Ceramah BN bukan janji kosong tapi berasas seperti laporan berikut;
PAGOH: Daerah Pagoh yang selama ini terkenal dengan tanaman kelapa sawit
bakal berubah wajah menjadi sebuah bandar universiti apabila fasa
pertama Hab Pendidikan Tinggi di Panchor, di sini siap dalam tiga tahun
lagi.
Bandar universiti yang menelan belanja kira-kira RM1 bilion itu dilihat berupaya memacu pembangunan di kawasan utara Johor dengan menawarkan banyak peluang pendidikan dan penempatan selain menjana ekonomi masyarakat setempat dengan lebih rancak.
Bandar universiti yang menelan belanja kira-kira RM1 bilion itu dilihat berupaya memacu pembangunan di kawasan utara Johor dengan menawarkan banyak peluang pendidikan dan penempatan selain menjana ekonomi masyarakat setempat dengan lebih rancak.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata idea
membangunkan gedung ilmu itu muncul tatkala beliau memikirkan inisiatif
paling sesuai untuk membangunkan kawasan luar bandar Muar.
"Bagi sebuah negara, tidak ada yang lebih utama selain membangunkan sistem pendidikan lebih-lebih lagi di peringkat tertinggi," kata Muhyiddin yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh bagi Barisan Nasional (BN) buat kali kelima.
Hab pendidikan itu akan menyumbang kepada peningkatan pembangunan modal insan di negara ini dan peluang lebih terbuka kepada masyarakat tempatan untuk memajukan diri serta meningkatkan ilmu pengetahuan.
Dengan adanya Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, masyarakat setempat dan dari Johor amnya tidak perlu lagi menghantar anak-anak menuntut ke luar negeri, malah lembah ilmu itu dilihat mampu menarik semula anak tempatan pulang menyumbang bakti di sini.
Daripada sudut politik, Pagoh merupakan salah satu kubu kuat BN di Johor dan penduduk rata-ratanya melahirkan rasa gembira mereka terhadap BN kerana dapat hidup dalam suasana aman dan selesa serta mudah menjalankan aktiviti kehidupan seharian.
Kerusi Parlimen Pagoh mempunyai 46,793 pengundi dan dua lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Bukit Serampang dan Jorak. Kira-kira 18 peratus daripada keseluruhan pengundi merupakan generasi muda.
Sambil merujuk kepada hab pendidikan tinggi di mukim Jorak itu, seorang pelajar yang hanya dikenali sebagai Atiqah, 16, berkata beliau tidak sabar mahu menjejakkan kaki ke menara gading yang hampir dengan kediamannya.
Seorang peniaga, Kamsiah Hussin, 44, pula yakin warung makan yang diusahakan sejak lebih tiga tahun lepas bakal mendapat limpahan pengunjung apabila lembah ilmu itu siap.
Calon BN bagi Bukit Serampang, Ismail Mohamed, juga yakin pembangunan hab pendidikan tinggi itu akan membawa manfaat kepada penduduk di DUN itu selain memastikan keseluruhan Parlimen Pagoh dimajukan secara saksama.
Fasa pertama Hab Pendidikan Tinggi Pagoh melibatkan Universiti Tun Hussein Onn, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Pusat Penyelidikan Universiti Teknologi Malaysia dan Politeknik Pagoh.
Semua universiti berkenaan akan dibangunkan di kawasan seluas 202 hektar dan akan menggunakan ulititi secara guna sama seperti kompleks sukan dan perpustakaan yang akan turut dibina di kawasan itu.
Sime Darby yang bertangungjawab sebagai pemaju juga akan membangunkan Bandar Universiti Pagoh di sekitar hab itu sebagai kawasan pembangunan baru yang dilengkapi kemudahan asas dan pusat komersial.
"Dengan terlaksananya hab pendidikan ini, ia dijangka dapat memberikan kesan limpahan ekonomi kepada penduduk tempatan. Dijangkakan lebih 25,000 peluang pekerjaan baharu akan wujud dengan terbinanya Bandar Universiti Pagoh ini," kata Muhyiddin yang juga bekas Menteri Besar Johor .
Hab Pendidikan Tinggi Pagoh juga dilihat akan mengimbangi pembangunan negeri ini selepas pembangunan di selatan Johor yang merangkumi Iskandar Malaysia serta hab minyak dan gas di Pengerang, Kota Tinggi.
Pada pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei ini, bagi kerusi Parlimen Pagoh Muhyiddin akan dicabar Mohamad Rozali Jamil dari PAS.
Bagi kerusi DUN Bukit Serampang, Ismail akan menghadapi pertandingan satu lawan satu dengan calon PKR, Saadon Abdullah sementara penyandang kerusi DUN Jorak, Datuk Dr Sharuddin Md Salleh dari BN akan ditentang calon PAS, Nor Hayati Bachok. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment