Friday, 3 May 2013

#PRU13 : ISTIMEWANYA MALAYSIA, ISLAM IALAH UGAMA PERSEKUTUAN #UndiBN #TolakPR



Di Malaysia Islam adalah agama persekutuan dan bukan disebut sebagai ugama rasmi. Ini bermakna segala urusan-urusan dan pentadbiran Islam ditadbir oleh kerajaan sendiri dengan pembiayaannya juga agar segala yang terkandung di dalam perlembagaan dapat diterjemahkan dalam membangun umat, jelas Islam.Tan Sri Muhyiddin ketika berucap selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Kg. Baru, Batu 28, Lenga, Pagoh, Johor.

Walaupun Indonesia mempunyai penganut agama Islam di Indonesia, namun dasar kerajaan mereka atau disebut sebagai Pancasila tidak mengurus tadbirnya. Kerajaan BN dari dahulu telah memberi keutamaan untuk meningkat syiar ugama islam di negara kita.

Bantuan kerajaan secara langsung dalam pembinaan masjid dan surau, membiayai kegiatan-kegiatan dakwah, membantu pembanguan iktisad seperti ekonomi, pendidikan dan lain-lain di mana ia hanya berlaku di Malaysia.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) dari dahulu tegas mempertahankan perkara Islam sebagai agama persekutuan, yang telah terkandung di dalam perlembagaan. Setiap perbelanjaan untuk Institusi Agama dan umat Islam,  belum ada yang boleh mempersoalkan atau menyekat.

Cabarannya sekarang ialah bukan setakat untuk menegakkan Islam sebagai agama persekutuan tetapi memartabatkan islam sebagai agama yang syumul agar umat Islam di Malaysia dijadikan umat contoh yang boleh dijadikan ikutan umat-umat yang lain di dunia. 

Inilah hasil perjuangan berterusan UMNO dan persefahama yang diberikan oleh parti-parti komponen BN.

#PRU13 : IKBN PAGOH HASIL USAHA TAN SRI MUHYIDDIN UNTUK BELIA MALAYSIA !!! #LainKaliLah



Institut Kemahiran Belia Negara Pagoh (IKBNP) ditubuhkan di bawah Kementerian Belia Dan Sukan Di dalam RMK 7 menepati keperluan semasa di sektor industri. Institut ini mula dibina pada 23 Oktober 1999 dan disiapkan sepenuhnya pada 31 Oktober 2001 di atas keluasan 30 ekar. Institut ini terletak di Pagoh Muar Johor iaitu kira-kira 21 kilometer dari Bandar Muar dan kira-kira 2 kilometer dari Plaza Tol Pagoh.
Ini adalah bertujuan untuk memberi pendekatan latihan berasaskan pelaksanaan semasa iaitu meliputi pendidikan BIna Insan dan latihan Kemahiran. Pendidikan Bina Insan dilaksanakan melalui aktiviti keagamaan, kawad, kepimpinan, keusahawanan, ketatanegaraan, kemasyarakatan dan kesukanan. Latihan Kemahiran terdiri daripada kuliah teori (30%) dan latihan praktikal (70%). Institut ini juga merupakan salah satu Pusat Kecemerlangan bagi pengkhususan di dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.
Penubuhan IKBN adalah untuk menampung permintaan tenaga mahir yang semakin meningkat. Dengan ini ia dapat membantu menyelesaikan masalah kekurangan tenaga mahir negara. Kadar pengeluaran tenaga mahir adalah dijangkakan seramai 1200 orang apabila beroperasi sepenuhnya. Institut ini mula beroperasi pada bulan Januari 2003.



Sejajar dengan usaha yang berterusan untuk membangunkan IKBN Pagoh sebagai institusi latihan dan pembelajaran yang berorientasikan kemahiran, kecekapan IKBN Pagoh dalam mengurus maklumat adalah penting bagi memastikan maklumat yang tepat, terkini dan relevan dapat disediakan sebagai akses kepada pelawat atau sesiapa sahaja yang memerlukan maklumat berkenaan IKBN Pagoh.
Pelbagai program dalam bidang kemahiran ditawarkan secara sepenuh masa di IKBN Pagoh merangkumi kemahiran dalam bidang Pemesinan Am, Alatan dan Acuan, Mekanik Industri dan Kimpalan. IKBN Pagoh juga dilengkapi dengan kemudahan prasarana yang selesa dan kondusif serta kelengkapan latihan lengkap dan terkini. Maka diharapkan agar ianya menjadi pendorong kepada semua bakal pelajar kepada usaha menimba ilmu dalam bidang kemahiran dan seterusnya dapat melahirkan modal insan yang kompeten dan berdisiplin.
Selain pengukuhan institusi, sumbangan dan hubungan kepada komuniti juga tidak diketepikan. IKBN Pagoh sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri kepada komuniti setempat dengan penganjuran pelbagai aktiviti yang dianggap boleh memberi manfaat. IKBN Pagoh juga berazam menjadi pusat rujukan dalam bidang mekanikal untuk komuniti setempat.



Tuan Haji Abdul Hamid Bin Kasiman
Pengarah,
Institut Kemahiran Belia Negara pagoh,
Muar, Johor







Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh terus berhubung dengan pihak pengurusan.

