Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Thursday, 2 May 2013

#PRU13 : SIAPAKAH NIK AZIZ ITU? #TolakPR #UndiBN

Nilai dengan mendalam, siapakah Nik Aziz itu sebenarnya? Benarkah dia seorang ulama?

Apakah seorang ulama sanggup keluar kenyataan kalau sokong PAS akan masuk syurga dan ibadat orang UMNO tidak dapat pahala.?

Begitu pertanyaan Tan Sri Muhyiddin kepada rakyat Kelantan di Jeli.

Sebagai anak kepada seorang ulama di Johor... Tan Sri menyatakan:

 

"Saya hairan, ini bukan main-main, ini sesuatu perkara yang mungkar. Kalau tok guru dah menyimpang, kalau salah baca dalam solat pun kita kena tegur dan kalau sudah lama tidak betul logiknya kita kena tolak tok guru ini,” jelasnya lagi.

Untuk mengetahui SIAPA ITU NIK AZIZ.... sila baca DI SINI

Sedikit sejarah pendidikan nik ajis untuk renungan:

Nik Aziz adalah seorang pelajar dalam bidang tafsir dan usuludin di sebuah pondok di Hyderabab. Pondok tersebut letaknya di Deo Band yang mana adalah dipengaruhi fahaman Wahabi. Fahaman Wahabi ini adalah adik kepada Khawarij yang mempunyai sikap “tidak sabar”.


#PRU13 : PENGUNDI CINA JOHOR SUDAH SOKONG PAKATAN? #TolakPR #UndiBN

FAKTOR KIT SIANG


Majoriti kaum cina di Johor awal-awal lagi sudah menolak Kit Siang dari menjadi wakil rakyat di negeri Darul Takzim. Ideologi ekstrimis rasis pemimpin DAP itu amat merbahaya jika dibenarkan bertapak di bumi yang selama ini bebas dari politik perkauman.

Rakyat Johor khususnya, cukup masak dengan latar belakang Kit Siang yang menjadi salah seorang dalang kepada ketegangan pergaduhan kaum 13 Mei. Menjadi dalang kepada kematian beratus-ratus rakyat Malaysia yang tidak berdosa pada 1969. Menjadi dalang yang menyalakan api perkauman sehingga negara berada dalam keadaan darurat. 


Sekarang apa nasib Kit Siang di Johor?



Syabas rakyat Gelang Patah!!!

Uncle Kit Siang terpaksa mengadu di FBnya sendiri???


Ini kata Salahudin Ayub pada 11 April, 2013 ... Sokongan pengundi Cina di Johor kini sudah mencecah 85 peratus kepada Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat? Kenapa Salahudin tidak berani kata menyokong PAS? Apakah benar pengundi Cina di Johor akan terima PAS? Apakah pengundi Cina sudah bersedia untuk terima hudud PAS? Apakah DAP kuat untuk tolak hudud PAS? ... 

Ini pula pengakuan orang no. 2 DAP Johor:



“Saya akhirnya telah memutuskan bahawa Pas tidak layak mendapatkan undi saya. Penganut bukan Muslimin harus sedar apa yang bakal dilakukan oleh PAS jika ia diberi kuasa... DAP mesti sedar bahawa Pas bukan lagi sebuah rakan yang amanah dan boleh diharapkan. DAP harus mempunyai keberanian untuk mengaku hakikat ini,” katanya sebelum ini.


Tidak cukup dengan itu, Norman turut menyelar Ketua Pemuda Pas Johor sebagai 'fanatik agama'. Malah dia turut mengingatkan pengundi bahawa Suhaizan telah membuat deklarasi yang melarang orang Islam mengucapkan ‘Selamat Hari Krismas’ kepada orang Kristian.... Laporan awal kami, DI SINI...


FAKTOR ANWAR



Kit Siang terpaksa menipu pengundi Cina untuk sokong PAS... Satu undi DAP ialah undi untuk HUDUD PAS!



 

Wednesday, 1 May 2013

#PRU13 : SEMBANG-SEMBANG PENGUNDI #P143 ... #UndiBN #TolakPR



Orang kampung punya hati bersih, mereka tahu siapa yang membantu mereka dan siapa pula yang sekadar meraih undi dari mereka sahaja. Mereka sedar siapa yang boleh membela agama bangsa dan tanah air mereka dan siapa pula yang merosakkan kehormian agama mereka.


Pas Pagoh mula merasuah pengundi dengan memberikan RM30.00 kepada warga emas bagi mendapatkan undi. Jangan dan jangan mimpi pengundi di Pagoh buta mata dengan RM30.00 dari pas tu. Sudah lama kerajaan Barisan Nasional Pagoh membantu membela rakyat pagoh.

