Showing posts with label manifesto. Show all posts
Showing posts with label manifesto. Show all posts

Wednesday, 1 May 2013

#PRU13: MENGHAYATI MANIFESTO JOHOR #UndiBN #TolakPR



MANIFESTO Barisan Nasional (BN) Johor untuk PRU13 yang telah adalah disifatkan lebih mensejahterakan rakyat. Agenda pembangunannya bersifat holistik, adil, menyeluruh dan seimbang dengan mencakupi pelbagai bidang, menyentuh semua golongan, merangkumi setiap daerah serta meliputi segala aspek kehidupan.

Pengerusi Umno Johor, Datuk Abdul Ghani Othman mengumumkan manifesto itu di hadapan semua pemimpin kanan BN Johor dan bakal-bakal calon yang akan bertanding di kerusi Parlimen dan Dun pada PRU13.

Dalam akujanji itu, BN Johor antara lain berjanji untuk melaksanakan pelbagai projek dan program dalam memastikan tidak ada sesiapa yang tersisih daripada arus kemajuan dan menikmati kehidupan lebih sejahtera.

BN Johor dengan penuh keinsafan memegang amanah dan menunaikan tanggungjawabnya bagi terus menjamin masa depan rakyat sempena sokongan dan mandat yang diberikan
rakyat.

Perumahan, pendidikan, pertumbuhan ekonomi dan usahawan dilihat menjadi agenda utama dalam manifesto BN Johor pada kali ini. Manifesto itu berpusatkan kepentingan rakyat negeri ini khususnya dari segi penempatan dan pendidikan serta peluang pekerjaan bagi menjamin masa depan keluarga yang berpendapatan rendah.

Wednesday, 24 April 2013

#PRU13 :MANIFESTO PAKATAN... MENIPU RAKYAT #UndiBN #TolakPR

Bila sebut manifesto, semua rakyat Malaysia jangan lupakan apa yang pernah dikatakan MB Selangor, Khalid Ibrahim bahawa manifesto bukanlah suatu janji tetapi hanya sekadar pernyataan biasa sebuah parti politik yang ingin bertanding pilihan raya.

Hari ini, Tan Sri Muhyiddin sekali menegaskan bahawa manifesto Pakatan hanyalah satu pembohongan kepada rakyat. Manifesto pakatan pembangkang adalah satu penipuan kepada rakyat yang akhirnya akan membawa kemusnahan kepada negara.

"Saya tidak boleh senyap tanpa menyatakan perkara yang betul walaupun pedih supaya Malaysia tidak terjunam dalam gaung (bankrap)" katanya.- Berita Harian 

Berbanding manifesto BN yang bertemakan ‘Menepati Janji, Membawa Harapan’ ini telah disifatkan ramai sebagai realistik malah meliputi pelbagai aspek kehidupan rakyat.

Hakikatnya, manifesto adalah satu dokumen deklarasi dasar parti yang bertanding bagi mendapatkan sokongan dan dukungan rakyat menerusi pilihan raya. Justeru, ia satu bentuk aku janji yang berupa tawaran kepada rakyat dengan harapan diberikan mandat untuk berkuasa. 

Apabila berkempen untuk pilihanraya, kita tidak hairan pihak Pakatan sanggup menawarkan bulan dan bintang tetapi akhirnya apabila tidak dapat ditunaikan maka merubah kenyataan bahawa manifesto bukan janji. 


Namun walau apapun alasan, sebagai sebuah parti politik bertanggungjawab, setiap janji dibuat dan ditabur mestilah datang bersama dengannya tanggungjawab. Parti berintegriti juga seharusnya menawarkan janji yang realistik dan berkeupayaan untuk melunaskan apabila diberikan amanah oleh rakyat.

Apa yang paling mustahak pada ketika ini ialah agar rakyat menggunakan kebijaksanaan untuk menilai segala manifesto dan janji yang ditawarkan semua parti yang berkempen.

Penilaian haruslah juga mengambil kira semua janji dalam manifesto lalu untuk menentukan parti manakah yang benar-benar ikhlas untuk berbakti kepada rakyat atau sekadar untuk berkuasa dan menjadi Perdana Menteri tanpa agenda yang jelas dan hala tuju yang kukuh.

Justeru itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pengundi di Permatang Pauh mengembalikan kerusi Parlimen berkenaan kepada Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-13  ini.
 
Timbalan Perdana Menteri juga meminta pengundi menyokong penuh calon BN bagi kerusi Parlimen itu, Dr Mazlan Ismail serta tiga calon DUN iaitu Seberang Jaya, Permatang Pasir dan Penanti.