Tuesday, 30 April 2013

#PRU13 : MESEJ KIT SIANG UNTUK RAKYAT JOHOR DAN MALAYSIA - Bahagian Akhir #TolakPR #UndiBN #BetterNation

Berikutan daripada Bahagian 2... inilah hasutan Kit Siang untuk rakyat Johor terutama bangsa Cina.
  • Skandal video Lingam menunjukkan kehakiman korup di Malaysia
Isu video Lingam telah dimainkan dengan begitu luas pada PRU12, dan kini Kit Siang memainkan semula untuk rakyat Johor dengan harapan untuk membodoh-bodohkan bangsa Cina di Johor. Beliau dengan sengaja lupa atau tidak mahu menyebut kes-kes yang pernah dimenangi pemimpin pembangkang termasuklah anaknya, Guan Eng. Di antara kes-kesnya adalah;

  1. Guan Eng menang saman Utusan sekali lagi, kali ini fitnah tentang DEB - RoketKini 
  2. Khalid Samad Menang Saman Terhadap Utusan - MStar 
  3. Dan kes yang telah mencatat paling lama dibicarakan dan akhir dengan kemnenangan iaitu Kes Liwat Saiful Bukhari oleh Anwar Ibrahim.

  • Tun Mahathir "syaitan" yang dikenali menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan Najib selama 4 tahun tidak buat apa2. Skandal 100 bilion Tun Mahathir. PRU13 adalah satu hukuman kepada Tun M dan jika PR menang tubuh Suruhanjaya dan siasat Tun Mahathir
Kit Siang seperti anak-anak kecil yang sedang bergaduh dengan Tun Mahathir kerana ingin merebut kerusi. Seorang veteran politik yang matang tidak akan membalas lawannya dengan panggilan yang bukan-bukan. Kit Siang sangat tergugat dengan kenyataan-kenyataan Tun Mahathir terhadap beliau kerana bertanding di Gelang Patah. Tun M telah memimpin negara selama 22 tahun dan selama itu menyebabkan langkah Kit Siang dengan mudah dikesan seperti yang ditulis di dalam blog CheDet - GELANG PATAH

Di antara yang Tun M tulis yang membuat Kit Siang tergugat ialah;

  1. Obviously it is because Gelang Patah has a Chinese majority.
  2. Obviously Kit Siang is going to play on Chinese sentiments.
  3. When Kit Siang decided to contest in Chinese majority Gelang Patah it is because he wanted the Chinese there and in Johor to reject working together and sharing with the Malays. 
Skandal 100 bilion Tun Mahathir.

Bayangan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang, yang menganggarkan kerugian Bank Negara boleh mencapai RM16,000 juta. Ketika berceramah di Kuching, pada 29 Mei 1993 lebih menarik :

“Jika seseorang itu memenangi loteri yang menawarkan hadiah RM2 juta sehari, untuk mendapat wang sebanyak RM16 bilion, dia perlu menang loteri tersebut setiap hari selama 8,000 hari berturut-turut ataupun selama 22 tahun!”

Mengenai dakwaan Gabenor Bank Negara bahawa kerugian itu Cuma atas kertas sahaja, Dr. Syed Hussin berkata, “entahlah, kalau-kalau kerana wang selalunya dibuat dari kertas.”

Di Parlimen, Selasa, 27 April 1993, Kit Siang menegaskan : “Selaku Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim mesti menerima tanggungjawab persendirian sepenuhnya kerana kerugian pertukaran asing Bank Negara ini. Rakyat berhak mengetahui sebab dan saiz berbagai kerugian pertukaran asing yang dialami oleh Bank Negara, berkenaan jumlah kerugian yang disebabkan oleh pembendungan inflasi dalam menyerap liquiditi, penilaian semula pegangan mata wang asing dan kenaikan nilai ringgit dan kerugian hasil daripada perniagaan dan spekulasi mata wang asing.”