Belon yang harga beribu boleh PAS beli tapi nilai undi warga emas hanya RM30.00?

Monday, 29 April 2013

#PRU13 : DAP JOHOR JANGAN UNDI PAS #TolakPR #UndiBN

Jeff Ooi
Dulu, Jeff Ooi Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang menggesa supaya ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Mohd Razali Abdullah dipecat kerana menganggotai organisasi ekstremis. Mohd Razali adalah ahli JIM.

Jeff membuat kenyataan itu dengan merujuk kepada objektif penubuhan JIM yang mahu membentuk negara Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan undang-undang Syariah sepenuhnya menjelang 2020.

Hari ini, satu lagi kenyataan mendesak (OutSyedTheBox) untuk menolak calon-calon PAS oleh Norman Fernandez, Timbalan Pengerusi DAP Johor, agar rakyat khususnya di Johor tidak mengundi Pas kerana curiga dengan keikhlasan parti itu dalam perjuangan pakatan pembangkang. Malah dia turut mendesak agar DAP untuk sgera keluar daripada pakatan pembangkang selagi Pas masih menganggotainya.

Norman Fernandez
 “Saya akhirnya telah memutuskan bahawa Pas tidak layak mendapatkan undi saya. Penganut bukan Muslimin harus sedar apa yang bakal dilakukan oleh PAS jika ia diberi kuasa... DAP mesti sedar bahawa Pas bukan lagi sebuah rakan yang amanah dan boleh diharapkan. DAP harus mempunyai keberanian untuk mengaku hakikat ini,” katanya sebelum ini.

Tidak cukup dengan itu, Norman turut menyelar Ketua Pemuda Pas Johor sebagai 'fanatik agama'. Malah dia turut mengingatkan pengundi bahawa Suhaizan telah membuat deklarasi yang melarang orang Islam mengucapkan ‘Selamat Hari Krismas’ kepada orang Kristian.

Suhaizan Kayat

Terbaru ahli jawatankuasa DAP Kedah S Neelamekan, turut mengambil pendekatan yang sama dengan membuat kenyataan terbuka membantah rancangan Pas untuk menubuhkan negara Islam. Dia yang menyifatkan Pas sebagai sebagai "berbahaya" turut mengatakan "Satu-satunya cara kita boleh menghentikan ini adalah untuk menghentikan Pas."

"Saya pasti tidak akan mengundi PAS dan saya menggesa ahli-ahli DAP dan rakyat Malaysia untuk melakukan perkara yang sama. Parti itu
tidak layak undi kami, "katanya.
 
Ekoran daripada desakan yang begitu kuat di kalangan penyokong  dan pengikut akar umbi Pas,  pimpinan tertinggi Pas akhirnya terpaksa mengeluarkan kenyataan berhubung Hudud sehingga menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati dikalangan pimpinan DAP dan PKR.
 
Seorang demi seorang pemimpin DAP terus menyuarakan bantahan terhadap PAS dan agenda hudud yang bakal dilaksanakan sekiranya PR menang PRU13.

Walaupun pimpinan ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang itu, sebelum ini mengatakan mereka telah sepakat untuk mengarahkan semua pimpinan parti masing-masing agar tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hudud sehingga pendirian bersama mengenainya dibuat.

Namun nyata mereka gagal untuk memastikan arahan tersebut dipatuhi oleh pimpinan di peringkat negeri.

Kesimpulannya, walaupun pakatan pembangkang enggan mengaku, namun hakikat dan realitinya gabungan parti yang mendukung ideologi yang berbeza itu semakin goyah akibat tiada persefahaman. Pertelagahan merebut kerusi juga masih belum diselesaikan sehingga Pengerusi DAP Kedah telah menyuarakan ketidakpuasan hati beliau semalam.


#PRU13 : UNDI PAS ADALAH HARAM ... RAKYAT #P143 #TolakPR #UndiBN #BetterNation

Kepada penyokong-penyokong PAS Pagoh, dengar dan faham kenapa UNDI PAS adalah HARAM...


Pendakwah terkenal Ustaz Rujhan Abdul Rahman mengesa orang Melayu menolak PAS kerana tergamak berbohong atas nama ugama Islam, bersekongkol  dengan DAP yang jelas anti-Islam dan menolak Islam demi politik. Beliau berucap dalam program kempen PRU13 bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad di Putrajaya pada Sabtu 27 April 2013.
Apakah kita akan beri undi kepada PAS yang terang-terang ditolak golongan ulama pondok seperti laporan di bawah;




GURUN – Golongan ulama pondok hari ini membuat satu deklarasi bahawa mengundi Pas dan PKR yang menentang Umno pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini adalah haram di sisi Islam.

Pas dan PKR turut bertangungjawab melakukan jenayah paling besar terhadap umat Islam kerana membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam dan menyokong pluralisme agama.


