Tuesday 30 April 2013

#PRU13 : CALON TERHANGAT DI MAJLIS DOA SELAMAT !!! #TolakPR #UndiBN



Bertempat di kampung Jawa Lenga DUN Bukit serampang, satu majlis doa selamat telah diadakan semperna majlis perkahwinan anak kepada tuan rumah En. Salimin Bin Hj Nawawi. Tuan rumah telah berbesar hati menjemput Calon DUN N.07 Bukit Serampang Hj Ismail untuk bersama memeriahkan majlis pada malam itu sekali gus dapat memperkenalkan diri kepada penduduk di situ.

Rata-rata para tetamu yang hadir amat gembira dengan kehadiran calon dari BARISAN NASIONAL ke majlis doa selamat tersebut. Kesemua tetamu yang hadir memberikan sokongan kuat serta berjanji untuk turun mengundi pada 5hb Mei ini untuk memberikan kemenangan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Hj Ismail.

Ramai yang berkata mereka memang sudah lama mengenali calon ini kerana calon ini sentiasa mesra kepada rakyat sejak dari dahulu lagi. Dalam sibuk berkempen dari rumah ke rumah, ramai yang tidak ketinggalan bergambar bersama calon dan sentiasa mendokan agar Calon BARISAN NASIONAL ini mendapat kemenangan yang besar pada pilihanraya umun ini nanti.








No comments:

Post a Comment