Di Malaysia Islam adalah agama persekutuan dan bukan disebut sebagai
ugama rasmi. Ini bermakna segala urusan-urusan dan pentadbiran Islam
ditadbir oleh kerajaan sendiri dengan pembiayaannya juga agar segala
yang terkandung di dalam perlembagaan dapat diterjemahkan dalam
membangun umat, jelas Islam.Tan Sri Muhyiddin ketika berucap selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Kg. Baru, Batu 28, Lenga, Pagoh, Johor.
Walaupun Indonesia mempunyai penganut agama Islam di Indonesia, namun dasar kerajaan mereka atau disebut sebagai Pancasila tidak mengurus tadbirnya. Kerajaan BN dari dahulu telah memberi keutamaan untuk meningkat syiar ugama islam di negara kita.
Bantuan kerajaan secara langsung dalam pembinaan masjid dan surau, membiayai kegiatan-kegiatan dakwah, membantu pembanguan iktisad seperti ekonomi, pendidikan dan lain-lain di mana ia hanya berlaku di Malaysia.
Kerajaan Barisan Nasional (BN) dari dahulu tegas mempertahankan perkara Islam sebagai agama persekutuan, yang telah terkandung di dalam perlembagaan. Setiap perbelanjaan untuk Institusi Agama dan umat Islam, belum ada yang boleh mempersoalkan atau menyekat.
Cabarannya sekarang ialah bukan setakat untuk menegakkan Islam sebagai agama persekutuan tetapi memartabatkan islam sebagai agama yang syumul agar umat Islam di Malaysia dijadikan umat contoh yang boleh dijadikan ikutan umat-umat yang lain di dunia.
Inilah hasil perjuangan berterusan UMNO dan persefahama yang diberikan oleh parti-parti komponen BN.
No comments:
Post a Comment