Ketua Penerangan Pondok Minda, Kelantan, Harun Yahya berkata kenyataan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh berkaitan isu itu jelas menunjukkan perjuangan mereka.


“Ini adalah agenda dan strategi Yahudi untuk menghancurkan Islam paling besar berlaku dalam sejarah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Persidangan Ulama-Ulama bersama Kepimpinan Pondok-Pondok/ Sekolah Agama Rakyat/Tahfiz al-Quran peringkat kebangsaan yang berakhir di sini.


Beliau berkata, deklarasi itu dicapai setelah tiga hari hampir 150 orang tokoh ulama dan kepimpinan tersebut termasuk Penasihat Pondok Minda, Tok Guru Abdullah Sa’amah bersidang bermula Sabtu lepas.


Persidangan bertujuan memperkasa dan mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi dan persekutuan dengan merujuk nas-nas daripada kitab-kitab ulama Ahli Sunnah Waljamaah yang muktabar, katanya.


Menurut Harun parti-parti pembangkang yang memperjuangkan penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam didapati mengemukakan nas-nas tidak betul, bertentangan dengan Islam dan menyesatkan.


“Semua orang tahu ALLAH adalah nama tuhan bagi umat Islam dan al-Quran diturunkan kepada penganutnya. Kalimah ALLAH mengajar dan membawa maksud tiada tuhan melainkan Dia (ALLAH).


“Oleh itu bukan Islam tidak boleh guna nama ALLAH sebagai nama tuhan mereka. Mereka perlu tinggalkan kepercayaan untuk menganut Islam jika mahu menggunakan (kalimah) ALLAH sebagai nama tuhan kerana ini membezakan tuhan orang Islam dan bukan Islam,” kata Harun.


Beliau berkata, membenarkan nama ALLAH digunakan oleh agama lain sebagai nama tuhan mereka memberi kesan bahawa semua agama adalah sama dan diturunkan ALLAH.


“Sekiranya dalam Bible ada nama ALLAH, dalam kita lain pun sama, semua pihak akan beranggapan semua agama adalah sama iaitu agama ALLAH,” katanya.


Beliau menasihatkan umat Islam tidak leka dalam soal ini dan mengesyorkan supaya mengadakan solat hajat bagi memohon pertolongan ALLAH S.W.T.
– BERNAMA

Sunday, 28 April 2013

#PRU13 : DAP DAN PAS TAK MUNGKIN BOLEH BEKERJASAMA #Vote4BN #BetterNation


Fahami dan sebarkan mesej Tan Sri Muhyiddin:
 
Jika Karpal Singh dan Kit Siang telah secara terbuka membuat kenyataan menolak negara Islam dan hukum hudud tetapi pemimpin-pemimpin PAS masih ingin laksanakannya, bagaimana mungkin dua parti gergasi pembangkang mampu memerintah negara... demikian tegas Tan Sri Muhyiddin.

Ternyata antara kedua parti ekstrim ini tidak mungkin dapat bekerjasama dalam Pakatan Rakyat dalam perkara asas. Perbezaan ideologi utama mereka, akhirnya akan menjejas bukan sahaja kestabilan politik negara malahan ekonomi negara mampu terjunam.

Ketika di satu majlis di  Negeri Sembilan, Tan Sri juga berkata sekiranya Pakatan diberi mandat oleh rakyat, yang pasti tidak berapa ketika sahaja kerajaan akan runtuh. 

PKR dan DAP akan beritahu PAS, apabila mereka bergabung dan mendapat kelebihan kerusi parlimen, PAS mesti akur dengan apa saja yang mereka putuskan di dalam Buku Jingga dan lupakan hudud dan ini akhirnya akan membawa kepada kerajaan yang porak peranda.

Saturday, 27 April 2013

#PRU13 : HADI AWANG PERLEKEH PANDANGAN RAFIZI DAN GUAN ENG #TolakPR #UndiBN

PR Tak Jadi Mansuhkan Tol – Hadi Awang

Akhbar the New Straits Times hari ini melaporkan Hadi Awang mengakui sukar untuk menepati janji menghapuskan tol dan menurunkan harga kereta sekiranya PR memerintah.    Malah, beliau juga mendedahkan bahawa PR belum lagi melakukan kajian terperinci mengenainya. 

Katanya, “pakatan perlu membuat kajian terperinci terlebih dahulu sebelum menghapuskan tol bagi mengelakkan bebanan kewangan bagi menampung kos pengurusan lebuhraya”.  Kenyataan itu dibuat di dalam sebuah ceramah di Taman Padang Midin Kuala Terengganu semalam. 

