Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts

Monday, 29 April 2013

#PRU13 : CIKGU SAADON KORBAN SEMBELIH CHUA JUI MENG DI N8 BUKIT SERAMPANG, PAGOH #TolakPR #VoteBN

Cikgu Saadun, calon PKR Bukit Serampang
Calon tangkap muat PKR yang mengaku anak jati Pagoh "CUBA-CUBA" untuk bertanding dan tidak dikenali di kawasan sendiri... Alasan yang diberi kerana belum mendapat kuasa.

Beliau juga mengaku hanya menurut arahan Chua Jui Meng untuk cuba-cuba bertanding.

Walaubagaimanapun, satu komentar di dalam blog DI SINI telah menyatakan;


Benarkah cikgu? Marah sungguh yang memberi komen ni dan seperti beliau adalah anak jati  Pagoh juga...

Sebelum ini, cikgu Saadon dikaitkan dengan penerimaan BR1M dan apa yang pasti Cikgu Saadon masih menerima pencen dari kerajaan yang dikuasai BN tetapi bertanding menentang kerajaan.

Kita tunggu selanjutnya nanti....


Sunday, 28 April 2013

#PRU13 : DAP DAN PAS TAK MUNGKIN BOLEH BEKERJASAMA #Vote4BN #BetterNation


Fahami dan sebarkan mesej Tan Sri Muhyiddin:
 
Jika Karpal Singh dan Kit Siang telah secara terbuka membuat kenyataan menolak negara Islam dan hukum hudud tetapi pemimpin-pemimpin PAS masih ingin laksanakannya, bagaimana mungkin dua parti gergasi pembangkang mampu memerintah negara... demikian tegas Tan Sri Muhyiddin.

Ternyata antara kedua parti ekstrim ini tidak mungkin dapat bekerjasama dalam Pakatan Rakyat dalam perkara asas. Perbezaan ideologi utama mereka, akhirnya akan menjejas bukan sahaja kestabilan politik negara malahan ekonomi negara mampu terjunam.

Ketika di satu majlis di  Negeri Sembilan, Tan Sri juga berkata sekiranya Pakatan diberi mandat oleh rakyat, yang pasti tidak berapa ketika sahaja kerajaan akan runtuh. 

PKR dan DAP akan beritahu PAS, apabila mereka bergabung dan mendapat kelebihan kerusi parlimen, PAS mesti akur dengan apa saja yang mereka putuskan di dalam Buku Jingga dan lupakan hudud dan ini akhirnya akan membawa kepada kerajaan yang porak peranda.

Friday, 26 April 2013

#PRU13 : HUDUD - PAS TERUS TIKAM PKR DAN DAP DARI BELAKANG #TolakPR #UndiBN


Asal sahaja masuk musim pilihan raya, isu hudud tidak pernah sunyi dari dipalu gendangnya oleh PAS kerana merasakan isu itu penting dalam memastikan kelangsungan pengaruh PAS dikalangan orang Melayu Islam.

Soal praktikal dan asas perlaksanaan biasanya jarang disentuh, selalunya PAS hanya akan gah membicarakannya dari segi teori sahaja sekadar memainkan sentimen keagamaan untuk meraih sokongan pengundi.

Itu juga nawaitunya apabila Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din membangkitkan semula isu hudud tanpa menyedari dalam PRU-13 ini PAS hanya bertanding di 73 kerusi sahaja berbanding keseluruhan 222 kawasan parlimen.

Dengan 73 kerusi Parlimen yang ditandingi PAS dan hanya 12 kawasan sahaja yang berpeluang dimenangi PAS, apa yang mampu dilakukan oleh PAS terutama sekali untuk meminda Perlembagaan Negara bagi merintis perlaksanaan hudud?

Begitu pun, walau pun kita tahu hakikatnya PAS memainkan semula isu hudud tujuannya untuk meraih undi, namun dari aspek lain ia memperlihatkan sikap sebenar PAS yang tidak boleh dipercayai kerana pendiriannya yang sering berubah-ubah.

Sebelum ini, semua maklum PR pernah mengadakan mesyuarat khas membincangkan isu hudud di mana masing-masing pimpinan tertinggi DAP, PKR dan PAS bersetuju soal perlaksanaan hudud tidak berbangkit selagi tidak mendapat persetujuan bersama.

Bantahan berterusan oleh DAP khususnya oleh Karpal Singh dan yang terbaru turut mengundang reaksi kurang senang oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkenaan isu hudud yang ditimbulkan oleh Dr Haron Din hanyalah riak-riak awal betapa longgarnya kesepakatan dalam PR.

Mereka sudah nampak tanda-tanda awal yang PAS bila-bila masa sahaja boleh berubah arah mengikut kepentingan politik tanpa mengambil kira persetujuan yang pernah dicapai sebelum ini.

PAS adalah parti yang fleksibel dan pendirian hanya sekeras tulang sotong, di mana ada kepentingan di situlah akan terarah hala tujunya.

Waima rakan kepimpinan sendiri seperti Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Dr Hasan Ali pun PAS sanggup korban demi menjaga kepentingan politiknya tika itu, jadi amatlah mudah untuk PAS menikam belakang rakan sepakatan juga demi kepentingan sendiri.

Ringkas kata, DAP dan PKR terpaksa berwaspada dengan risiko kemungkinan akan ditikam dari belakang pula oleh PAS, satu kemungkinan yang tidak boleh dielakkan bila PAS berada dalam keadaan tersepit dan terdesak untuk meraih semula sokongan pengundi Melayu Islam.