. Menurutnya lagi, semakin lama semakin banyak tempat perniagaan yang kerajaan BARISAN NASIONAL sediakan sekarang membuatkan perniagaannya semakin berkembang. 

Menurut seorang peniaga melayu pakcik ramlan yang menjalankan perniagaan satay, beliau tetap akan menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin disini kerana Tan Sri telah banyak membantu menaikkan kawasan Pagoh ini. Dapat saya bayangkan bila HUB PENDIDIKAN telah di buka disini akan menjadikan kawasan disini menjadi tempat perniagaan yang terus berkembang maju. Seronok bila dapat melihat banyak UNIVERSITI akan di bina disini.

Untuk pengetahuan pembaca, pasar malam disini bermula pada pukul 5 petang dan berakhir pada pukul 9 malam pada setiap hari Rabu.

















No comments:

Post a Comment