Showing posts with label P143. Show all posts
Showing posts with label P143. Show all posts

Tuesday, 30 April 2013

#PRU13 : STRATEGI LAUTAN BIRU SATU GANDINGAN MANTAP - TSMY #UndiBN

Gandingan mantap antara pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amat penting dalam menjamin keselamatan negara. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa bangga dengan jalinan kerjasama luar biasa antara kedua-dua pasukan keselamatan menerusi pendekatan Strategi Lautan Biru dalam mewujudkan suasana yang aman dan selamat.

Dalam peristiwa pencerobohan di Lahad Datu, polis dan tentera bergabung dan berjuang bermati-matian untuk pastikan negara selamat dan kedaulatan negara dipertahankan. Jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan sangat dihargai dan rakyat Malaysia menaruh keyakinan keapda mereka.

Ini berbeza dengan pendekatan yang telah diambil oleh Pakatan Pembangkang sehingga Tian Chua dari PKR dengan biadap telah menganggap insiden berdarah Lahad Datu sebagai satu drama;



Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin telah meluangkan masa bersama-sama warga PDRM dengan membuat kunjungan mesra di Balai Polis Pagoh. Turut hadir isteri beliau Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Ketua Polis Daerah Muar ACP Mohd Nasir Ramli.



Tan Sri juga yakin jaminan yang diberi pihak berkuasa bagi memastikan hari pengundian PRU ke-13, 5 Mei ini berjalan dengan selamat tanpa sebarang ancaman.

Beliau berharap pengundi tidak bimbang dan dapat keluar menunaikan tanggungjawab mereka. 

 

#PRU13 : TERIMA KASIH ANGGOTA @PDRM ... DARI WARGA #P143 Pagoh #UndiBN

Hari ini, semua pegawai dan anggota polis yang bertugas mengawal proses pengundian PRU-13 pada 5 Mei nanti akan keluar mengundi.


 
Rakyat di Pagoh ingin mengucapkan terima kasih kepada PDRM yang selama ini menjaga keamanan di kawasan parlimen ini. Kami juga ingin sampaikan penghargaan  dan keyakinan kami kepada PDRM yang akan bertugas pada 5 Mei nanti untuk membantu rakyat  melaksanakan hak mereka dan menjaga keselamatan mereka agar dapat berjalan di dalam keadaan aman dan lancar.

Seramai 111,136 pegawai dan anggota polis daripada 272,387 pengundi awal berdaftar akan melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi di pusat mengundi. 


Terima kasih kepada Ketua Polis Daerah Muar ACP Mohd Nasir Ramli serta warga Balai Polis Pagoh.

Ikhlas
Rakyat P143 Pagoh

#PRU13: WARGA FELDA SETIA KEPADA BN!!! #UndiBN #BetterNation



Untuk apa warga Felda setia kepada BN dan menolak Pembangkang? 

Ini telah dijawab oleh Tan Sri Muhyiddin ketika bertemu warga Felda Majlis Kolabroasi Strategik dan Pembangunan Persekitaran Lestari di FELDA Maokil.

Jawapannya jelas,
jalinan kerjasama di antara BN dan peneroka yang telah melonjakkan kejayaan-kejayaan yang sedang dinikmati warga Felda. Ini adalah hasil daripada usaha berterusan yang tersusun pemimpin BN semenjak Felda diwujudkan. 

Tan Sri bangga dengan kesetiaan warga Felda yang berterusan kepada BN dan yakin kesetiaan mereka akan terus kepada BN dan mestilah diterjemahkan pada 5 Mei ini.

Hasil kejayaan Felda yang dinikmati warganya hari ini, seperti penyenaraian Felda Global Ventures di Bursa Saham, pendapatan yang lebih tinggi dan kehidupan yang lebih baik dan selesa mesti diteruskan dan dikekalkan. 

Cetusan impian oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, usaha berterusan pemimpin-pemimpin BN dari dahulu sehingga menjadi ia menjadi kenyataan mesti diteruskan. 

