Bila sebut manifesto, semua rakyat Malaysia jangan lupakan apa yang pernah dikatakan MB Selangor, Khalid Ibrahim bahawa manifesto bukanlah suatu janji tetapi hanya sekadar pernyataan biasa sebuah parti politik yang ingin bertanding pilihan raya.
Hari ini, Tan Sri Muhyiddin sekali menegaskan bahawa manifesto Pakatan hanyalah satu pembohongan kepada rakyat. Manifesto pakatan pembangkang adalah satu penipuan kepada rakyat yang akhirnya akan membawa kemusnahan kepada negara.
"Saya tidak boleh senyap tanpa menyatakan perkara yang betul walaupun 
pedih supaya Malaysia tidak terjunam dalam gaung (bankrap)" katanya.- Berita Harian 
Berbanding manifesto BN yang bertemakan ‘Menepati Janji, Membawa Harapan’ ini telah disifatkan ramai sebagai realistik malah meliputi pelbagai aspek kehidupan rakyat.
Hakikatnya, manifesto adalah  satu dokumen deklarasi dasar parti yang 
bertanding bagi mendapatkan sokongan dan dukungan rakyat menerusi 
pilihan raya. Justeru, ia satu bentuk aku janji yang berupa tawaran 
kepada rakyat dengan harapan diberikan mandat untuk berkuasa. 
Apabila berkempen untuk pilihanraya, kita tidak hairan pihak Pakatan sanggup menawarkan bulan dan bintang tetapi akhirnya apabila tidak dapat ditunaikan 
maka merubah kenyataan bahawa manifesto bukan janji. 
Namun walau apapun alasan, sebagai sebuah parti politik  
bertanggungjawab, setiap janji  dibuat dan ditabur mestilah datang 
bersama dengannya tanggungjawab. Parti  berintegriti 
juga seharusnya menawarkan janji yang realistik dan berkeupayaan untuk 
melunaskan apabila diberikan amanah oleh rakyat.
Apa yang paling mustahak pada ketika ini ialah agar rakyat menggunakan 
kebijaksanaan  untuk menilai segala manifesto dan janji yang ditawarkan 
 semua parti yang berkempen.
Penilaian haruslah juga mengambil kira semua 
janji dalam manifesto lalu untuk menentukan parti manakah yang 
benar-benar ikhlas untuk berbakti kepada rakyat atau sekadar untuk 
berkuasa dan menjadi Perdana Menteri tanpa agenda yang jelas dan hala 
tuju yang kukuh.
Justeru itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pengundi di Permatang Pauh 
mengembalikan kerusi Parlimen berkenaan kepada Barisan Nasional pada 
pilihan raya umum ke-13  ini.
 
Timbalan Perdana Menteri juga meminta pengundi menyokong 
penuh calon BN bagi kerusi Parlimen itu, Dr Mazlan Ismail serta tiga calon DUN
 iaitu Seberang Jaya,  Permatang Pasir dan Penanti. 

No comments:
Post a Comment