Hadi dah badutkan mereka... mampukah mereka senyum?
Dalam ceramah yang sama, Hadi juga mengakui bahawa negara akan mengalami kemerosotan ekonomi jika penghapusan duti eksais kereta import dilakukan secara drastik sepertimana yang termaktub dalam manifesto pembangkang.  Selain itu, Hadi juga mengulangi kenyataannya yang tidak ingin berebut kerusi Perdana Menteri dan lebih rela menjadi nelayan. 

Sebagai ahli politik, Hadi nampaknya sudah cukup berhati-hati dengan menambah perkataan ‘secara drastik’ di penghujung ayat mengenai menghapuskan tol dan duti eksais.  Namun, drastik atau tidak bukanlah soal pokok. 

Soal pokonya ialah, PR telah membuat janji tanpa terlebih dahulu membuat kajian terperinci.  

Anak daddy pun dibadutkan Hadi Awang!!!

Jika tanpa kajian, bagaimana untuk menjustifikasikan makna ‘drastik’ atau ‘tidak drastik’?  Jika tidak drastik, atau beransur-ansur, maka berapa lamakah jangka masa yang mampu atau perlu diambil untuk melaksanakan janji tersebut?   Tentu saja PR tidak boleh memberi jawapan tepat kerana kajian belum pun dibuat. 

Ini membuktikan bahawa apa yang dibentangkan dalam janji manifesto mereka hanyalah ‘cadangan’ atau ‘tawaran’ iaitu bukan sesuatu yang pasti akan atau mampu dilakukan. 

Sebagai contoh, katakan PR menang dalam PRU ini, maka barulah mereka akan membuat kajian mengenai apa yang mereka janjikan.  Dan katakan kajian tersebut menunjukkan yang ianya tidak mampu dan tidak dapat dilaksanakan, maka tentulah ia tidak akan dilaksanakan. 

Pada ketika itu, akan duduk terngangalah penyokong-penyokong mereka menelan segala alasan PR tentang kenapa duti eksais dan tol tidak dapat dihapuskan. 

Sikap PR yang berjanji tanpa mengkaji dengan sendirinya membuktikan yang parti itu tidak punya bertanggungjawab, sekali gus tidak boleh dipercayai.  PR jelas bercakap tanpa asas atau sesuka hati.  Bayangkan jika negara mempunyai kerajaan yang suka bercakap sesuka hati sekadar untuk menyedapkan hati rakyat.  Bayangkan apa yang akan terjadi jika asyik berjanji dan kemudian berkata ‘tak boleh jadi’. 

Menjadi kerajaan bukanlah semudah bermain masak-masak berpura-pura membeli belah dengan menggunakan cebisan kertas.  Dalam mengurus rumah tangga juga kita tidak boleh sentiasa berjanji kepada anak isteri untuk membawa mereka melancong ke sana sini tetapi tidak pernah menunaikannya.  Lama kelamaan, anak isteri akan hilang hormat dan tidak percaya lagi kepada kita. 

Inikan pula menjadi kerajaan.  Setiap kenyataan yang dibuat oleh kerajaan akan memberi impak kepada pasaran saham dan operasi perniagaan.   Malah, kenyataan kerajaan juga mampu memberi kesan kepada hubungan luar negara terutama dari segi perdagangan. 

Sebuah kerajaan tidak boleh berkata sesuatu sesuka hati tanpa mengkaji semua kesan ini.  Kenyataan dari pihak kerajaan akan dilaporkan dalam ruangan politik dan ekonomi, bukan dalam ruangan gossip yang boleh ditukar dan dinafi sekiranya tidak memberi keuntungan atau memburukkan imej sendiri. 

Justeru, apa yang diakui oleh Hadi iaitu PR belum pun mengkaji janji-janji mereka, wajar diambil serius.  Menukar kerajaan bukanlah soal suka-suka.  Ini soal masa depan negara dan soal nasib kita semua. ~ Beruang Biru

#PRU13 : PAS #P143 PAGOH BENCI POLIS .. #TolakPR #UndiBN #BetterNation


Jangan lupa isu ini... dan jangan terpedaya dengan lemah lembut calon wanita PAS, Norhayati Bachok serta calon dari .
 
Bukit Pasir, Muar 17 Mac 2011 - Ramai yang berpendapat bahawa tndakan PAS Bahagian Pagoh menaikkan kain rentang mengkritik polis merupakan satu tindakan menghasut rakyat untuk membenci polis. Tindakkan mereka menggantungkan kain rentang yang memaparkan gambar polis yang sedang menjalankan tugas "DIPANGKAH" dianggap bukan sahaja menghina polis malah menghina Kementerian Dalam Negeri serta negara.

