Dalam tempoh tujuh tahun ini Malaysia akan jadi maju dan berpendapatan tinggi, jadi kita perlu lahirkan modal insan untuk memenuhi keperluan sektor-sektor yang kita majukan selaras dengan pembangunan ekonomi," kata Tan Sri Muhyiddin semasa melancarkan kampus sementara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Taman Pagoh Jaya.
Turut hadir bersama ialah isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Naib Canselor UTHM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin.
Dalam majlis tersebut, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah menyumbang
 RM4.8 juta kepada UTHM untuk membeli lima unit rumah kedai bagi 
dijadikan kolej kediaman serta modal pusingan koperasi universiti 
berkenaan.
Keperluan dan kepakaran untuk pembangunan negara 
dilahirkan menerusi pelbagai sumber terutamanya dari universiti tempatan
 dan kerajaan amat menitikberatkan bidang pendidikan.
Rakyat Malaysia berasa bertuah kerana di bawah Barisan Nasional (BN), 
pendidikan menjadi satu agenda utama Malaysia. Ini adalah aspirasi 
Perdana Menteri untuk melihat Malaysia mempunyai satu sistem pendidikan 
bersepadu dan berkualiti.
Satu jawatankuasa khas akan 
ditubuhkan untuk memantau kerja-kerja pembinaan Hab Pendidikan Tinggi 
Pagoh (HPTP) yang telah dimulakan tahun ini supaya fasa pertamanya siap 
mengikut jadual menjelang 2016. Jawatankuasa ini akan memastikan jika projek ini bermasalah, akan 
ada satu tindakan segera dan perlu diberi perhatian supaya ia tidak 
tertangguh di man kerja-kerja pembinaan telah dimulakan di kawasan seluas 
kira-kira 202 hektar.
UTHM merupakan universiti pertama berminat untuk membuka 
kampusnya di hab berkenaan selepas pemilik tanah, Sime Darby Property 
Selatan Sdn. Bhd. bersetuju menjadikan Pagoh sebagai Bandar Universiti. 
*UTHM Miliki Infrastruktur Terkini... SETERUSNYA DI SINI
*UTHM Miliki Infrastruktur Terkini... SETERUSNYA DI SINI


No comments:
Post a Comment