Wednesday 1 May 2013

#PRU13 : NASIB POLITIK JOHOR... PANDANGAN TAN SRI HAMID ALBAR

Apa pendapat Tan Sri mengenai momentum BN Johor dalam PRU ini?


DAP yang selama ini menumpu kepada Pulau Pinang dan Perak, sekarang buat pertama kali mereka beri tumpuan khas di Johor dengan tentangan hebat. Ini adalah kerana Johor ialah kubu kuat BN. Tetapi sekarang, kita tak boleh katakan kita akan menang tanpa bekerja keras.
   
Di Johor kita boleh menang. Kita akan menang tapi kita mesti kerja dua kali ganda kuat.

Ini adalah kerana, pembangkang adalah serius, mereka ada strategi kempen sendiri dan mereka ada "sumber". Kita bukan lagi bertanding dengan parti yang miskin. Nampaknya 'sumber' mereka ni tidak ada limit.

Samada kamu setuju atau tidak setuju, kita perlu menang. Amat malang kalau kita kalah adalah kerana kita tidak bersatu atau kita emosi dan bukan kerana parti pembangkang lebih kuat, tetapi kita tidak puas hati dengan keputusan pemilihan yang telah dibuat oleh pemimpin tertinggi.
 
Pada pandangan saya, fokus mestilah kepada parti. BN masih lagi sebuah parti yang ada kredibiliti dan kerajaan BN sentiasa mampu memberikan yang terbaik untuk menangani masalah negara dan kesinambungan kepada apa yang pernah dilakukan.

Tun Mahathir kata karier Kit Siang akan berakhir di Johor, komen Tan Sri?

Kalau saya berada di kedudukan Tun Mahathir pun saya akan bercakap yang sama. Kalau kita cakap selain daripada itu, ia bermakna penyerahan diri dan kita tak mahu ditembak di kawasan kita. 

Saya fikir kita masih ada peluang yang baik untuk menentang lawan kita di kawasan itu.

Kita mesti ingat, itu kawasan MCA. Jika kita ingin melihat samada BN adalah formula yang berkesan, inilah masanya parti-parti komponen BN buktikan.

 
Dan di Johor, kita tidak ingin ubah politik kosmopolitan kepada politik perkauman. Kita tidak undi kerana kaum tapi kita undi kerana parti politik yang terbaik atau calon yang telah dipilih pemimpin.
 
Dengan sebab itu, kita mesti kuburkan Kit Siang untuk pastikan DAP tidak akan mendpat tempat di Johor.


Pemimpin lain masuk johor bertanding?

Politik Johor lain dari negeri-negeri lain. Politik kami, kenapa BN sangat kuat kerana kami adalah parti akar umbi, terutama UMNO. Kita tidak melawat atau berjumpa pengundi hanya di waktu pilihanraya. Ia sentiasa berterusan. Dan mereka yang datang ke Johor (Pembangkang), selepas pilihanraya, apa yang akan mereka buat? Kita ada bukti yang mereka semua tidak mampu berkhidmat untuk pengundi.

Mereka ni semua banyak cakap di parlimen tapi apabila rakyat mengalami masalah, mereka tak mampu menyelesaikannya. Ini perkara biasa bagi mereka.

Saya menyeru... JANGAN UNDI PEMBANGKANG NI!!!

Penyandang kerusi Parlimen Kota Tinggi, Tan Sri Syed Hamid Albar hari ini telah pun mengumumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya umum kali ini. Menganggap kerjanya selama ini telah selesai, Syed Hamid yang juga Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat berkata, telah tiba masanya untuk beliau mengundur diri dan memberi laluan kepada muka baru.

Katanya, beliau telah berkhidmat di bawah tiga perdana menteri serta menjadi anggota parlimen selama lima penggal dan tempoh itu satu jangka masa yang panjang dan amat memuaskan kerana dapat berkhidmat kepada negara dan rakyat Kota Tinggi secara khasnya.
Beliau berharap pengundi di Kota Tinggi akan terus memberi sokongan penuh kepada calun yang dipilih pucuk pimpinan sepertimana sokongan diberikan kepada beliau sebelum ini.
 
Pada PRU 2008 Syed Hamid menewaskan Onn Jaafar daripada Pas dengan majoriti 18,961 undi.
 

No comments:

Post a Comment