Keengganan PAS Pagoh untuk bekerjasama dengan polis apabila diminta menurunkan kain rentang tersebut menunjukkan mereka cuba membuat provokasi terhadap Institusi polis supaya bertindak ke atas mereka. Keadaan ini tidak mencerminkan ketelusan dalam berpolitik dan isu seperti ini tidak wajar berlaku dalam negara kita ini. 

Jika mereka benar-benar ingin membela rakyat mereka sepatutnya menyediakan peguam untuk membela ahli-ahli mereka yang telah dikenakan saman ekor. 

Langkah mereka menaikkan kain rentang seperti ini menunjukkan tujuan sebenar mereka bukannya untuk membela orang yang disaman tetapi lebih kepada melahirkan kebencian rakyat kepada Institusi polis dan kerajaan. - Kritis Online


Friday, 26 April 2013

#PRU13 : CALON PKR DI N8 BUKIT SERAMPANG, PAGOH... BAKAL HILANG WANG PERTARUHAN #TolakPR #UndiBN

Jangan disangka air yang tenang tidak ada kelocaknya. Begitulah yang sedang berlaku di Bukit Serampang apabila bendera Pas tidak sampai 500 helai digantung di kawasan N07 Bukit Serampang. 

Kami diberitahu, Pas telah boikot calon PKR sehingga jentera Pas dibawa "lari" ke DUN Gambir bagi membantu calon Pas yang juga merupakan Pesuruhjaya Pas Johor.

Siapa calon PKR di Bukit Serampang? Telah banyak kedengaran  mengenai Cik Saardon tapi yang paling jelas, mengapa rakyat akan menolak beliau ada DI SINI

Pembangkang di P143 Pagoh, nampaknya tidak serius untuk bertanding atau mereka telah mendapat mesej awal yang mereka tidak akan menang. Ini dapat dibuktikan seperti di dalam gambar ini.... 

Harga nilai sebuah Manifesto Pakatan Rakyat!

Rakyat Malaysia boleh menilai sendiri... di mana letaknya harga manifesto Pakatan Pembangkang.


#PRU13 : ISU BELON SEBAGAI BAHAN KEMPEN CALON PAS DI JORAK #P143 PAGOH #TolakPR #UndiBN


Di dalam FB calon PAS bagi 87 Jorak, Norhayati Bachok rasa kecewa bila belon besar PAS diturunkan. Mengikut beliau, belon itu telah ditembak...

Namun, itu hanyalah andaian beliau... kerana, banyak kemungkinan boleh dijadikan penyebabnya...

N8 Jorak, Pagoh adalah kubu kuat BN dan seperti biasa, parti lawan akan cuba mencari isu-isu remeh agar dapat disensasikan dengan harapan mendapat undi "kesian".

Jika di lihat gambar yang diambil, mana bocornya?


Rasanya tak perlu isu belon dijadikan bahan kempen PAS kerana pengundi-pengundi di Jorak lebih bijak untuk memilih calon mereka yang rata-rata menyatakan mereka tak pernah dengar nama Norhayati Bachok dan ada juga yang seraca terang menempelak PAS yang akan hanya menunjuk muka setiap 5 tahun sekali, bila pilihanraya sahaja.

Norhayati dilihat begitu asing di Pagoh dan kebanyakan penduduk dari pelbagai kaum tidak meyakini calon yang pasti tidak mampu berkhidmat untuk mereka.

Berikut adalah sedikit sebanyak profil calon PAS N8 Jorak:

Berasal dari Muar Johor

Tinggal di Muar Johor

Berkahwin kepada Mustafha Abdul Rahman

Belajar di Institut Pengajian Ilmu Islam (IPI)

Bekerja sendiri di Nur Learning Centre sebagai Professional Learning Facilitator

#PRU13 : NIZAR GAGAL BERKHIDMAT PADA RAKYAT... CABUT LARI!!! #TolakPR #UndiBN


TSMY : Cukuplah dengan janji-janji kosong PAS...

Inilah perangai pemimpin-pemimpin PAS... apabila muka pun tidak pernah nampak apatah lagi untuk tunaikan janji-janji mereka dan berkhidmat untuk rakyat.

Contoh terbaik pemimpin PAS itu ialah, Nizar Jamaluddin yang tinggalkan Pasir Panjang begitu saja...cabut lari mencuba nasib ke DUN N.14 Changkat Jering pula. Kerusi Parlimen P.059 Bukit Gantang pun terpaksa dilepaskan untuk dipertahankan oleh Idris Ahmad, bekas Ketua Penerangan PAS. Dikhabarkan Nizar langsung tidak turun padang ke Pasir Panjang sepanjang tempoh beliau menjadi ADUN.

Rakyat Pasir Panjang... Nizar Pemalas!!!