Hanya Barisan Nasional sahaja yang mampu menjayakan dan meneruskan impian ini sehingga menjadi satu kenyataan yang lebih berjaya. 

Warga Felda mesti tanya kepada diri mereka, apa sumbangan pembangkang kepada mereka selama ini?


Monday, 29 April 2013

#PRU13 : BERKEMPEN DI MINGGU TERAKHIR #UndiBN #BetterNation @NajibRazak


Salam 1Malaysia,

Hari ini menandakan bermulanya minggu terakhir berkempen bagi musim Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Pada hari mengundi nanti, setiap rakyat Malaysia, tidak kira bangsa dan kepercayaan agama, akan keluar untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi dan memilih pentadbir negara untuk tempoh lima tahun yang akan datang.

Sejak tempoh berkempen bermula pada 20 April lalu, saya telah turun padang ke beberapa negeri seperti Selangor, Perak, Sabah, Sarawak dan Johor termasuk negeri saya, Pahang untuk menerangkan kepada rakyat mengenai kandungan Aku Janji kami di Barisan Nasional (BN). Perjalanan kempen saya akan diteruskan ke seluruh negara sehingga hari mengundi nanti. Anda boleh mengikuti perjalanan kempen saya setiap hari di sini.

Calon-calon BN di kawasan anda juga kini sedang bekerja keras untuk menerangkan kepada masyarakat di kawasan masing-masing mengenai Aku Janji BN dan bagaimana ia dapat memberi manfaat kepada rakyat di negara ini. Oleh itu, saya berharap anda semua akan memberikan sokongan kepada calon-calon BN ini dengan menghadiri ceramah dan kempen mereka di kawasan anda. Selain itu, ikutilah juga perkembangan semasa calon-calon di kawasan anda dengan mengikuti laman sosial mereka seperti Facebook dan Twitter yang sebahagiannya boleh didapati di sini.

Sokongan anda kepada BN amat diperlukan dan dihargai kerana ia akan membolehkan kita semua untuk terus bersama-sama berganding bahu dan bersatu padu bagi memastikan masa depan Malaysia terus terjamin. Berilah BN mandat anda agar kami dapat terus berkhidmat untuk anda.

~Najib Razak~


#PRU13 : SEHARI PROGRAM TSMY BERSAMA RAKYAT #P143 PAGOH (upadate)

2.00pm
Ketibaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama konvoi bermotor dari Belia Gugusan Maokil untuk mengiringi TPM dari pintu gerbang Gugusan Maokil ke Dewan Semai Bakti.


2.30pm
Rakyat Felda Maokil menanti ketibaan TPM di Dewan




Ketibaan Tan Sri Muhyiddin Yassin


YM Mahaguru Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin bin Mauju
Pertubuhuan Seni Lihat Lincah juga turut memberi sokongan kepada BN telah dihadiri YM Mahaguru Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin bin Mauju  

3.00pm
 Majlis Perasmian/Penutup Program Jaringan Kolaborasi Strategik dan Pembangunan Persekitaran Lestari



Ucapan alu-aluan oleh En Anuar bin Malek, Pengarah Komuniti Felda


Tiba masanya, Tan Sri Muhyiddin menyampaikan amanatnya kepada warga felda dan seterusnya menutup Majlis Program Jaringan Kolaborasi Strategik dan Pembangunan Persekitaran Lestari.


4.00pm
Perasmian Dewan Semai Bakti Felda Gugusan Maokil 1

Lawatan ke Tapak Pameran
Lawatan Perasmian ke Taman Lestari Maokil 2

5.00pm
Lawatan ke Rumah Warga Emas , En Ohtman bin Achil di No. 1222 Blok 13, Felda Maokil 1





#PRU13 : UNDI PAS ADALAH HARAM ... RAKYAT #P143 #TolakPR #UndiBN #BetterNation

Kepada penyokong-penyokong PAS Pagoh, dengar dan faham kenapa UNDI PAS adalah HARAM...


