Di dalam beberapa siri ceramah Kit Siang di Gelang Patah, beliau telah melontarkan soalan kepada penyokong-penyokong Pakatan tentang siapakah yang jadi pilihan rakyat untuk PM jika mereka menang.
Empat nama telah disebut iaitu Najib Razak, Muhyiddin Yassin, Tun Mahathir dan Hadi Awang. Apakah Kit Siang sengaja tidak menyebut nama Anwar atau terlupa?
Yang pasti, nama Hadi Awang yang disambut.
Kit Siang sebenarnya terlalu terdesak untuk meraih undi Melayu sehingga sanggup terikut-ikut cara Anwar berbohong kepada penyokong-penyokong PAS.
Apakah permainan politik yang cuba dimainkan oleh DAP? Adakah DAP berfikir
PAS lebih senang dimanipulasi berbanding PKR?
Jika benar apa yang dikatakan Kit Siang, rakyat perlukan Kit Siang membuat kenyataan rasmi yang DAP bersetuju memilih Hadi Awang sebagai Perdana Menteri atau...
Sebenarnya, Kit Siang memang bersetuju dengan apa yang calon BN Datuk Ghani Othman katakan kepada masyarakat Cina, jika mengundi DAP bermakna mereka menyokong Hadi Awang sebagai Perdana Menteri.
Anwar sebenarnya tiada dalam diari DAP.
Apakah dengan mengundi DAP, PAS akan ke syurga?
No comments:
Post a Comment