 Hari ini Tan Sri Muhyiddin Yassin turun untuk makan tengahhari bersama masyarakat tempatan selain memberi janji baru selari dengan Manifesto BN. Tidak kelihatan deretan bas yang membawa masuk penyokong BN. 3,500 orang yang hadir rata rata nya masyarakat tempatan yang keluar beramai ramai untuk mendekati Muhyiddin Yassin dan pemimpin pemimpin BN yang lain.

Lautan rakyat Pasir Panjang kembali bersama BN

Ubahlah undi kepada BN...


Thursday, 25 April 2013

BUKTI... MAKCIK BADARIAH BUAT LAPORAN POLIS !!!



Seperti yang kami janjikan petang tadi, makcik Badariah telah membuat laporan polis pada pukul 4.40 petang. Di bawah adalah salinan laporan polis untuk membuktikan kisah ini adalah benar. Kami masih menunggu apa jawapan dari pihak yang telah mengugut.

Untuk mengetahui kisah sebelumnya sila klik disini dan disini...










#PRU13 : KIT SIANG KAKI TUMPANG SEMANGKOK ... #UndiBN #TolakPR untuk #BetterNation


"Tiba-tiba tak semena-mena ada orang luar yang namanya Lim Kit Siang dan Salahuddin Ayub mahu bertanding di Gelang Patah sama seperti Anwar Ibrahim mahu ambil Putrajaya, mereka ni bukan saja mahu ambil alih tapi ada agenda besar mahu tumbangkan Barisan Nasional (BN), itu sebab kita pilih Datuk Abdul Ghani kerana rekodnya dan orang kenal beliau," (~ Kosmo) kata Tan Sri Muhyiddin 
di hadapan ribuan pengundi-pengundi Gelang Patah
seperti laporan di sini 

Jika diikutkan track-record pembangkang yang telah berjaya menawan Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan, tidak ada satu pembangunan yang telah dilakukan mereka. Malahan pembangkang ketika mengambilalih pemerintahan negeri-negeri tersebut ibarat cuci kaki dan tangan masuk ke rumah banglo yang serba lengkap.

Ada di antara negeri-negeri seperti Kedah, bukan saja mereka menikmati pembangunan yang diusahakan kerajaan BN terdahulu, tapi mereka telah merosak dan menjahanamkannya.

Rakyat Johor, terutamanya di Gelang Patah tidak harus membiarkan orang seperti Kit Siang dan Salahuddin bertapak di sini. Mereka ini bukan sekadar ingin menumpang semangkok kejayaan kerajaan BN malahan mereka ini juga mampu menjahanamkan apa yang telah dilengkapkan dan segala apa yang dalam perancangan pembangunan oleh kerajaan BN. 

Gelang Patah adalah sebahagian dari Wilayah Pembangunan Iskandar yang bersempadan dengan Singapura di selatan Johor, mempunyai 106,762 pengundi berdaftar, dengan 52.41 peratus terdiri daripada kaum Cina, 34.28 peratus Melayu, 12.49 peratus India dan 0.83 peratus lain-lain kaum.

Sejak akhir 2006, Gelang Patah yang disifatkan sebagai "ground zero" kepada wilayah pembangunan Iskandar Malaysia, mengalami pembangunan pesat, dengan kawasan perindustrian, perumahan dan bangunan komersial, dibangunkan tanpa henti.

Pembangunan pesat yang dialami Gelang Patah berikutan kebanjiran pelabur dari dalam dan luar negara yang tertarik dengan Iskandar Malaysia, menyediakan pelbagai jenis peluang kepada masyarakat tempatan
.

"Jangan biarkan (pembangkang) masuk Gelang Patah kerana Gelang Patah adalah kubu dan ibu kepada BN di negeri ini.

"Apa sebab nak tukar kerajaan? Orang luar datang Malaysia kata Johor negeri terbaik dan Iskandar Malaysia bagus untuk melabur, jadi kenapa kita perlu nak tukar kerajaan?," katanya. - KOSMO!

Rakyat Johor mesti kekalkan gelombang biru. Apa yang Kit Siang ingin lakukan hanyalah semata-mata untuk membawa budaya perkauman di Johor dan ini tidak pernah terjadi.

CALON BN

Tan Sri Muhyiddin menyatakan kegembiraannya dengan kehadiran yang di luar jangka dari pelbagai kaum dan ini adalah permulaan yang sangat baik kepada lebih dari 10,000 hadirin di luar dan dalam dewan.

Menurutnya lagi, ada di antara pengundi Gelang Patah telah menyatakan sokongan kepada BN secara terbuka.

Pengorbanan Jason Teoh kerana memberi laluan kepada Datuk Ghani Othman sangat dihargai. Yang paling penting ialah semangat setiakawan Jason terhadap BN dan patuhnya kepada keputusan kepimpinan perlu dicontohi semua ahli-ahli BN yang pasti pengundi-pengundi dapat menilai kerjasama semua kaum yang terdapat di dalam komponen parti BN. Ini tidak berlaku di dalam Pakatan Rakyat, di mana terbukti sesama sendiri juga bertanding di kawasan yang sama.

