Tuesday, 23 April 2013

#PRU13 PONDOK POLIS BUKIT KEPONG MEMORI BERSEJARAH DI PARLIMEN PAGOH

 
Pintu Masuk Tapak Bersejarah Balai Polis Bukit Kepong

Peristiwa berdarah Balai Polis Bukit Kepong adalah kejadian serangan komunis semasa keadaan darurat di Persekutuan Tanah Melayu selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut, balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang komunis diketuai oleh Mat Indera bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.Dalam kejadian tersebut, sekitar 25 orang anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.Dalam kejadian ini, 17 orang anggota polis dan hampir 40 orang komunis telah terkorban.

Tapak Balai Polis yang dibakar pihak komunis terletak dibelakang temboh batu ini

 Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya sebelum kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963). Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak di tebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas. 

Sebuah bot yang diletakkan di perkarangan kawasan tapak bersejarah ini sebagai model imbasan kembali peristiwa yang mana terdapat sebuah bot pihak Polis yang turut dibakar oleh komunis

  Peristiwa berdarah ini jelas menunjukkan betapa kejamnya dan pihak komunis sanggup buat apa sahaja asalkan dapat memerintah. Semasa mereka bermaharajalela di bumi Tanah Melayu ini terlalu banyak kekejaman yang telah mereka lakukan. Pondok Polis Bukit Kepong ini adalah salah satu bukti dan banyak lagi yang mereka lakukan. Untuk rekod, Parti Komunis Malaya (PKM) ketika itu dipimpin oleh Abdullah CD, Rasyid Maiden dan Setiausaha Agongnya adalah Chin Peng. Setelah perjanjian gencatan senjata antara PKM dan Kerajaan Malaysia pada tahun 1989, kebanyakkan pemimpin pemimpin PKM ini menetap di selatan Thailand. Mereka menetap di satu kawasan yang disediakan oleh Kerajaan Thailand sebagai tempat tinggal dan meneruskan hidup di sana. 
pandangan dari belakang tembok batu yang dibina bagi menjaga kesan bersejarah serangan pihak komunis

 Namun satu ketika kebelakangan ini ada beberapa pemimpin kanan dari parti pembangkang dilihat berusaha untuk membawa pulang Chin Peng ke tanahair. Tindakan Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim yang berusaha mendesak dan memberi tekanan kepada Kerajaan Malaysia untuk membenarkan Chin Peng pulang ke kampung halamannya dilihat agak pelik. Selain itu kenyataan Timbalan Presiden PAS Mat Sabu dalam ceramahnya yang mengatakan Mat Indera yang mengetuai serangan berdarah ke Balai Polis Bukit Kepong itu adalah pejuang sebenar adalah amat keterlaluan dan langsung tidak menghormati sensitiviti keluarga mangsa yang terkorban dalam peristiwa itu dan juga keluarga mangsa-mangsa kekejaman PKM semasa mereka bermaharajalela. 
pandangan dari depan tapak bersejarah Balai Polis Bukit Kepong

 Kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Barisan Nasional membuat keputusan bijak menolak dan mengharamkan terus Chin Peng dari menjejakkan kakinya ke tanahair. Semoga kesan peninggalan dan peristiwa bersejarah ini dapat membuka mata generasi baru tentang kekejaman komunis dan menyedarkan kita bahawa siapakah mereka yang berada di dalam parti pembangkang. Jangan kita terpedaya dan membenarkan mereka jalan untuk memerintah Malaysia.






No comments:

Post a Comment