Showing posts with label PR. Show all posts
Showing posts with label PR. Show all posts

Thursday, 2 May 2013

#PRU13 : PEMBANGKANG TAK ADA PERDANA MENTERI - MUHYIDDIN #TolakPR #UndiBN



Perkara pertama yang akan dibincangkan kalau pembangkang menang ialah SIAPA YANG AKAN JADI PERDANA MENTERI.

Kita semua tahu, sehingga hari ini isu Perdana Menteri tidak dapat kata sepakat antara PAS dan DAP. Akibatnya nanti, berkemungkinan rakyat tidak akan ada Perdana Menteri untuk tempoh yang lama. Sekarang kita faham mengapa Pakatan Rakyat masih tidak berani isytihar Kabinet Bayangan mereka hingga saat ini, kerana perkara utama pun pembangkang tidak boleh setuju.

Banyak lagi perkara yang pembangkang akan bergaduh kerana sesama mereka sukar untuk capai kata sepakat. Antaranya ialah memansuhkan BR1M, bantuan yang dilaksanakan kerajaan BN dan berani membuat aku janji untuk meneruskan jika menang PRU13 nanti.

Di Selangor adalah contoh terbaik bila, Pakatan diberi kuasa semua polisi kerajaan BN terdahulu ditukar dan tambahan-tambahan polisi sehingga memberi kesusahan kepada peniaga-peniaga di sana. 

Antaranya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah menaikkan lesen berniaga dari RM52 sepetak sebelum 2008 kepada RM162 pada masa ini. Kompleks Muhibbah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Kota Damansara telah dijual sejak Ogos 2012 mengakibatkan para peniaga pasar tani di situ tiada tapak berniaga yang sesuai hingga kini. 

Kelemahan Pakatan Rakyat mentadbir Selangor gagal menangani isu air di Selangor sehingga menyebabkan rakyat mengalami kesukaran menjalankan urusan seharian. Kumpulan ahli perniagaan mula merungut apabila terpaksa menanggung kerugian ekoran masalah air yang tidak dapat diselesaikan.

Di kerajaan PR Selangor juga,  mereka menolak rundingan dengan rakyat apabila menyelesaikan masalah atau tuntutan rakyat tetapi sebaliknya kerajaan PKR Selangor memilih untuk menggunakan saluran mahkamah.

Telah jelas bagaimana kerajaan PR memerintah, maka apakah Johor juga inginkan kerajaan sebegini?


Monday, 29 April 2013

#PRU13 : UNDI PAS ADALAH HARAM ... RAKYAT #P143 #TolakPR #UndiBN #BetterNation

Kepada penyokong-penyokong PAS Pagoh, dengar dan faham kenapa UNDI PAS adalah HARAM...


Pendakwah terkenal Ustaz Rujhan Abdul Rahman mengesa orang Melayu menolak PAS kerana tergamak berbohong atas nama ugama Islam, bersekongkol  dengan DAP yang jelas anti-Islam dan menolak Islam demi politik. Beliau berucap dalam program kempen PRU13 bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad di Putrajaya pada Sabtu 27 April 2013.
Apakah kita akan beri undi kepada PAS yang terang-terang ditolak golongan ulama pondok seperti laporan di bawah;




GURUN – Golongan ulama pondok hari ini membuat satu deklarasi bahawa mengundi Pas dan PKR yang menentang Umno pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini adalah haram di sisi Islam.

Pas dan PKR turut bertangungjawab melakukan jenayah paling besar terhadap umat Islam kerana membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam dan menyokong pluralisme agama.


Ketua Penerangan Pondok Minda, Kelantan, Harun Yahya berkata kenyataan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh berkaitan isu itu jelas menunjukkan perjuangan mereka.


“Ini adalah agenda dan strategi Yahudi untuk menghancurkan Islam paling besar berlaku dalam sejarah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Persidangan Ulama-Ulama bersama Kepimpinan Pondok-Pondok/ Sekolah Agama Rakyat/Tahfiz al-Quran peringkat kebangsaan yang berakhir di sini.


Beliau berkata, deklarasi itu dicapai setelah tiga hari hampir 150 orang tokoh ulama dan kepimpinan tersebut termasuk Penasihat Pondok Minda, Tok Guru Abdullah Sa’amah bersidang bermula Sabtu lepas.


