Saturday 20 April 2013

2 ISU BESAR MAINAN PEMBANGKANG PADA PRU13




Barisan Nasional telah bersedia untuk menyangkal segala tohamah pembangkang di dalam kempen PRU 13 ini, demikian kata Tan Sri Muhyiddin Yasin di dalam kenyataan media selepas beliau berjaya dinamakan sebagai calun P143 Pagoh.

BN RASUAH

Di antara isu yang pasti akan diperkatakan ialah pembabitan kerajaan dengan rasuah. Menurut Tan Sri Muhyiddin isu ini hanyalah untuk dibenamkan di dalam kepala rakyat iaitu BN adalah rasuah. Sedangkan semua telah sedia maklum bahawa proses-proses yang telah sedia ada untuk bertindak dan menguatkuasakan undang-undang telah sedia ada. Jika pembangkang membawa isu ini, mereka haruslah bertanggungjawab memberi butir seperti siapa, bila, adakah ia telah dilaporkan dan apakah tindakan SPRM? 

Malahan pihak Transparency International juga telah membuat usaha-usaha kerajaan BN dalam menangani isu rasuah lebih jelas dan tegas berbanding dengan masa-masa yang lepas.

BEBAN RAKYAT

Isu lain yang bakal dimainkan oleh pihak pembangkang ialah Barisan Nasional tidak berusaha untuk menolong rakyat jelata sehingga terbeban dengan kos hidup. Jika dibandingkan dengan apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional dengan kerajaan Pakatan Pembangkang di beberapa buah negeri, apa yang telah mereka lakukan?

Dengan masa kempen yang agak panjang, Tan Sri Muhyiddin yakin calun-calun dapat menerangkan kepada pengundi-pengundi inisiatif-inisiatif kerajaan BN di mana di antara 'touch-point' atau sentuhan hati yang telah dilaksanakan kerajaan BN bagi menambahkan pendapatan dan mengurangkan bebanan rakyat seperti kawalan harga dan subsidi yang cukup besar.

Di antara inisiatif sentuhan hati kepada rakyat, kerajaan BN telah melaksanakan di antaranya ialah Klinik Rakyat 1Msia, PR1MA, Kedai Buku 1Msia dan sebagainya dan kesemuanya ini, kosnya adalah jauh lebih rendah. Inisiatif ini telah dilaksanakan dan salah satu janji BN yang terkandung di dalam manifesto ialah menangani masalah kos hidup.

Ini tidak bermakna kos hidup rakyat tidak langsung ditangani kerajaan BN sebagaimana didakwa pembangkang.

No comments:

Post a Comment