Friday 26 April 2013

#PRU13 #P143 Pagoh - CALON BN JORAK CALON PILIHAN RAKYAT #UNDI BN #BetterNation


Datuk Dr Shaharuddin Md Salleh

Seperti meneruskan tugas yang masih belum selesai.... inilah yang boleh digambarkan dengan cara berkempen yang dijalankan oleh calon N08 Jorak Datuk Dr Shaharuddin Md Salleh. Beliau yang mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada PRU12. Ketika PRU12, Datuk Dr Shaharuddin Md Salleh berjaya menewaskan lawan dari PAS yang bertanding ketika itu Othman Hashim dengan majoriti 4,604 undi. Pengundi di DUN Jorak ketika itu adalah seramai 21,005 orang dan Datuk Dr Shahruddin berjaya mendapat 10,097 undi dan lawannya mendapat 5,494undi. Jumlah undi sebanyak 15,946 dan undi rosak sebanyak 356 undi. Peratusan mengundi ketika itu adalah 75.92%.

Kempen kali ini dilihat beliau lebih banyak mengikuti program walkabout, ceramah dan memperkenalkan calon dan juga melawat tempat-tempat tumpuan seperti pasar basah, jeti nelayan dan juga gerai-gerai makan yang ada disekitar Pagoh dan dalam kawasan DUN Jorak khasnya. Disebabkan beliau adalah calon yang mempertahankan kerusi DUN Jorak, beliau tampak selesa dan mudah bercampur dengan setiap golongan penduduk tempatan tanpa mengira bangsa atau taraf hidup.

 Disebabkan faktor ini jelas dilihat beliau lebih sesuai dan lebih berkaliber berbanding calon lawan yang tidak mengenali pengundi tempatan dan juga kawasan yang ditandinginya. Datuk Dr Shaharuddin juga dilihat bebas dari terlibat dengan apa-apa isu yang boleh menjejaskan prestasi beliau sebagai wakil rakyat kelak. #PRU13 #P143 #UNDI BN #BetterNation.

Datuk Dr Shaharuddin sedang beramah mesra dengan penduduk Jorak

Tanpa mengira kedudukan, Datuk Dr Shaharuddin sedia menerima aduan penduduk setempat

Sedang memberi penerangan tentang nama asal Jorak

No comments:

Post a Comment