Pendakwah terkenal Ustaz Rujhan Abdul Rahman mengesa orang Melayu menolak PAS kerana tergamak berbohong atas nama ugama Islam, bersekongkol  dengan DAP yang jelas anti-Islam dan menolak Islam demi politik. Beliau berucap dalam program kempen PRU13 bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad di Putrajaya pada Sabtu 27 April 2013.
Apakah kita akan beri undi kepada PAS yang terang-terang ditolak golongan ulama pondok seperti laporan di bawah;




GURUN – Golongan ulama pondok hari ini membuat satu deklarasi bahawa mengundi Pas dan PKR yang menentang Umno pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini adalah haram di sisi Islam.

Pas dan PKR turut bertangungjawab melakukan jenayah paling besar terhadap umat Islam kerana membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam dan menyokong pluralisme agama.


Ketua Penerangan Pondok Minda, Kelantan, Harun Yahya berkata kenyataan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh berkaitan isu itu jelas menunjukkan perjuangan mereka.


“Ini adalah agenda dan strategi Yahudi untuk menghancurkan Islam paling besar berlaku dalam sejarah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Persidangan Ulama-Ulama bersama Kepimpinan Pondok-Pondok/ Sekolah Agama Rakyat/Tahfiz al-Quran peringkat kebangsaan yang berakhir di sini.


Beliau berkata, deklarasi itu dicapai setelah tiga hari hampir 150 orang tokoh ulama dan kepimpinan tersebut termasuk Penasihat Pondok Minda, Tok Guru Abdullah Sa’amah bersidang bermula Sabtu lepas.


Persidangan bertujuan memperkasa dan mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi dan persekutuan dengan merujuk nas-nas daripada kitab-kitab ulama Ahli Sunnah Waljamaah yang muktabar, katanya.


Menurut Harun parti-parti pembangkang yang memperjuangkan penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam didapati mengemukakan nas-nas tidak betul, bertentangan dengan Islam dan menyesatkan.


“Semua orang tahu ALLAH adalah nama tuhan bagi umat Islam dan al-Quran diturunkan kepada penganutnya. Kalimah ALLAH mengajar dan membawa maksud tiada tuhan melainkan Dia (ALLAH).


“Oleh itu bukan Islam tidak boleh guna nama ALLAH sebagai nama tuhan mereka. Mereka perlu tinggalkan kepercayaan untuk menganut Islam jika mahu menggunakan (kalimah) ALLAH sebagai nama tuhan kerana ini membezakan tuhan orang Islam dan bukan Islam,” kata Harun.


Beliau berkata, membenarkan nama ALLAH digunakan oleh agama lain sebagai nama tuhan mereka memberi kesan bahawa semua agama adalah sama dan diturunkan ALLAH.


“Sekiranya dalam Bible ada nama ALLAH, dalam kita lain pun sama, semua pihak akan beranggapan semua agama adalah sama iaitu agama ALLAH,” katanya.


Beliau menasihatkan umat Islam tidak leka dalam soal ini dan mengesyorkan supaya mengadakan solat hajat bagi memohon pertolongan ALLAH S.W.T.
– BERNAMA

Sunday, 28 April 2013

#PRU13 #P143: CERAMAH DATUK DR SHAHRUDIN BUKAN OMONG KOSONG #UndiBN #TolakPR

Ini yang dimaksudkan oleh calon BN P143/N7 Jorak, Datuk Dr Shahrudin di dalam siri ceramahnya DI SINI...


Ceramah BN bukan janji kosong tapi berasas seperti laporan berikut;
 
PAGOH: Daerah Pagoh yang selama ini terkenal dengan tanaman kelapa sawit bakal berubah wajah menjadi sebuah bandar universiti apabila fasa pertama Hab Pendidikan Tinggi di Panchor, di sini siap dalam tiga tahun lagi.

