Bertempat di Bukit Pasir Bintang, satu Majlis memperkenalkan Calon BARISAN NASIONAL DUN JORAK N.08 dan DUN BUKIT SERAMPANG N.07 kepada pengundi india telah diadakan. Rata-rata pengundi india di sini memang tidak pernah menghampakan.
Pada majlis ini, mereka menyatakan akan terus menyokong calon BARISAN NASIONAL kerana menurut mereka, mereka tidak pernah mempercayai kepada Calon pembangkang. Menurut mereka lagi, " lihat sahaja apa sudah jadi nasib orang india di kampung buah pala pulau pinang " sebelum mengundi mereka berani menjanjikan bulan dan bintang, tetapi selepas pilihanraya batang hidung pon tara nampak... habis tanah orang india mereka rampas... cilaka punya ini orang...
Sekarang kami amat yakin dengan kepimpinan Dato Sri Najib, tambahan pula Timbalan Perdana Menteri Malaysia merupakan calon di Parlimen kami ini. Tan Sri Muhyiddin tidak pernah mengabaikan kami disini. Kami mengharapkan agar Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat kemenangan besar pada PRU ke 13 ini nanti.
No comments:
Post a Comment