1993 - 9.3bilion telah hilang... Siapa Menteri Kewangannya?

  • Kenyataan Tun M bahawa pemberian kerakyatan 1 juta  oleh Tunku Abdul Rahman adalah kesilapan keterlaluan. Projek IC adalah dibuat Tun Mahathir dan sekarang Sabah dalam dilema. Hak rakyat Cina dan Filipina dirampas Tun M.
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
Mengapa perlu Kit Siang gusar ke atas saranan Tun Mahathir agar diadakan Suruhanjaya Khas RCI bagi mengkaji 1 juta kerakyatan  yang diberikan kepada Bukan Melayu sebagai pra-Kemerdekaan oleh Ketua Menteri Tanah Melayu Tunku Abdul Rahman Putra?

Adakah kerana terbukti bahawa orang Melayu ‘murah hati’ bersedia untuk berkongsi tanahair mereka dengan mereka yang dianggap ‘orang asing’ dan ‘tidak berkerakyatan’ (Stateless Persons).

Hakikatnya, Bukan Melayu seperti orang Cina dan India adalah immigran ekonomi apabila keperluan mendapatkan buruh dan tenaga-kerja bagi lombong lombong bijih timah, ladang ladang getah dan projek pembikinan infrastruktur seperti jalan jalan raya, jambatan dan landasan keretapi giat diusahakan oleh British demi menyokong aktiviti ekonomi dan perdagangan mereka di Tanah Melayu bermula suku terakhir abad ke 19. Revolusi perindustrian di Britain juga meningkatkan permintaan bahan bahan mentah seperti bijih timah dan getah dan secara automatiknya merancakkan proses migrasi buruh.

Majoriti Bukan Melayu yang berada di Persekutuan Tanah Melayu pada awal 1950an tidak diterima sebagai rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan mereka juga bukan warga rakyat yang diiktiraf oleh Britain. Pada masa itu, India telah merdeka dari Britain sebagai negara sistem demokrasi dan negara Cina telah menjadi Republik Rakyat Cina, iaitu sebuah negara kominis. Taraf mereka ialah golongan yang tidak berkerakyatan (Stateless Persons).... Sepenuhnya boleh dibaca di blog rakan kita, BIGDOG

  • Projek IC adalah dibuat Tun Mahathir dan sekarang Sabah dalam dilema. Hak rakyat Cina dan Filipina dirampas Tun M.

Merujuk kepada Rajah di atas dan laporan AVoice, apa yang Kit Siang tidak akan katakan ialah pendatang yang paling ramai mendapat IC datang dari negara China sebanyak 13,566, diikuti dengan pendatang dari negara jiran Indonesia seramai 7,501 dan Brunei seramai 1,126.

Nampaknya Kit Siang sengaja sembunyikan data in!!! Di mana logiknya kenyataan Kit Siang bahawa hak rakyat Cina dan Filipina dirampas Tun M???
 
Kita masih ingat, dalam tahun 90an, Anwar juga memainkan peranannya di Sabah... apa-apa pun kita tunggu keputusan RCI yang masih berlangsung.
 
Seperti biasa, Kit Siang akan eksploit isu seperti ini yang belum ada keputusan muktamad dan seterusnya meracuni fikiran rakyat Johor terutama bangsa Cina. 

Tanya pada rakan-rakan Cina, apakah mereka percaya sesuatu yang belum pasti dan ceritan dongeng Kit Siang yang semata-mata untuk menimbulkan kebencian kepada Melayu.

Memang tepat, semua isu yang dibangkitkan Kit Siang sengaja dikaitkan dengan UMNO yang terdiri daripada bangsa Melayu. UMNO merupakan tunggak BN dan Melayu sebagai penghulunya.

Kit Siang serang UMNO bermakna dia menyerang orang Melayu sebenarnya!!! KIT SIANG ADALAH BAPAK RACIST SEBENARNYA...


No comments:

Post a Comment