Bandar universiti yang menelan belanja kira-kira RM1 bilion itu dilihat berupaya memacu pembangunan di kawasan utara Johor dengan menawarkan banyak peluang pendidikan dan penempatan selain menjana ekonomi masyarakat setempat dengan lebih rancak.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata idea membangunkan gedung ilmu itu muncul tatkala beliau memikirkan inisiatif paling sesuai untuk membangunkan kawasan luar bandar Muar.


"Bagi sebuah negara, tidak ada yang lebih utama selain membangunkan sistem pendidikan lebih-lebih lagi di peringkat tertinggi," kata Muhyiddin yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh bagi Barisan Nasional (BN) buat kali kelima.

Hab pendidikan itu akan menyumbang kepada peningkatan pembangunan modal insan di negara ini dan peluang lebih terbuka kepada masyarakat tempatan untuk memajukan diri serta meningkatkan ilmu pengetahuan.

Dengan adanya Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, masyarakat setempat dan dari Johor amnya tidak perlu lagi menghantar anak-anak menuntut ke luar negeri, malah lembah ilmu itu dilihat mampu menarik semula anak tempatan pulang menyumbang bakti di sini.

Daripada sudut politik, Pagoh merupakan salah satu kubu kuat BN di Johor dan penduduk rata-ratanya melahirkan rasa gembira mereka terhadap BN kerana dapat hidup dalam suasana aman dan selesa serta mudah menjalankan aktiviti kehidupan seharian.
Kerusi Parlimen Pagoh mempunyai 46,793 pengundi dan dua lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Bukit Serampang dan Jorak. Kira-kira 18 peratus daripada keseluruhan pengundi merupakan generasi muda.

Sambil merujuk kepada hab pendidikan tinggi di mukim Jorak itu, seorang pelajar yang hanya dikenali sebagai Atiqah, 16, berkata beliau tidak sabar mahu menjejakkan kaki ke menara gading yang hampir dengan kediamannya.

Seorang peniaga, Kamsiah Hussin, 44, pula yakin warung makan yang diusahakan sejak lebih tiga tahun lepas bakal mendapat limpahan pengunjung apabila lembah ilmu itu siap.

Calon BN bagi Bukit Serampang, Ismail Mohamed, juga yakin pembangunan hab pendidikan tinggi itu akan membawa manfaat kepada penduduk di DUN itu selain memastikan keseluruhan Parlimen Pagoh dimajukan secara saksama.

Fasa pertama Hab Pendidikan Tinggi Pagoh melibatkan Universiti Tun Hussein Onn, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Pusat Penyelidikan Universiti Teknologi Malaysia dan Politeknik Pagoh.

Semua universiti berkenaan akan dibangunkan di kawasan seluas 202 hektar dan akan menggunakan ulititi secara guna sama seperti kompleks sukan dan perpustakaan yang akan turut dibina di kawasan itu.

Sime Darby yang bertangungjawab sebagai pemaju juga akan membangunkan Bandar Universiti Pagoh di sekitar hab itu sebagai kawasan pembangunan baru yang dilengkapi kemudahan asas dan pusat komersial.

"Dengan terlaksananya hab pendidikan ini, ia dijangka dapat memberikan kesan limpahan ekonomi kepada penduduk tempatan. Dijangkakan lebih 25,000 peluang pekerjaan baharu akan wujud dengan terbinanya Bandar Universiti Pagoh ini," kata Muhyiddin yang juga bekas Menteri Besar Johor .

Hab Pendidikan Tinggi Pagoh juga dilihat akan mengimbangi pembangunan negeri ini selepas pembangunan di selatan Johor yang merangkumi Iskandar Malaysia serta hab minyak dan gas di Pengerang, Kota Tinggi.

Pada pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei ini, bagi kerusi Parlimen Pagoh Muhyiddin akan dicabar Mohamad Rozali Jamil dari PAS.

