Wednesday 1 May 2013

#PRU13 : KECOH..PENGANUT BUDHA SIA ONG FU TIDAK LEPASKAN CALON JORAK !!! #TolakPR #UndiBN


Bertempat di taman Pagoh Jaya Johor, Persatuan Penganut Budha "Sia Ong Fu" yang di pimpin oleh pengerusinya Tan Ky Seng telah menganjurkan satu majlis makan malam untuk memperkenalkan calon DUN JORAK N.08 Datuk Shahruddin kepada seluruh ahlinya. Kedatangan seramai 300 ahli pada malam tersebut telah membuktikan bahawasanya masyarakat Cina Sia Ong Fu akan tetap menyokong dan mengundi BARISAN NASIONAL pada pilihanraya terdekat ini.

Dalam ucapan pengerusi majlis iaitu Ng Sa Ngi, menyeru semua ahli turun beramai-ramai untuk mengundi dan membantu calon BARISAN NASIONAL agar calon PARLIMEN PAGOH dan calon DUN JORAK mendapat kemenangan yang besar pada pilihanraya umum ahad ini nanti. Ternyata kaum cina dari persatuan Penganut Budha Sia Ong Fu telah memberikan reaksi yang positif pada majlis makan malam tersebut.

Menurut pandangan dari salah seorang ahli en. Phua, dia berkeyakinan pada pilihanraya ahad ini BARISAN NASIONAL akan memenangi dengan jumlah kerusi yang besar atas dasar khidmat dan jasa yang tidak berbelah bagi pada rakyat selama memerintah sejak merdeka lagi. Katanya lagi mereka tidak percayakan pada parti pakatan kerana mereka hanya pandai berjanji, lihat saja kepimpinan parti mereka yang penuh dengan jawatan keluarga mereka sahaja. Janji mereka pada tahun 2008 di negeri pulau pinang, selangor, kedah dan kelantan hingga sekarang masih belom mampu di tunaikan. Sekarang bila tiba pilihanraya mereka berjanji sesuatu yang lain pula hanya semata-mata untuk menipu rakyat lagi.







No comments:

Post a Comment