Alamat:
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA PAGOH
KM 21, JALAN PANCHOR
84500 MUAR JOHOR
MALAYSIA

E-mail: ikbn_pagoh@kbs.gov.my
Telefon: 06-9737836
Faks: 06-9737837

http://www.ikbnpg.gov.my/



#PRU13 : P143 PAGOH - HAJI ISMAIL CALON MUDA DUN BUKIT SERAMPANG #UndiBN #BetterNation


Calon Barisan Nasional DUN Bukit Serampang, Tuan Haji Ismail Bin Mohamed merupakan calon baru untuk kerusi DUN ini. Beliau merupakan seorang yang mudah didekati dan mudah mesra. Memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pagoh dan dilantik menjadi Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia selama 4 tahun. Beliau yang merupakan seorang yang amat tenang jika diajukan soalan dan pertanyaan tentang permasalahan. Calon muda yang terbaik untuk penduduk DUN Bukit Serampang, beliau sudah sedia dan amat bersedia berkhidmat untuk rakyat.




















#PRU13 : UBAH UNTUK APA? #TolakPR #UndiBN


Perkataan ‘ubah’ sering kali meniti dari bibir ke bibir para pemimpin dan penyokong PR dalam usaha mereka untuk mempengaruhi khalayak supaya berpaling tadah dari BN kepada PR.

Apabila mereka menyampaikan hujah dalam ceramah dan penulisan, seakan parti pembangkang sudah mengalami pelbagai perubahan bersesuaian dengan zaman, sementara BN yang menerajui negara ini pula digambarkan sebagai 'stagnent' tanpa sebarang transformasi.

Walhal tanpa mereka sedari, slogan ubah yang mereka tonjolkan sebenarnya lebih sesuai untuk dikaitkan dengan mengubah pucuk kepimpinan dalam PR memandangkan sejak berbelas tahun atau puluhan tahun lepas orang yang sama jugalah yang masih menerajui parti-parti pembangkang.

Anwar Ibrahim misalnya, semenjak sedekad lalu kekal sebagai Ketua Umum PKR tanpa perlu melalui sebarang proses pemilihan parti, manakala isterinya pula masih menerajui PKR sebagai Presiden, di masa yang sama anaknya sendiri menduduki di kepimpinan tertingi parti.

Dalam tempoh yang sama, UMNO sudah bersilih ganti pucuk pimpinannya dari Tun Dr. Mahathir kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Dato’ Seri Najib Tun Razak pula sebagai pemimpin utama parti, menunjukkan wujudnya perubahan dan peralihan selari dengan tuntutan semasa. PKR tetap dengan idea asal untuk menobatkan Anwar sebagai PM. Dulu dan sekarang itu satu yang dikejarnya.

Politik DAP pula, sejak berpuluh tahun lalu, muka yang sama juga menerajui parti, Lim Kit Siang kekal selaku pemimpin utama yang menentukan hala tuju DAP dengan dibantu anaknya sendiri, Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung.

Sementara, Karpal Singh pula terus menjadi suara rasmi DAP dalam mendepani isu-isu politik yang serba sensitif. Pendek kata idea kepimpinannya sama saja, kalau tak rasis, mereka akan bercakap soal kepentingan sekelompok kaum selari dengan konsep kepimpinan mentor mereka di Singapura.

Di lihat dari aspek kepimpinan parti, jelas sekali slogan ‘ubah’ yang digembar-gemburkan oleh PR langsung tak menepati maksudnya, melainkan sekadar mencanangkan idea propaganda untuk memperdaya rakyat supaya memilih mereka bagi menggantikan pucuk pimpinan negara.

Sebelum PR mahu meneruskan angan-angan mencanangkan perubahan, lebih elok kiranya mereka melakukan dulu perubahan dalaman parti masing-masing supaya idea baru dari kepimpinan yang lebih segar buah fikirannya benar-benar berguna untuk kepentingan khalayak. 

Untuk itu, manfaatkan PRU-13 ini untuk menyampaikan isyarat jelas dengan menolak pemimpin-pemimpin PR yang sudah terlalu lama mengawal kepimpinan parti. Humban saja Kit Siang, Anwar dan Karpal Singh jauh ke alam persaraan supaya satu anjakan paradigma dapat dilaksanakan.


#PRU13 : BANDAR UNIVERSITI PAGOH SEDANG GIAT DI JALANKAN !!! #LainKaliLah



HUB Pendidikan yang sedang rancak dibina di kawasan pagoh akan membina 4 buah Universiti, antaranya adalah UTHM, UIAM, UTM Dan POITEKNIK PAGOH. Bandar Universiti Pagoh akan dibina dan majlis pecah tanah telah diadakan pada tarikh 15 September, 2011. Fasa pertama Hub Pendidikan Pagoh mampu menampung 14 ribu penuntut yang melibatkan empat IPTA iaitu UTHM, UIAM, Pusat pendidikan UTM dan Politeknik Pagoh yang keseluruhannya menelan kos antara lima hingga lapan billion ringgit !!!

Majlis pecah tanah telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin. Beliau berkata Hub Pendidikan Pagoh akan menyumbang kepada peningkatan modal insan dan masyarakat tempatan mempunyai banyak peluang terbuka untuk memajukan diri serta meningkatkan ilmu pengetahuan. 

Sememangnya peluang pekerjaan akan semakin meningkat, ekonomi masyarakat setempat akan semakin bertambah. Dijangka HUB pendidikan ini akan siap pada tahun 2016.


Tarikh : 15 September, 2011 (Khamis)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Tapak Pelancaran Hub Pendidikan Pagoh,
Ladang Lanadron, Panchor, Pagoh
Disempurnakan oleh : YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin b. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri

 Gambar di bawah adalah antara pemandangan di tapak pembinaan yang sedang rancak di jalankan...