Mesej kepada Kit Siang dan Salahuddin : 
ADAKAH ORANG LUAR MAMPU MEMBELA NASIB RAKYAT JOHOR?


Wednesday, 24 April 2013

#PRU13 : KIT SIANG HANTAR MESEJ... UNDI ANWAR TAK MASUK SYURGA!


 Di dalam beberapa siri ceramah Kit Siang di Gelang Patah, beliau telah melontarkan soalan kepada penyokong-penyokong Pakatan tentang siapakah yang jadi pilihan rakyat untuk PM jika mereka menang.

Empat nama telah disebut iaitu Najib Razak, Muhyiddin Yassin, Tun Mahathir dan Hadi Awang. Apakah Kit Siang sengaja tidak menyebut nama Anwar atau terlupa?

Yang pasti, nama Hadi Awang yang disambut.

Kit Siang sebenarnya terlalu terdesak untuk meraih undi Melayu sehingga sanggup terikut-ikut cara Anwar berbohong kepada penyokong-penyokong PAS.

Apakah permainan politik yang cuba dimainkan oleh DAP? Adakah DAP berfikir PAS lebih senang dimanipulasi berbanding PKR?

Jika benar apa yang dikatakan Kit Siang, rakyat perlukan Kit Siang membuat kenyataan rasmi yang DAP bersetuju memilih Hadi Awang sebagai Perdana Menteri atau... 

Sebenarnya, Kit Siang memang bersetuju dengan apa yang calon BN Datuk Ghani Othman katakan kepada masyarakat Cina, jika mengundi DAP bermakna mereka menyokong Hadi Awang sebagai  Perdana Menteri.

Anwar sebenarnya tiada dalam diari DAP. 

Apakah dengan mengundi DAP, PAS akan ke syurga?



Tuesday, 23 April 2013

#PRU13 : KERAJAAN #BN TERUS PERTAHANKAN ISLAM #BetterNation #UndiBN

Imam Masjid Al-Nabawi Madinah, Al-Syeikh Solah Muhammad Al-Budair
Apabila Imam Masjid Al-Nabawi di Madinah, Al-Syeikh Solah Muhammad Al-Budair mengiktiraf usaha Kerajaan Barisan Nasional (BN) meningkatkan dan mengembangkan syiar Islam di negara ini yang selari dengan tuntutan agama, apakah PAS akan menidakkannya?

Pengiktirafan ini dilakukan di hadapan seramai 5,000 ahli Surau dan Masjid, Qari dan Qariah, Pendidik dan Pegawai Agama Wilayah Persekutuan bertempat di Masjid Usamah bin Zaid di Wangsa Maju yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malah, beliau kagum dengan usaha kerajaan menerusi institusi agama yang mengimarahkan rumah ibadat, khususnya masjid demi mendekatkan umat Islam dengan amal salih. 

UMNO sebagai parti politik Melayu terbesar dengan ahli-ahlinya yang beragama Islam sentiasa mengutamakan perjuangannya dengan kesucian Islam dan mempertahankan prinsip-prinsipnya. Kesucian Islam tetap dipelihara walaupun berbagai-bagai dugaan mencabar pemimpin-pemimpin kita.

Rakyat Malaysia haruslah bersyukur kerana kerajaan sentiasa memastikan perpaduan umat Islam untuk sekian lama di negara kita ini. Setiap kita umat Islam bertanggungjawab memastikan Islam sebagai ugama rasmi di dalam Perlembagaan Malaysia yang telah diperjuang dan dipertahankan oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang lalu. UMNO akan terus mempertahankan kedudukan Islam sebagai ugama rasmi Malaysia.

UMNO dulu kini dan selamanya demi agama, bangsa dan negara...

Umat Islam harus fikirkan, di mana kebenaran perjuangan PAS apabila baru-baru ini Nik Aziz mempersoalkan solat ahli UMNO setelah beliau mengkafirkan mereka. Adakah ini asas perjuangan PAS atau semata-mata beretorik politik... kita fikirkan


#PRU13 : PENGAKUAN DR JUANDA DI HADAPAN TS MUHYIDDIN YASSIN



Ketika berceramah yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri di Flat Sri Melaka, Bandar Tun Razak satu pengakuan telah dilakukan oleh Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya di hadapan pengundi-pengundi Bandar Tun Razak.

Seperti kita maklum, nama beliau telah pun diumumkan oleh Pengerusi Negeri Perlis, Mohd Faisol Abdul Rahman, untuk bertanding di Parlimen Kangar mewakili PKR.

