Saturday 27 April 2013

#PRU13 #P143 PAGOH - PENDUDUK FELDA LENGA GEMBIRA BERSUKANEKA #VOTE BN #BETTERNATION

Acara berlari membawa bola pingpong

27 Mei Pagoh – Felda Lenga pada petang ini meriah apabila di adakan sukaneka yang melibatkan penduduk tempatan yang menetap di sini. Sukaneka anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor  bersempena Malam Aspirasi Anak Muda yang akan berlangsung malam ini. Dianggarkan seramai 300 orang penduduk terlibat dalam acara-acara yang dipertandingkan. Sukaneka ini jelas menarik minat penduduk Felda Lenga ini kerana jelas mendapat sambutan dan berjalan dengan suasana meriah. Lebih 20 acara berlangsung sejak pukul 3 petang tadi. Majlis penyampaian hadiah telah di sempurnakan oleh ketua penduduk felda lenga. Mengikut jadual pada mala mini akan diadakan konsert yang akan disertai oleh artis artis jemputan yang didatangkan khas dari Kuala Lumpur.


Penduduk Felda Lenga turut memanggang kambing untuk jamuan makan pada malam ini

Wajah bersungguh-sungguh peserta meniup belon kategori kanak-kanak

Belon dah besar tapi masih tak meletop

Acara kelapa beracun

Acara penyampaian hadiah

No comments:

Post a Comment