Persidangan bertujuan memperkasa dan mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi dan persekutuan dengan merujuk nas-nas daripada kitab-kitab ulama Ahli Sunnah Waljamaah yang muktabar, katanya.


Menurut Harun parti-parti pembangkang yang memperjuangkan penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam didapati mengemukakan nas-nas tidak betul, bertentangan dengan Islam dan menyesatkan.


“Semua orang tahu ALLAH adalah nama tuhan bagi umat Islam dan al-Quran diturunkan kepada penganutnya. Kalimah ALLAH mengajar dan membawa maksud tiada tuhan melainkan Dia (ALLAH).


“Oleh itu bukan Islam tidak boleh guna nama ALLAH sebagai nama tuhan mereka. Mereka perlu tinggalkan kepercayaan untuk menganut Islam jika mahu menggunakan (kalimah) ALLAH sebagai nama tuhan kerana ini membezakan tuhan orang Islam dan bukan Islam,” kata Harun.


Beliau berkata, membenarkan nama ALLAH digunakan oleh agama lain sebagai nama tuhan mereka memberi kesan bahawa semua agama adalah sama dan diturunkan ALLAH.


“Sekiranya dalam Bible ada nama ALLAH, dalam kita lain pun sama, semua pihak akan beranggapan semua agama adalah sama iaitu agama ALLAH,” katanya.


Beliau menasihatkan umat Islam tidak leka dalam soal ini dan mengesyorkan supaya mengadakan solat hajat bagi memohon pertolongan ALLAH S.W.T.
– BERNAMA

Saturday, 27 April 2013

#PRU13 : HADI AWANG PERLEKEH PANDANGAN RAFIZI DAN GUAN ENG #TolakPR #UndiBN

PR Tak Jadi Mansuhkan Tol – Hadi Awang

Akhbar the New Straits Times hari ini melaporkan Hadi Awang mengakui sukar untuk menepati janji menghapuskan tol dan menurunkan harga kereta sekiranya PR memerintah.    Malah, beliau juga mendedahkan bahawa PR belum lagi melakukan kajian terperinci mengenainya. 

Katanya, “pakatan perlu membuat kajian terperinci terlebih dahulu sebelum menghapuskan tol bagi mengelakkan bebanan kewangan bagi menampung kos pengurusan lebuhraya”.  Kenyataan itu dibuat di dalam sebuah ceramah di Taman Padang Midin Kuala Terengganu semalam. 

Hadi dah badutkan mereka... mampukah mereka senyum?
Dalam ceramah yang sama, Hadi juga mengakui bahawa negara akan mengalami kemerosotan ekonomi jika penghapusan duti eksais kereta import dilakukan secara drastik sepertimana yang termaktub dalam manifesto pembangkang.  Selain itu, Hadi juga mengulangi kenyataannya yang tidak ingin berebut kerusi Perdana Menteri dan lebih rela menjadi nelayan. 

Sebagai ahli politik, Hadi nampaknya sudah cukup berhati-hati dengan menambah perkataan ‘secara drastik’ di penghujung ayat mengenai menghapuskan tol dan duti eksais.  Namun, drastik atau tidak bukanlah soal pokok. 

Soal pokonya ialah, PR telah membuat janji tanpa terlebih dahulu membuat kajian terperinci.  

Anak daddy pun dibadutkan Hadi Awang!!!

Jika tanpa kajian, bagaimana untuk menjustifikasikan makna ‘drastik’ atau ‘tidak drastik’?  Jika tidak drastik, atau beransur-ansur, maka berapa lamakah jangka masa yang mampu atau perlu diambil untuk melaksanakan janji tersebut?   Tentu saja PR tidak boleh memberi jawapan tepat kerana kajian belum pun dibuat. 

Ini membuktikan bahawa apa yang dibentangkan dalam janji manifesto mereka hanyalah ‘cadangan’ atau ‘tawaran’ iaitu bukan sesuatu yang pasti akan atau mampu dilakukan. 

Sebagai contoh, katakan PR menang dalam PRU ini, maka barulah mereka akan membuat kajian mengenai apa yang mereka janjikan.  Dan katakan kajian tersebut menunjukkan yang ianya tidak mampu dan tidak dapat dilaksanakan, maka tentulah ia tidak akan dilaksanakan. 