Dr Juanda Jaya telah secara terbuka mengaku bahawa beliau akan memberi undinya kepada BN demi menjaga kepentingan dan keharmonian Islam.

Beliau juga berkata 'UBAH' perlu untuk negara tetapi bukanlah apa yang diretorikkan pihak pembangkang. Berubah untuk yang lebih baik dan bukan yang lebih menjahanamkan. Apa yang dikatakan pembangkang untuk 'UBAH' hanya akan membawa kepada ketidastabilan dan perpecahan rakyat sahaja. Sebagai seorang Islam, adalah menjadi tanggungjawab memastikan masadepan yang lebih baik untuk negara.

Di dalam ceramahnya, beliau juga membidas kenyataan sesetengah pemimpin PAS yang mendakwa seseorang itu berdosa atau menanggung dosa calon-calon yang mereka undi. Ini adalah dakwaan PAS yang tidak munasabah.

Bersama-sama Tan Sri Muhyiddin ialah Dr Juanda dan Datuk Hassan Ali

Beliau juga menyeru rakyat Malaysia agar undi untuk keamanan dan kestabilan.


Dr Juanda mengakui bahawa PAS tidak lagi seperti dahulu ketika beliau adalah salah seorang ahlinya tetapi PAS hari ini telah menjadi alat kepada PKR dan DAP. - mantra

Monday, 22 April 2013

#PRU13: KEMPEN PAS DENGAN FATWA-FATWA SESATNYA



Muhyiddin: Rakyat perlu istiqamah elak dakyah pembangkang

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan rakyat supaya sentiasa beristiqamah dan berpegang kepada pendirian teguh dalam apa jua keadaan bagi mengelak daripada terpedaya dengan dakyah pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri berkata ini penting memandangkan adanya pihak yang cenderung mengeluarkan kenyataan tidak berasas semata-mata untuk menarik perhatian ramai termasuk mengenai soal halal haram dan dosa pahala.

"(Mursyidul Am Pas Datuk) Nik Aziz (Nik  Mat) mengeluarkan fatwa sembahyang orang Umno tak dapat pahala, orang Pas sahaja dapat pahala. Maknanya sembahyang kita semua ni tak dapat pahala.
 
"Nama sahaja parti Islam tapi keluarkan fatwa songsang dan sesat kononnya nak tunjuk dia lebih Islam daripada orang lain," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama pemimpin masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini.

Walaupun berlangsung dalam keadaan hujan lebat, namun ia tidak menghalang kira-kira 3,000 penduduk untuk hadir. - Bernama

#PRU13: HUSAM DISISIHKAN - TAN SRI MUHYIDDIN


Apakah tujuan PAS Pusat meletakkan Naib Presidennya, Datuk Husam Musa yang tetap mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Salor, di Kelantan tetapi pada masa sama bertanding merebut kerusi Parlimen Putrajaya?

Adakah Husam sebenarnya disisih oleh kepimpinan PAS Kelantan dan diletakkan bertanding di Putrajaya, kawasan yang satu ketika dulu pernah dibayangkan akan dilelong oleh PAS?

Tan Sri Muhyiddin mengajak rakyat Putrajaya membuat penilaian ke atas tindakan Husam...


Putrajaya, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempersoalkan tindakan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa yang tetap mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Salor, di Kelantan, tetapi pada masa sama bertanding merebut kerusi Parlimen Putrajaya.

Menurutnya Husam sebenarnya disisih oleh kepimpinan PAS Kelantan dan diletakkan bertanding di Putrajaya, kawasan yang satu ketika dulu pernah dibayangkan akan dilelong oleh PAS.
“Kita (BN) nak jadi wakil rakyat di sini, nak kerja ... 
orang Putrajaya ni mesti tentukan dia kalah teruk, 
kalau boleh hilang wang pertaruhan,” 
katanya pada ceramah politik di Presint 9 di sini malam tadi.

Pertandingan merebut kerusi Parlimen Putrajaya menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara penyandang, Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Husam.

Muhyiddin serterusnya mengingatkan penduduk Putrajaya yang rata-rata terdiri daripada penjawat awam, mengenai hasrat Pakatan rakyat sebelum ini untuk mengurangkan jumlah kakitangan awam sekiranya mereka berkuasa.

Menurutnya ia berbeza sama sekali dengan dengan usaha ikhlas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang gigih bekerja keras menjaga kebajikan penjawat awam, malah menjanjikan banyak lagi untuk keselesaan mereka.

“Saya kira, saya ini dah kerja kuat, tapi saya tengok dia (Najib) kerja, dua kali ganda lebih kuat daripada saya. Memanglah dia lebih muda dari saya, tapi dia memang kerja kuat,” katanya. — Bernama