Bagi kerusi DUN Bukit Serampang, Ismail akan menghadapi pertandingan satu lawan satu dengan calon PKR, Saadon Abdullah sementara penyandang kerusi DUN Jorak, Datuk Dr Sharuddin Md Salleh dari BN akan ditentang calon PAS, Nor Hayati Bachok. - BERNAMA

Saturday, 27 April 2013

#PRU13 : KAMU DATANG KITA HALAU!!! #P143 #UndiBN #BetterNation #TolakPR



Tegas sungguh Batin Bukit Panjang Pagoh akan menghalau jentera PAS atau PKR yang masuk perkampungan mereka. Orang Asli Pagoh cukup setia kepada BN dan hanya akan menerima program BN kerana selama ini, kerajaan BN banyak membela nasib mereka.

Jika begini ketegasan penyokong-penyokong orang asli, apakah mungkin Puan Norhayati dan Rozali dari PAS atau  Saadon calon PKR mampu menang di Pagoh nanti?

Jangan pandang remeh ketegasan kaum orang asli ini kerana mereka adalah rakyat yang tahu bersyukur dengan jasa kerajaan Barisan Nasional.

#PRU13 : KERAJAAN BN AMAT BERTANGGUNGJAWAB - CALON N7 JORAK #P143



Apa pembangunan yang kerajaan BN tidak lakukan di Pagoh? Tadika, sekolah berasrama dan universiti untuk anak-anak tempatan dan jelas calon N7 Jorak, Datuk Shahrudin, mereka tidak perlu keluar dari Pagoh tapi boleh berkhidmat terus... untuk membagunkan Pagoh.

Yang penting sekali, kerajaan BN tidak melakukan sebarang pilihkasih kerana... YANG MEMERINTAH ADALAH KERAJAAN BARISAN NASIONAL.

Dengan ini, adalah wajar bagi rakyat Pagoh pertahankan hak mereka sebagai rakyat Malaysia dan memilih Barisan Nasional seterusnya menolak calon PAS dan PKR di PRU 13 nanti demi kesinambungan ini.


#PRU13 : IKON REMAJA @aznilnawawiHM KE #P143 PAGOH UNTUK KEMPEN #BetterNation #NajibForMalaysia


Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Nil bersama-sama berkempen bukan saja di Laman Twitter tetapi turut turun padang untuk mendekati pengundi.

Slogan yang dibawa bersama seperti #NajibMyPM #Stability #BetterNation #BN4Youth dan banyak lagi ketika berada di RnR Pagoh agar beri mandat kepada kepimpinan DS Najib di PRU 13 ini.

Hari ini rakyat Pagoh sangat teruja apabila beliau telah Twit;

 Di antara yang menarik perhatian Pak Nil;








Sambutan yang diberikan penduduk Pagoh sangat menggalakkan bukan sahaja Aznil ialah seorang selebriti tetapi kerana turut menunjukkan sokongan kepada BN.

Sebelum ini, Aznil juga memberi pesanan kepada semua pihak yang terlibat di dalam kempen pilihanraya agar berhemah dan menjaga kata-kata tidak kira samada ketika berceramah atau di laman-laman sosial.

Sebagai rakyat Malaysia yang mencitakan keamanan dan kestabilan, sama-sama kita berhemah ketika berkempen.


#PRU : PAS YANG TIDAK PERNAH MENANG DI #P143 PAGOH



Pagoh adalah kubu kuat BN dan Tan Sri Muhyidin kali ini berhadapan dengan calon PAS, MOHD ROZALI JAMIL, Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Johor, berusia 37 tahun dan juga seorang pendakwah bebas yang tidak pernah menang semenjak 2004 di kerusi Parlimen Segamat dan tewas kepada Datuk Othman Jais di DUN Buluh Kasap apabila beliau hanya mampu memperolehi 1,540 undi berbanding lawannya sebanyak 9,072 undi.

Manakala Tan Sri Muhyiddin pula mempertahan kerusi Parlimen Pagoh P143 semenjak 1978. Pada PRU 12 terdapat : Melayu - 62.82% Cina - :32.29% India - :4.21% 

PAS Pagoh ibarat tidak wujud di kawasan sendiri meskipun di alam maya. Ini terbukti apabila melayari blog mereka di SINI , tiada laporan aktiviti PAS di Pagoh dan ketika kempen pilihanraya sedang rancak berjalan, blog PAS Pagoh tidak langsung melaporkan aktiviti calon-calon mereka.

