Friday 26 April 2013

BELIA MENGAMUK DI KAMPUNG RAJA PAGOH !!!



Bertempat di kampung  Raja Pagoh Johor telah berlansungnya satu program "Sembang Santai Bersama Pemimpin", program ini telah di anjurkan oleh Persatuan Belia Warisan Melayu Kampung Raja Pagoh. Persatuan ini di pengerusikan oleh Ungku Shahfri bin Ungku  Mansor. Program ini telah dihadiri oleh Calon DUN JORAK YB Datuk DR Saharuddin Bin Md Salleh. 

Seramai 80 belia persatuan telah hadir dalam menjayakan majlis sembang santai ini. Rata-rata para belia sangat gembira apabila Calon DUN JORAK YB Datuk DR Saharuddin Bin Md Salleh dapat hadir bersama bagi menjayakan majlis tersebut.

Walaupon sebelum majlis di mulakan hujan lebat telah membanjiri kampung tersebut, namun para belia tetap hadir bagi memeriahkan majlis pada malam itu. Terdapat pelbagai akitivi yang di sediakan oleh penganjur termasuklah cabutan bertuah yang merupakan hadiah utama berupa sebuah gitar.

Antara aktiviti-aktivi lain yang telah di adakan adalah karaoke, cabutan bertuah, sembang santai, penyerahan cederamata kepada ahli jawatan kuasa belia dan lain-lain. Majlis ini telah tamat pada pukul 10.30 malam.












No comments:

Post a Comment