Wednesday 1 May 2013

#PRU13 : JENAYAH DAERAH MUAR... BAHAYA ATAU SETAKAT TUDUHAN? #LainKaliLah

Seperti biasa pihak pembangkang akan cuba perluaskan skrip ceramah Kit Siang ke atas tuduhan keadaan keselamatan yang boleh menimbulkan ketakutan kepada rakyat. Calon PKR, Cikgu Saadun untuk N8 Bukit Serampang pun tidak ketinggalan mengulangi skrip Kit Siang. Yang menjadi persoalannya ialah, dari mana sumber dakwaan beliau kalau tidak bukan dari Kit Siang...


Terdahulu, kami telah menulis ucapan Kit Siang ketika berucap di Taman Maju, Johor Baru... DI SINI

Kit Siang sebagai berkata;

"Rasuah dan jenayah masih tinggi di Malaysia dan keamanan semakin teruk di JB. Kadar jenayah paling tinggi di Malaysia. Singapura lebih selamat dari Malaysia dan jauh beza walaupun berjiran."

Namun, telah pun dijelaskan oleh Ketua Polis Johor;

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata dakwaan itu adalah berita palsu kerana indeks jenayah di negeri terbabit menunjukkan penurunan 8.5 peratus atau 1,822 kes pada tahun ini.

Kenyataan mengenai rakyat Singapura sebagai mangsa jenayah, beliau menjelaskan bahawa kebanyakan kes jenayah yang dilaporkan adalah bersabit hartbenda seperti ragut dan kecurian.

Walaubagaimanapun, ini pula kenyataan Ketua Polis Daerah Muar, SAC Haji Mohamad Nasir;



Kepada pengundi-pengundi di Bukit Serampang... tak perlu percaya dakwaan Cik Saadun kerana beliau sebagai bekas gurubesar pun tidak mampu membantu untuk mencegah jenayah tetapi demi untuk meraih undi, skrip Kit Siang dijadikan asasnya... Fikir-fikirkanlah!

  






 

No comments:

Post a Comment