Pada ketika itu, akan duduk terngangalah penyokong-penyokong mereka menelan segala alasan PR tentang kenapa duti eksais dan tol tidak dapat dihapuskan. 

Sikap PR yang berjanji tanpa mengkaji dengan sendirinya membuktikan yang parti itu tidak punya bertanggungjawab, sekali gus tidak boleh dipercayai.  PR jelas bercakap tanpa asas atau sesuka hati.  Bayangkan jika negara mempunyai kerajaan yang suka bercakap sesuka hati sekadar untuk menyedapkan hati rakyat.  Bayangkan apa yang akan terjadi jika asyik berjanji dan kemudian berkata ‘tak boleh jadi’. 

Menjadi kerajaan bukanlah semudah bermain masak-masak berpura-pura membeli belah dengan menggunakan cebisan kertas.  Dalam mengurus rumah tangga juga kita tidak boleh sentiasa berjanji kepada anak isteri untuk membawa mereka melancong ke sana sini tetapi tidak pernah menunaikannya.  Lama kelamaan, anak isteri akan hilang hormat dan tidak percaya lagi kepada kita. 

Inikan pula menjadi kerajaan.  Setiap kenyataan yang dibuat oleh kerajaan akan memberi impak kepada pasaran saham dan operasi perniagaan.   Malah, kenyataan kerajaan juga mampu memberi kesan kepada hubungan luar negara terutama dari segi perdagangan. 

Sebuah kerajaan tidak boleh berkata sesuatu sesuka hati tanpa mengkaji semua kesan ini.  Kenyataan dari pihak kerajaan akan dilaporkan dalam ruangan politik dan ekonomi, bukan dalam ruangan gossip yang boleh ditukar dan dinafi sekiranya tidak memberi keuntungan atau memburukkan imej sendiri. 

Justeru, apa yang diakui oleh Hadi iaitu PR belum pun mengkaji janji-janji mereka, wajar diambil serius.  Menukar kerajaan bukanlah soal suka-suka.  Ini soal masa depan negara dan soal nasib kita semua. ~ Beruang Biru

LAPORAN MENGENAI TAN SRI MUHYIDDIN OLEH PORTAL PEMBANGKANG... UNTUK APA? #TolakPR #Vote4BN #PRU13

Portal berita pembangkang Malaysia Kini melaporkan Tan Sri Muhyiddin di kedudukan teratas menyerang pihak lawan. Laporan mereka adalah berdasarkan kepada satu kajian oleh University of Nottingham and NGO Centre for Independent Journalism (CIJ) dan pada masa yang sama Straits Times juga mengambil kesempatan melaporkannya.

Berikut adalah statistik yang dikeluarkan;


Mengikut laporan, Tan Sri mendahului DS Najib dan diikuti Tun Mahathir dan di pihak pembangkang Kit Siang telah mendahului kedudukan teratas menyerang pihak lawan yang mendapat liputan media dan diikuti dengan anaknya Guan Eng serta Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim

Kita sedia maklum, serangan Timbalan Perdana Menteri di dalam siri kempen PRU13 adalah berfakta dan berhemah. Oleh kerana itu, pihak media samada di pihak pro BN atau pro pembangkang sering membuat liputan dan mendapat perhatian di 'headline'

Namun, seperti biasa ada blog pro pembangkang yang cuba untuk putar belitkan isu ini DI SINI

Rakyat Malaysia semua maklum, pihak pembangkang telah menjalankan kempen mereka bukan sekadar dalam tempuh untuk berkempen Pilihanraya tetapi mereka telah mengadakan siri-siri 'roadshow' sepanjang masa walaupun sebaik PRU12 berakhir.

Oleh kerana sengat yang diberikan oleh Tan Sri di siri kempen PRU13, sangat-sangat dirasakan oleh pembangkang sehingga portal berita pro pembangkang terpaksa keluarkan laporan seperti ini hanya semata-mata untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa Tan Sri lebih mendapat perhatian media daripada Perdana Menteri.

Pesananan kepada pembangkang... Masa telah tiba untuk diperjelaskan kepada rakyat segala fitnah dan propaganda Pakatan Pembangkang dan LAWAN TETAP LAWAN!


