Showing posts with label Najib. Show all posts
Showing posts with label Najib. Show all posts

Wednesday, 1 May 2013

#PRU13 : Ucapan YAB Perdana Menteri @NajibRazak Sempena Hari Pekerja 2013


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini berjanji akan melipatgandakan lagi usaha untuk memastikan peningkatan taraf hidup setiap pekerja di Malaysia, jika kerajaan Barisan Nasional (BN) diberi mandat kukuh pada pilihan raya umum Ahad ini untuk memerintah negara.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan BN akan turut memastikan pekerjaan bagi setiap warga Malaysia yang berkehendakkan kerja, serta akses kepada pekerja Malaysia untuk meningkatkan kemahiran yang akan membantu meningkatkan pendapatan mereka.

"Saya dan rakan akan memastikan bahawa bakti setiap pekerja Malaysia akan dihargai dengan menyediakan persekitaran terbaik untuk mereka dan keluarga mereka untuk membina kehidupan yang bahagia di bumi tercinta ini," katanya dalam amanatnya bertemakan "Pekerja Pemangkin Transformasi Negara" sempena sambutan Hari Pekerja esok yang disiarkan TV3, malam ini.

Beliau berkata, pekerja Malaysia yang seramai 13 juta orang juga mempunyai banyak sebab untuk bersyukur, antaranya kadar pengangguran negara yang rendah iaitu hanya 3.3 peratus pada Januari lalu berbanding negara maju seperti Sepanyol mencatatkan 26.2 peratus pengangguran, kawasan Euro (12 peratus), Perancis (10.7 peratus), Amerika Syarikat (7.9 peratus), dan Australia (5.4 peratus).

Perdana Menteri juga berkata, kos kehidupan di negara ini juga terkawal dengan angka tunjuk inflasi untuk Januari tahun ini sebanyak 1.3 peratus, sementara kadar kemiskinan relatif menurun kepada 1.7 peratus dan pendapatan perkapita yang meningkat kepada AS$9,700 pada tahun lalu.

“Semua ini ialah hasil sebuah kerajaan yang mendahulukan kepentingan serta kesejahteraan rakyat di atas segala dukungan serta sokongan lebih 13 juta tenaga pekerja Malaysia," katanya.

Beliau berkata, kerajaan BN juga sedang dalam usaha ke arah memodenkan perundangan berkaitan perburuhan negara ke arah menjamin dan memantapkan jaringan keselamatan sosial warga pekerja.

Bagi membantu pekerja Malaysia mendapat manfaat daripada penciptaan peluang pekerjaan baru, iaitu sebanyak 3.3 juta pekerjaan yang diunjurkan di bawah pelaksanaan program transformasi ekonomi negara menjelang 2020 yang majoritinya memerlukan pekerja berkemahiran tinggi, kerajaan memperuntukkan RM3.7 bilion di bawah Belanjawan 2013 bagi melatih pelajar dalam bidang teknikal dan vokasional, katanya.

Perdana Menteri berkata hak dan kebajikan warga pekerja akan terus menjadi keutamaan kepada pihak kerajaan.

Najib berkata, dalam memodenkan perundangan berkaitan perburuhan negara, kerajaan telah menambah baik Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 bagi menaikkan syarat kelayakan umur Skim Pencen Ilat dari belum mencapai umur 55 tahun kepada belum mencapai umur 60 tahun supaya selaras dengan Akta Umur Persaraan Minimum 2012.

Sementara penguatkuasaan Akta Umur Persaraan Minimum 2012 bagi swasta yang akan dikuat kuasa pada 1 Julai ini akan memberi faedah segera kepada kira-kira 300,000 pekerja swasta yang mencapai umur 55 tahun mulai tarikh berkenaan, katanya.

Mengenai penetapan kadar gaji minimum sektor swasta yang berkuat kuasa bagi majikan menggaji enam orang pekerja dan ke atas pada 1 Januari lalu, dan pada 1 Julai ini bagi majikan lima orang pekerja, Najib berkata ia akan memanfaat seramai 3.2 juta pekerja di seluruh negara.

"Dalam tempoh jangka panjang, penetapan kadar gaji minimum ini akan memberi impak positif kepada transformasi ekonomi negara daripada berorientasikan buruh kepada berorientasikan modal serta menyumbang ke arah peningkatan jumlah pekerja berkemahiran tinggi di negara ini," katanya.

Najib berkata, lanjutan umur persaraan ini serta pelaksanaan kadar gaji minimum negara dapat membantu meningkatkan jumlah tabungan pekerja di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi memastikan kebajikan dan kelangsungan hidup mereka selepas persaraan terperlihara. - BERNAMA

 

Sunday, 28 April 2013

#PRU13 : MESEJ KIT SIANG UNTUK RAKYAT JOHOR DAN MALAYSIA - Bahagian 1 #TolakPR #UndiBN #BetterNation

Mesej Lim Kit Siang ketika berucap di Taman Maju, Johor Baru... BAHAGIAN 1:

  • Semua ibukota di Malaysia telah ditawan oleh Pakatan Rakyat kecuali Johor Baru dan mahu pastikan JB pun diambil oleh Pakatan Rakyat.  
Sebenarnya yang telah menawan bandar-bandar itu ialah hanya DAP. DAP ialah parti chauvinist China. Kata-kata Kit Siang ini adalah mesej jelas, bangsa Cina chauvinist akan menakluk segala ekonomi di Malaysia dan bangsa Melayu tidak akan diberi tempat sepertimana berlaku di dalam pemilihan CEC DAP baru-baru ini dan nasib Melayu di Pulau Pinang.

