Monday 29 April 2013

#PRU13 #P143 PAGOH - PROGRAM 1 MALAYSIA SIHAT DI PAGOH !!!



Pada 28 April 2013 (Ahad) Bertempat di Dewan Badminton KOGAP PAGOH, telah berlansungnya satu program " Mari Bermain Badminton Dan Latihan Asas Badminton Bersama Duta FLEET INTERNATIONAL Mr LEE WAN WAH & Mr CHEW CHOON ENG " peringkat Parlimen Pagoh Anjuran Kelab Badminton Gabungan Pagoh.

Program telah di mulakan dengan senamrobik yang di pimpin oleh Unit Pembangunan Insaniah Pusat Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (Puan Umi Kalsom). Ramai ibu bapa serta anak-anak mereka telah bersama-sama mengikuti program ini. Rata-ratanya mereka amat gembira dengan program sebegini di adakan di parlimen pagoh. 

Antara aktiviti lain yang telah diadakan adalah beberapa permainan sukan rakyat termasuk juga tidak ketinggalan sukan mewarna untuk kanak-kanak yang berumur bawahan tahun. 

Kedatangan Atlit Badminton Malaysia LEE WAN WAH dan CHEW CHOON ENG telah memeriahkan lagi majlis ini kerana mereka telah terlibat untuk memberi tunjuk ajar kepada kanak-kanak yang ingin mempelajari teknik-teknik permainan badminton secara frofesional.

Menurut penganjur majlis ini En. Aziz, mereka sentiasa menganjurkan aktiviti begini setiap tahun demi untuk menghindarkan anak-anak muda dari terjebak ke aktiviti yang tidak sihat. En. Aziz juga berterima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana sudi menjadi Penaung kepada Kelab Badminton Gabungan Pagoh.

Program ini telah di serikan lagi dengan kedatangan Calon BARISAN NASIONAL DUN JORAK N.08 Datuk Shahruddin.























No comments:

Post a Comment