Friday, 26 April 2013

#PRU13 : CALON PKR DI N8 BUKIT SERAMPANG, PAGOH... BAKAL HILANG WANG PERTARUHAN #TolakPR #UndiBN

Jangan disangka air yang tenang tidak ada kelocaknya. Begitulah yang sedang berlaku di Bukit Serampang apabila bendera Pas tidak sampai 500 helai digantung di kawasan N07 Bukit Serampang. 

Kami diberitahu, Pas telah boikot calon PKR sehingga jentera Pas dibawa "lari" ke DUN Gambir bagi membantu calon Pas yang juga merupakan Pesuruhjaya Pas Johor.

Siapa calon PKR di Bukit Serampang? Telah banyak kedengaran  mengenai Cik Saardon tapi yang paling jelas, mengapa rakyat akan menolak beliau ada DI SINI

Pembangkang di P143 Pagoh, nampaknya tidak serius untuk bertanding atau mereka telah mendapat mesej awal yang mereka tidak akan menang. Ini dapat dibuktikan seperti di dalam gambar ini.... 

Harga nilai sebuah Manifesto Pakatan Rakyat!

Rakyat Malaysia boleh menilai sendiri... di mana letaknya harga manifesto Pakatan Pembangkang.


Wednesday, 24 April 2013

#PRU13 :MANIFESTO PAKATAN... MENIPU RAKYAT #UndiBN #TolakPR

Bila sebut manifesto, semua rakyat Malaysia jangan lupakan apa yang pernah dikatakan MB Selangor, Khalid Ibrahim bahawa manifesto bukanlah suatu janji tetapi hanya sekadar pernyataan biasa sebuah parti politik yang ingin bertanding pilihan raya.

Hari ini, Tan Sri Muhyiddin sekali menegaskan bahawa manifesto Pakatan hanyalah satu pembohongan kepada rakyat. Manifesto pakatan pembangkang adalah satu penipuan kepada rakyat yang akhirnya akan membawa kemusnahan kepada negara.

"Saya tidak boleh senyap tanpa menyatakan perkara yang betul walaupun pedih supaya Malaysia tidak terjunam dalam gaung (bankrap)" katanya.- Berita Harian 

Berbanding manifesto BN yang bertemakan ‘Menepati Janji, Membawa Harapan’ ini telah disifatkan ramai sebagai realistik malah meliputi pelbagai aspek kehidupan rakyat.

Hakikatnya, manifesto adalah satu dokumen deklarasi dasar parti yang bertanding bagi mendapatkan sokongan dan dukungan rakyat menerusi pilihan raya. Justeru, ia satu bentuk aku janji yang berupa tawaran kepada rakyat dengan harapan diberikan mandat untuk berkuasa. 

Apabila berkempen untuk pilihanraya, kita tidak hairan pihak Pakatan sanggup menawarkan bulan dan bintang tetapi akhirnya apabila tidak dapat ditunaikan maka merubah kenyataan bahawa manifesto bukan janji. 


Namun walau apapun alasan, sebagai sebuah parti politik bertanggungjawab, setiap janji dibuat dan ditabur mestilah datang bersama dengannya tanggungjawab. Parti berintegriti juga seharusnya menawarkan janji yang realistik dan berkeupayaan untuk melunaskan apabila diberikan amanah oleh rakyat.

Apa yang paling mustahak pada ketika ini ialah agar rakyat menggunakan kebijaksanaan untuk menilai segala manifesto dan janji yang ditawarkan semua parti yang berkempen.

Penilaian haruslah juga mengambil kira semua janji dalam manifesto lalu untuk menentukan parti manakah yang benar-benar ikhlas untuk berbakti kepada rakyat atau sekadar untuk berkuasa dan menjadi Perdana Menteri tanpa agenda yang jelas dan hala tuju yang kukuh.

Justeru itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pengundi di Permatang Pauh mengembalikan kerusi Parlimen berkenaan kepada Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-13  ini.
 
Timbalan Perdana Menteri juga meminta pengundi menyokong penuh calon BN bagi kerusi Parlimen itu, Dr Mazlan Ismail serta tiga calon DUN iaitu Seberang Jaya, Permatang Pasir dan Penanti.