Showing posts with label MCA. Show all posts
Showing posts with label MCA. Show all posts

Wednesday, 1 May 2013

#PRU13 : KIT SIANG MENGHASUT - SEKOLAH CINA LAGI!!! #TolakPR #UndiBN #BNBagus

Ketika berucap di Sutera Mall semalam, Kit Siang sekali lagi menghasut untuk membenci UMNO dan memperlekeh MCA yang kononnya takut bersuara menentang UMNO. Api perkauman DAP tidak mampu dibendung Kit Siang lagi...

Bencinya Kit Siang terhadap melayu sehingga menuduh UMNO tidak memelihara hak pendidikan kaum Cina sehingga MB Johor tidak berani menjanjikan sekolah persendirian cina dan UMNO tidak iktiraf sijil UEC Sekolah Persendirian.

Semalam Timbalan Perdana Menteri telah merasmikan SRJK (C) Yong Peng 2 yang telah menelan belanja sebanyak RM17.45 di bawah Rancangan Malaysia ke9. Inilah hasil kejayaan kerajaan BN di bawah projek pendidikan untuk rakyat. Polisi BN adalah memastikan semua bangsa diberi hak yang adil termasuk pengagihan kekayaan dan implimentasi rancangan pendidikan.


Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina telah menolak Dasar Pendidikan Kebangsaan sejak dahulu lagi. Mereka enggan mengguna pakai dasar dan kurikulum sistem pendidikan kebangsaan sebaliknya menggunakan kurikulum yang kebanyakannya dari Taiwan.

Sistem penilaiannya juga dibuat oleh badan penilaiannya sendiri bukannya oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia sekaligus tidak memenuhi dasar pendidikan kebangsaan.

Kita tahu selama ini, DAP mengguna Dong Jiao Zong iaitu pertubuhan pendidikan Cina, sejak tiga dekad lalu untuk mendesak agar kerajaan mengiktiraf sijil UEC sebagai kelayakan untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Ini adalah satu tindakan yang melampau dan membelakangkan dasar-dasar kerajaan. Seolah-olah mereka yang melanggar undang-undang negara untuk tempoh sekian lama boleh dihalalkan pula tindakan mereka selepas tempoh-tempoh tertentu malah diberi pengiktirafan pula.


Friday, 26 April 2013

#PRU13 : RAKYAT JOHOR... JANGAN ULANGI KESILAPAN SELANGOR DAN PULAU PINANG#UndiBN #TolakPR

Terdahulu ...

Sambutan rakyat Johor pada 15 September 2012 di Roadshow PKR di Sutra Mall, Johor Bahru yang dihadiri pelbagai kaum terutamanya di banjiri bangsa Cina...



Terkini...  

Di SRJK (C) Johor Jaya terkejut dengan sambutan yang di berikan oleh warga Pasir Gudang kepada Program anjuran Barisan Nasional Pasir Gudang.

Ucapan semangat yang di sampaikan oleh YB Dato Seri Khaled Nordin dalam bahasa cina mendapat perhatian pengundi pengundi Cina yang hadir dan seterusnya daripada Dato Wee Ka Siong  meyakinkan pengundi agar terus menyokong BN. 






Jangan ulangi kesilapan rakyat Selangor dan Pulau Pinang. Ini pesanannya...




Tuesday, 23 April 2013

#PRU13: BN AKAN LAKSANA DASAR PRO PERNIAGAAN



Di Bandar Tun Razak, Muhyiddin berkata PRU kali ini amat genting dan penting kerana rakyat akan menentukan nasib negara sama ada lebih maju serta berjaya menyerlah sebagai sebuah negara yang pesat membangun. 

Untuk itu, rakyat perlu membuat pertimbangan yang bijak, kata beliau kepada kira-kira 1,000 orang di Flat Seri Melaka di sini malam ini. Muhyiddin berkata keputusan yang dibuat rakyat itu boleh menentukan masa depan negara yang lebih terjamin, selamat, tenteram, maju dan berjaya. 

Turut hadir isteri beliau Puan Seri Norainee Abdul Rahman, calon BN Bandar Tun Razak Tan Kok Eng, Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan Setiausaha Umno Wilayah Persekutuan Datuk Seri Syed Ali Alhabshee. 

Bersama calon BN Bandar Tun Razak, TAN KOK ENG

Parlimen Bandar Tun Razak pada PRU13 menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Tan, penyandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat serta dua calon bebas iaitu Mohd Sukeri Abdul Samat dan Mokhtar Salahudin. -- BERNAMA

Monday, 22 April 2013

#PRU13: ASSURANCE FOR CHINESE IF BN IN POWER - TSMY



KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin has urged the Chinese to continue supporting Barisan Nasional for political stability and economic growth.


The Barisan Nasional deputy chairman said Barisan has proven to be capable of achieving stability through the implementation of policies, including pro-business ones.


“We give the assurance that we will continue with the same policies and implement even better ones if BN is still in power after the general election,” he told a ceramah organised by Bandar Tun Razak MCA in Taman Connaught here.

Twitter

“We as the government is aware that the Chinese are very concerned about political and economic stability and we will never neglect these aspects,” he said.


Present was Tan Kok Eng, MCA's candidate for the parliamentary seat, and Bandar Tun Razak BN coordinator Datuk Seri Tan Chai Ho. - The Star