Showing posts with label persatuan belia warisan melayu kampung raja pagoh. Show all posts
Showing posts with label persatuan belia warisan melayu kampung raja pagoh. Show all posts

Friday, 3 May 2013

#PRU13 : SEKITAR YANG MENARIK DI MAJLIS TAHLIL DAN MARHABAN PAGOH JOHOR !!! #LainKaliLah



Bertempat di kampung raja pagoh Johor, telah diadakan satu majlis Tahlil dan Marhaban semperna kenduri cukur jambul untuk bayi bernama Ungku Ahmad Firdaus. Majlis yang meriah ini telah di hadiri oleh pelbagai masyarakat di sekitar kampung raja pagoh. Biasanya majis sebegini di adakan untuk bayi yang baru lahir bagi masyarakat yang menganuti agama Islam.

Majlis yang telah diadakan ini telah berlansung di sebuah rumah yang merupakan seorang pengrusi pada Persatuan Belia Warisan Melayu Kampung Raja Pagoh. Persatuan ini mempunyai seramai 37 ahli yang merupakan penduduk di dalm kampung tersebut. Pujian dapat penulis berikan pada majlis ini yang menampakkan ciri-ciri keislaman dan kebudayaan melayu yang masih kekal seratus peratus. Bukan niat penulis untuk menafikan di tempat lain yang tidak mempunyai seperti majis disini, cuma penulis tertarik dengan keadaan pelbagai aspek yang ada di majlis ini, contohnya kerja gotong royong sesama kampung yang masih di kekalkan tidak kira dari golongan tua atau muda untuk menjayakan majlis ini.

Apa yang kita dapat lihat bila majlis sebegini di adakan di kalangan orang melayu yang tinggal di bandar, mereka selalu memudahkan tanggungjawab mereka dengan membayar pada katering. Cara begini bagi penulis memang mudah, tapi keakraban dan sifat tolong menolong budaya melayu akan hilang sedikit demi sedikit. Penulis berharap agar tradisi gotong royong yang masih di amalkan oleh penduduk kampung Raja Pagoh Johor ini akan kekal selama-lamanya.



Friday, 26 April 2013

BELIA MENGAMUK DI KAMPUNG RAJA PAGOH !!!



Bertempat di kampung  Raja Pagoh Johor telah berlansungnya satu program "Sembang Santai Bersama Pemimpin", program ini telah di anjurkan oleh Persatuan Belia Warisan Melayu Kampung Raja Pagoh. Persatuan ini di pengerusikan oleh Ungku Shahfri bin Ungku  Mansor. Program ini telah dihadiri oleh Calon DUN JORAK YB Datuk DR Saharuddin Bin Md Salleh. 

Seramai 80 belia persatuan telah hadir dalam menjayakan majlis sembang santai ini. Rata-rata para belia sangat gembira apabila Calon DUN JORAK YB Datuk DR Saharuddin Bin Md Salleh dapat hadir bersama bagi menjayakan majlis tersebut.

Walaupon sebelum majlis di mulakan hujan lebat telah membanjiri kampung tersebut, namun para belia tetap hadir bagi memeriahkan majlis pada malam itu. Terdapat pelbagai akitivi yang di sediakan oleh penganjur termasuklah cabutan bertuah yang merupakan hadiah utama berupa sebuah gitar.

Antara aktiviti-aktivi lain yang telah di adakan adalah karaoke, cabutan bertuah, sembang santai, penyerahan cederamata kepada ahli jawatan kuasa belia dan lain-lain. Majlis ini telah tamat pada pukul 10.30 malam.