Thursday, 25 April 2013

#PRU13 #P143 PAGOH - PENDUDUK KAMPUNG PAYA REDANG MENDAPAT BALAI RAYA BARU #VOTE BN #BetterNation


PAGOH 25 April - Penduduk Kampung Paya Redang hari ini melahirkan rasa syukur dengan siap terbinanya Balai Raya dan Masjid yang bernilai RM400,000 hasil dari usaha Ahli Parlimen Pagoh mendapatkan peruntukan dari Kerajaan. Dengan terbinanya Balai Raya 2 tingkat yang pertama di Malaysia seperti dalam ucapan perasmian pagi oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Dalam ucapan perasmian tersebut, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyentuh beberapa perkara yang melibatkan bantuan kerajaan seperti BR1M contohnya. Beliau menyatakan mungkin bantuan wang tunai sebanyak RM500 tersebut bukanlah satu nilai yang besar, namun jika dikira dari segi penggunaannya masih boleh membantu meringankan sedikit beban pada yang memerlukan. 

Sebagai calon yang bertanding di P143 Parlimen Pagoh, beliau turut menyatakan jika kerajaan Barisan Nasional masih diberi mandat untuk memerintah pastinya Manifesto Aku Janji yang dilancarkan oleh Perdana Menteri akan dilaksana sepenuhnya dan memberi faedah untuk rakyat khasnya.

Turut hadir dalam majlis ini adalah calon DUN N07 Bukit Serampang Tuan Haji Ismail Mohammad dan DUN N08 Jorak Dato' Dr Shahruddin Mat Salleh

Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang membuka tirai untuk merasmikan Balai Raya Kampung Paya Redang

Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang menurunkan tandatangan pada plug perasmian Balai Raya tersebut

Ucapan doa sebaik selesai perasmian 

Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang beramah mesra bersama kanak-kanak di dalam Balai Raya Kampung Paya Redang

Isteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Puan Sri Datin Norainee Abdul Rahman

Tan Sri Muhyiddin Yassin menurunkan tandatangan pada buku pelawat

No comments:

Post a Comment

Post a Comment