Apa yang sebenar berlaku ialah blog Pas Pagoh telah mati semenjak 2010!
 

LAPORAN MENGENAI TAN SRI MUHYIDDIN OLEH PORTAL PEMBANGKANG... UNTUK APA? #TolakPR #Vote4BN #PRU13

Portal berita pembangkang Malaysia Kini melaporkan Tan Sri Muhyiddin di kedudukan teratas menyerang pihak lawan. Laporan mereka adalah berdasarkan kepada satu kajian oleh University of Nottingham and NGO Centre for Independent Journalism (CIJ) dan pada masa yang sama Straits Times juga mengambil kesempatan melaporkannya.

Berikut adalah statistik yang dikeluarkan;


Mengikut laporan, Tan Sri mendahului DS Najib dan diikuti Tun Mahathir dan di pihak pembangkang Kit Siang telah mendahului kedudukan teratas menyerang pihak lawan yang mendapat liputan media dan diikuti dengan anaknya Guan Eng serta Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim

Kita sedia maklum, serangan Timbalan Perdana Menteri di dalam siri kempen PRU13 adalah berfakta dan berhemah. Oleh kerana itu, pihak media samada di pihak pro BN atau pro pembangkang sering membuat liputan dan mendapat perhatian di 'headline'

Namun, seperti biasa ada blog pro pembangkang yang cuba untuk putar belitkan isu ini DI SINI

Rakyat Malaysia semua maklum, pihak pembangkang telah menjalankan kempen mereka bukan sekadar dalam tempuh untuk berkempen Pilihanraya tetapi mereka telah mengadakan siri-siri 'roadshow' sepanjang masa walaupun sebaik PRU12 berakhir.

Oleh kerana sengat yang diberikan oleh Tan Sri di siri kempen PRU13, sangat-sangat dirasakan oleh pembangkang sehingga portal berita pro pembangkang terpaksa keluarkan laporan seperti ini hanya semata-mata untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa Tan Sri lebih mendapat perhatian media daripada Perdana Menteri.

Pesananan kepada pembangkang... Masa telah tiba untuk diperjelaskan kepada rakyat segala fitnah dan propaganda Pakatan Pembangkang dan LAWAN TETAP LAWAN!


Friday, 26 April 2013

#PRU13 : HUDUD - PAS TERUS TIKAM PKR DAN DAP DARI BELAKANG #TolakPR #UndiBN


Asal sahaja masuk musim pilihan raya, isu hudud tidak pernah sunyi dari dipalu gendangnya oleh PAS kerana merasakan isu itu penting dalam memastikan kelangsungan pengaruh PAS dikalangan orang Melayu Islam.

Soal praktikal dan asas perlaksanaan biasanya jarang disentuh, selalunya PAS hanya akan gah membicarakannya dari segi teori sahaja sekadar memainkan sentimen keagamaan untuk meraih sokongan pengundi.

Itu juga nawaitunya apabila Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din membangkitkan semula isu hudud tanpa menyedari dalam PRU-13 ini PAS hanya bertanding di 73 kerusi sahaja berbanding keseluruhan 222 kawasan parlimen.

Dengan 73 kerusi Parlimen yang ditandingi PAS dan hanya 12 kawasan sahaja yang berpeluang dimenangi PAS, apa yang mampu dilakukan oleh PAS terutama sekali untuk meminda Perlembagaan Negara bagi merintis perlaksanaan hudud?

Begitu pun, walau pun kita tahu hakikatnya PAS memainkan semula isu hudud tujuannya untuk meraih undi, namun dari aspek lain ia memperlihatkan sikap sebenar PAS yang tidak boleh dipercayai kerana pendiriannya yang sering berubah-ubah.

Sebelum ini, semua maklum PR pernah mengadakan mesyuarat khas membincangkan isu hudud di mana masing-masing pimpinan tertinggi DAP, PKR dan PAS bersetuju soal perlaksanaan hudud tidak berbangkit selagi tidak mendapat persetujuan bersama.

