Friday, 26 April 2013

SEKOLAH AGAMA KAMPUNG PAGOH TELAH DIDIRIKAN !!!



Bertempat di Kampung Raja Pagoh Johor Darul Takzim, sebuah Sekolah Agama  Kampung Raja Pagoh sedang didirikan. Memang sepatutnya sekolah ini telah lama dibuka, namun di sebabkan masalah jalan keluar masuk sekolah ini berdekatan dengan selekoh yang boleh membahayakan pelajar, pembukaan sekolah ini terpaksa di tunda sehingga sekarang.

Menurut penerangan dari penduduk kampung Raja Pagoh sendiri jalan keluar masuk ke sekolah ini akan dapat di selesaikan apabila ada 2 pemilik tanah yang telah membenarkan pengambilan dari tanah mereka untuk di jadikan laluan keluar masuk sekolah demi untuk keselamatan pelajar-pelajar sekolah agama nanti. Dengan inisiatif Allahyarham encik Wahid Bin Mohd dan Puan Lama telah memudah dan mempercepatkan pembukaan sekolah ini nanti.

Buat masa ini pelajar-pelajar sekolah Agama Kampung Raja Pagoh hanya menumpang di Sekolah Kebangsaan Kampung Raja sementara untuk menunggu pembukaan bangunan baru sekolah. Seramai 180 pelajar telah mendaftarkan diri untuk belajar di sekolah agama ini. Terdapat dua sesi persekolahan :

(1) Sesi pertama - 2.30 petang hingga 3.30 petang untuk pelajar darjah 2 dan darjah 3.

(2) Sesi kedua - 3.30 petang hingga 6.30 petang untuk pelajar darjah 4 dan 5.

Sebarang pertanyaan atau sumbangan untuk lebih memajukan sekolah agama Raja Pagoh ini, anda boleh terus menghubungi Pejabat Agama Islam Negeri Johor, Bahagian Pendidikan. No Telefon : 07-228 2999










No comments:

Post a Comment