Seperti biasa, apabila pilihanraya semakin hampir, pelbagai
cerita atau gossip termasuk fitnah semakin rancak melanda. Tapi adakalanya
sesuatu kisah itu tidak boleh dipandang remeh apabila ia sudah mula menjadi
mimpi ngeri bagi kebanyakan penduduk yang dianggap bagi sesetengah meraka boleh
dijadikan sebagai bahan ‘mainan politik’.
Seperti kisah yang berlaku di Kampong Sawah Laku Bukit
Kepong, Ledang, Johor. Badariah Baba, seorang ibu tunggal yang tinggal
bersendirian telah menjadi mangsa kepada pihak terdesak yang inginkan
kemenangan pada PRU-13 ini. Mengetahui mangsa tinggal bersendirian, maka dia
dijadkan sasaran utama dalam strategi kotor mereka semata-mata untuk
mendapatkan undi walaupun secara dasarnya mereka tahu perbuatan mereka sama
sekali menyalahi undang-undang. Kedatangan mereka bertiga ke rumah mangsa termasuk
pasangan berpurdah hitam serta menutup separuh muka telah memberikan kesan
trauma kepada mangsa yang sehingga kini takut untuk menerima sebarang tetamu.
“Makcik jangan menyesal ye!” adalah antara ugutan yang
dihembur mereka apabila mangsa gagal memberikan kad pengenalan atau passport
seperti yang mereka kehendaki. Menurut mangsa, mereka yang masuk ke rumah
melalui pintu dapur itu secara bersahaja meminta beliau menyerahkan kad
pengenalan atau passport. Mangsa yang terkejut dengan kejadian merasakan
seperti dirinya seolah-olah hendak dibunuh. Menurutnya lagi, dia mengenali
salah seorang daripada mereka kerana lelaki tersebut juga merupakan penduduk
sekitar yang juga disahkan sebagai ahli PAS.
Mangsa telah menceritakan kejadian yang menimpanya kepada
anak angkatnya yang kebetulan singgah ke rumah beliau pada hari yang sama.
Berikutan itu, cerita mengenai kejadian ini telah tersebar dan turut dikecam penduduk
sebagai satu perbuatan terkutuk yang perlu dihalang dan diambil tindakan sebelum
ia mencari mangsa seterusnya.
kesihan mak cik ni... tindakan biadab dan kurang ajar meraih undi... betul2 menakutkan warga emas ni.. mesti mak cik ni trauma..
ReplyDeleteUndi hak individu, gi jahanam sama pengugut buat report polis.samsing tahi ayam
ReplyDeletebagus tindakan makcik tuu..biar dia orang kelang kabut sebb polis sedang cari mereka...
ReplyDeletePengugut tu tak nak mak cik ni mengundi, jadi dorang mintalah I/C atau pasport.
ReplyDeleteKemungkinan lain ialah dorang nak bg I/C atau Pasport yg dirampas tu kpd orang Singapore yg diimport utk undi DAP (PR)?
Lagipun mesti sebab mak cik ni diketahui oleh org yg dikenali tu (ahli PAS tu) yg mak cik tu akan undi BN.