Bantahan berterusan oleh DAP khususnya oleh Karpal Singh dan yang terbaru turut mengundang reaksi kurang senang oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkenaan isu hudud yang ditimbulkan oleh Dr Haron Din hanyalah riak-riak awal betapa longgarnya kesepakatan dalam PR.

Mereka sudah nampak tanda-tanda awal yang PAS bila-bila masa sahaja boleh berubah arah mengikut kepentingan politik tanpa mengambil kira persetujuan yang pernah dicapai sebelum ini.

PAS adalah parti yang fleksibel dan pendirian hanya sekeras tulang sotong, di mana ada kepentingan di situlah akan terarah hala tujunya.

Waima rakan kepimpinan sendiri seperti Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Dr Hasan Ali pun PAS sanggup korban demi menjaga kepentingan politiknya tika itu, jadi amatlah mudah untuk PAS menikam belakang rakan sepakatan juga demi kepentingan sendiri.

Ringkas kata, DAP dan PKR terpaksa berwaspada dengan risiko kemungkinan akan ditikam dari belakang pula oleh PAS, satu kemungkinan yang tidak boleh dielakkan bila PAS berada dalam keadaan tersepit dan terdesak untuk meraih semula sokongan pengundi Melayu Islam.

#PRU13 : CALON PKR DI N8 BUKIT SERAMPANG, PAGOH... BAKAL HILANG WANG PERTARUHAN #TolakPR #UndiBN

Jangan disangka air yang tenang tidak ada kelocaknya. Begitulah yang sedang berlaku di Bukit Serampang apabila bendera Pas tidak sampai 500 helai digantung di kawasan N07 Bukit Serampang. 

Kami diberitahu, Pas telah boikot calon PKR sehingga jentera Pas dibawa "lari" ke DUN Gambir bagi membantu calon Pas yang juga merupakan Pesuruhjaya Pas Johor.

Siapa calon PKR di Bukit Serampang? Telah banyak kedengaran  mengenai Cik Saardon tapi yang paling jelas, mengapa rakyat akan menolak beliau ada DI SINI

Pembangkang di P143 Pagoh, nampaknya tidak serius untuk bertanding atau mereka telah mendapat mesej awal yang mereka tidak akan menang. Ini dapat dibuktikan seperti di dalam gambar ini.... 

Harga nilai sebuah Manifesto Pakatan Rakyat!

Rakyat Malaysia boleh menilai sendiri... di mana letaknya harga manifesto Pakatan Pembangkang.


#PRU13 : ISU BELON SEBAGAI BAHAN KEMPEN CALON PAS DI JORAK #P143 PAGOH #TolakPR #UndiBN


Di dalam FB calon PAS bagi 87 Jorak, Norhayati Bachok rasa kecewa bila belon besar PAS diturunkan. Mengikut beliau, belon itu telah ditembak...

Namun, itu hanyalah andaian beliau... kerana, banyak kemungkinan boleh dijadikan penyebabnya...

N8 Jorak, Pagoh adalah kubu kuat BN dan seperti biasa, parti lawan akan cuba mencari isu-isu remeh agar dapat disensasikan dengan harapan mendapat undi "kesian".

Jika di lihat gambar yang diambil, mana bocornya?


Rasanya tak perlu isu belon dijadikan bahan kempen PAS kerana pengundi-pengundi di Jorak lebih bijak untuk memilih calon mereka yang rata-rata menyatakan mereka tak pernah dengar nama Norhayati Bachok dan ada juga yang seraca terang menempelak PAS yang akan hanya menunjuk muka setiap 5 tahun sekali, bila pilihanraya sahaja.

Norhayati dilihat begitu asing di Pagoh dan kebanyakan penduduk dari pelbagai kaum tidak meyakini calon yang pasti tidak mampu berkhidmat untuk mereka.