  • Di Kota Melaka, DAP bertapak selama 18 tahun, begitu juga Seremban, Kuala Lumpur, Ipoh, Kedah, Pulau Pinang, Kota Bahru dan Kuantan. DAP akan ubah nasib JB dan ikut trend baru. Mahu pastikan 3 Parlimen dan 6 DUN dimenangi oleh DAP.
Mungkin ramai tidak tahu, walaupun DAP telah bertapak di Kota Melaka tetapi Kit Siang dan keluarganya telah dihalau dari Melaka oleh partinya sendiri. Individu bernama Kit Siang adalah salah seorang pencetus utama Darurat 13 Mei 1969 dan ini adalah catitan sejarah yang ingin diulangi Kit Siang. Sekarang Kota Melaka bukanlah mengenai Kit Siang. Beliau juga pernah tewas dalam PRU tahun 1999 di Bukit Bendera. Jika Kit Siang pernah ditewaskan, mengapa kali ini beliau tidak boleh ditewaskan dan seterusnya Gelang Patah boleh mencipta sejarah untuk kuburkan politik Kit Siang buat selama-lamanya.

  • Beri kejutan kepada BN dalam PRU13. Tsunami politik di JB dan 3 Parlimen di luar JB iaitu Gelang Patah.
Sebanyak 56,004 atau 52.41 peratus pengundi di Gelang Patah daripada keturunan Cina. Berdasarkan rekod, Gelang Patah merupakan kubu kuat BN sejak PRU pertama pada 1959. Pada tsunami politik PRU 2008, Gelang Patah dimenangi oleh calon BN, Tan Ah Eng, yang menewaskan calon PKR, Dr. Zaleha Mustafa, dengan majoriti 8,851.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya juga dimenangi BN apabila Datuk Abdul Aziz Sapian memperoleh 16,643 undi mengatasi pencabarnya, Mohd Shah Lamat dari Pas. Sementara, DUN Skudai dimenangi calon DAP, Dr. Boo Cheng Hau yang menewaskan Pengerusi Gerakan negeri Johor, Datuk Teo Kok Chee dengan majoriti 12,193 undi.



Sentimen pengundi Melayu dan India dijangka memihak kepada Barisan Nasional yang telah berjaya merencanakan perubahan dan pembangunan pesat di Gelang Patah dan Johor secara keseluruhannya manakala dijangkakan pengundi-pengundi Cina di Gelang Patah akan membalas jasa anak jati Sungai Mati, Ledang, Muar ini berbanding mengundi tokoh yang tidak pernah menyumbang apa-apa kepada rakyat negeri Johor dan semua rakyat Malaysia tahu Kit Siang yang gemar mengambil jalan selamat hanya berani bertanding di kawasan majoriti pengundi Cina.

  • Lim Kit Siang berkeyakinan menang di Gelang Patah dan akan jadi kubur Tun Mahathir. Menyatakan Tun Mahathir yang menguasai Najib dan Muhyiddin.

Parlimen Gelang Patah merupakan kawasan majoriti kaum Cina. Dia sengaja mahu bertanding di situ kerana kaumnya ramai di situ selain dikatakan berniat untuk menerap sifat rasis di kalangan masyarakat Cina Johor. Jadi apa yang perlu Kit Siang takut?
Apakah Kit Siang fikir BN sengaja mahu mematikan karier Ghani di parlimen majoriti Cina?
Kit Siang perlu tahu bahawa budaya dan sentimen kaum Cina di Johor tidak bersifat “chauvinis” sepertinya. Kaum Cina di Johor bersatu padu dengan seluruh kaum yang ada di sana. Tidak ada sebarang sentimen perkauman di Johor melainkan Kit Siang yang cuba mencetusnya, bukan?
Siapa kata Tun M yang letakkan Ghani di Gelang Patah? Tun M sendiri pun tak tahu menahu tentang pencalonan calon-calon BN. Jadi bagaimana Kit Siang boleh buat cerita begitu? Nampak sangat mengalabah…
Kit Siang perlu tahu. Individu yang cuba menguburkan karier “antik”nya itu ialah sahabat “syaitan”nya, Anwar Ibrahim. Senang saja Anwar “letak umpan pada pancing”, kenapa pula Kit Siang boleh termakan “umpan” tersebut?
Mungkin Anwar tahu kerusi Parlimen Gelang Patah itu sememangnya kawasan ampuh BN. Tsunami melanda pada PRU ke-12 yang lalu, tapi BN di Parlimen Gelang Patah begitu konsisten menyumbang satu kerusi BN di Parlimen itu. Ternyata Kit Siang sudah termakan “jerangkap samar” Anwar…

  • Rasuah dan jenayah masih tinggi di Malaysia dan keamanan semakin teruk di JB. Kadar jenayah paling tinggi di Malaysia. Singapura lebih selamat dari Malaysia dan jauh beza walaupun berjiran. 
  •  Menteri KDN lemah dan perlu pembaharuan. Ketakutan rakyat Johor berhadapan jenayah adalah amat tinggi dan NKRA tidak berjaya dan Menteri KDN perlu ditukar, PM perlu ditukar kerana sekali pun tidak berjaya capai kejayaan cegah jenayah.

Berikut adalah kenyataan Ketua Polis Johor, Dato Mohd Mokhtar Mohd Shariff di "Sesi Taklimat & Dialog / Engagement bersama ketua-ketua masyarakat di Hotel Paragon, Johor Bahru pada Januari, 2013.