Berikut adalah sedikit sebanyak profil calon PAS N8 Jorak:

Berasal dari Muar Johor

Tinggal di Muar Johor

Berkahwin kepada Mustafha Abdul Rahman

Belajar di Institut Pengajian Ilmu Islam (IPI)

Bekerja sendiri di Nur Learning Centre sebagai Professional Learning Facilitator

#PRU13 : SKANDAL TERBARU DI #P143 PAGOH... ???!!!

Rakyat Pagoh mula bercerita... si Gadis Misteri yang kelihatan sangat rapat dan sentiasa mengekori Tan Sri Muhyiddin ketika penamaan calon PRU 13.

Gadis muda, cantik, tinggi lampai ini ialah seorang wartawan 
yang bertugas di hari penamaan calon... DIA BERTUGAS!
Tapi...

Kalau dibandingkan dengan tulisan jawi ini, mana lebih cantik?


"Bismillahirrahmanirrahim... Semoga segala usaha kita mendapat keberkatan daripada Allah swt - Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia", itulah tulisan jawi oleh Tan Sri Muhyiddin ketika beliau melawat persiapan PDM di Kg Tengah Sungai Terap, Muar.



Teringat pula satu ketika, Program Akhbar@Sekolah untuk meningkatkan penguasaan pelajar terhadap tulisan jawi menerusi penjualan akhbar Utusan Melayu Mingguan di peringkat sekolah.


#PRU13 #P143 : KEBERANIAN PEMIMPIN BN -TAN SRI MUHYIDDIN #UndiBN #TolakPR


Felda tidak akan menjadi satu cerita kejayaan hari ini ika tidak ada keberanian pemimpin yang berwawasan Barisan Nasional seperti Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Ke2 Malaysia. Tan Sri Muhyiddin menjelaskan kepada warga Felda Pagoh Timur di dalam Majlis bersama Pemimpin.

Strategi sama juga cuba dilakukan di negara lain, namun mereka telah gagal. Kejayaan Felda adalah bukti rekod kejayaan Barisan Nasional.

Oleh itu, Tan Sri menyeru kepada warga Felda agar memilih pemimpin dari parti yang jelas menjadikan kenyataan dari sebuah impian.

Thursday, 25 April 2013

#PRU13: KEKALKAN #BN UNTUK "BANYAKNYA NIKMAT" - CALON N8/ #P143 #Vote4BN


BN bermakna "BANYAK NIKMAT"

Betapa bertuahnya rakyat Malaysia sekira mengekalkan BN untuk mendapat "Banyaknya Nikmat", demikian seruan calon BN Jorak N8 Pagoh, Datuk Dr Sharudin di Majlis Santai Bersama Rakyat di Kg Raja, Pagoh.

Nikmat yang paling berharga yang telah rakyat dikecapi rakyat selama ini ialah nikmat kedamaian. Rakyat selama ini saling menerima perbezaan masing-masing walaupun jiran dan rakan dari pelbagai kaum.




#PRU13 : APLIKASI PRO BN UNTUK DIMUAT TURUN #P143 for #BetterNation

  • Aplikasi BN13 di Apple Store sudah boleh dimuatturun untuk iPhone.
    Aplikasi BN13 juga boleh dimuatturun untuk perisian Android di SINI
    Aplikasi BNYouth juga moleh dimuatturun untuk perisian Android di SINI
  • Aplikasi BN13 boleh dimuatturun dari Apple App Store: di SINI
Nama app: BN13
App Apple ID: 636534351

Sila sebarkan matlumat di atas melalui akaun-akaun Twitter & Facebook rasmi menteri & timbalan menteri yang berkaitan.






Wednesday, 24 April 2013

#PRU13 : P143 Pagoh: "Tak suka, tak suka, tak suka."



"Memang kita sokong penuh... penuh... Tun Mahathir, Najib dan Muhyiddin"

"Kawasan Pagoh ni, saya jamin pembangkang tak boleh menang. Sekarang pemuda kita sokong Muhyiddin"

"Pakatan ni suka mengata orang... semua orang tak betul"