"Tiba-tiba tak semena-mena ada orang luar yang namanya Lim Kit Siang dan
Salahuddin Ayub mahu bertanding di Gelang Patah sama seperti Anwar Ibrahim mahu ambil Putrajaya, mereka ni bukan saja mahu ambil alih tapi
ada agenda besar mahu tumbangkan Barisan Nasional (BN), itu sebab kita
pilih Datuk Abdul Ghani kerana rekodnya dan orang kenal beliau," (~ Kosmo)
kata Tan Sri Muhyiddin
di hadapan ribuan pengundi-pengundi Gelang Patah
seperti laporan di sini
"Apa sebab nak tukar kerajaan? Orang luar datang Malaysia kata Johor
negeri terbaik dan Iskandar Malaysia bagus untuk melabur, jadi kenapa
kita perlu nak tukar kerajaan?," katanya. - KOSMO!
Jika diikutkan track-record pembangkang yang telah berjaya menawan Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan, tidak ada satu pembangunan yang telah dilakukan mereka. Malahan pembangkang ketika mengambilalih pemerintahan negeri-negeri tersebut ibarat cuci kaki dan tangan masuk ke rumah banglo yang serba lengkap.
Ada di antara negeri-negeri seperti Kedah, bukan saja mereka menikmati pembangunan yang diusahakan kerajaan BN terdahulu, tapi mereka telah merosak dan menjahanamkannya.
Rakyat Johor, terutamanya di Gelang Patah tidak harus membiarkan orang seperti Kit Siang dan Salahuddin bertapak di sini. Mereka ini bukan sekadar ingin menumpang semangkok kejayaan kerajaan BN malahan mereka ini juga mampu menjahanamkan apa yang telah dilengkapkan dan segala apa yang dalam perancangan pembangunan oleh kerajaan BN.
Gelang Patah adalah sebahagian dari Wilayah Pembangunan Iskandar yang bersempadan dengan Singapura di selatan
Johor, mempunyai 106,762 pengundi berdaftar, dengan 52.41 peratus
terdiri daripada kaum Cina, 34.28 peratus Melayu, 12.49 peratus India
dan 0.83 peratus lain-lain kaum.
Sejak akhir 2006, Gelang Patah yang disifatkan sebagai "ground zero"
kepada wilayah pembangunan Iskandar Malaysia, mengalami pembangunan
pesat, dengan kawasan perindustrian, perumahan dan bangunan komersial,
dibangunkan tanpa henti.
Pembangunan pesat yang dialami Gelang Patah berikutan kebanjiran pelabur dari dalam dan luar negara yang tertarik dengan Iskandar Malaysia, menyediakan pelbagai jenis peluang kepada masyarakat tempatan.
Pembangunan pesat yang dialami Gelang Patah berikutan kebanjiran pelabur dari dalam dan luar negara yang tertarik dengan Iskandar Malaysia, menyediakan pelbagai jenis peluang kepada masyarakat tempatan.
"Jangan biarkan (pembangkang) masuk Gelang Patah kerana Gelang Patah adalah kubu dan ibu kepada BN di negeri ini.
Rakyat Johor mesti kekalkan gelombang biru. Apa yang Kit Siang ingin lakukan hanyalah semata-mata untuk membawa budaya perkauman di Johor dan ini tidak pernah terjadi.
CALON BN
Tan Sri Muhyiddin menyatakan kegembiraannya dengan kehadiran yang di luar jangka dari pelbagai kaum dan ini adalah permulaan yang sangat baik kepada lebih dari 10,000 hadirin di luar dan dalam dewan.
Menurutnya lagi, ada di antara pengundi Gelang Patah telah menyatakan sokongan kepada BN secara terbuka.
Pengorbanan Jason Teoh kerana memberi laluan kepada Datuk Ghani Othman sangat dihargai. Yang paling penting ialah semangat setiakawan Jason terhadap BN dan patuhnya kepada keputusan kepimpinan perlu dicontohi semua ahli-ahli BN yang pasti pengundi-pengundi dapat menilai kerjasama semua kaum yang terdapat di dalam komponen parti BN. Ini tidak berlaku di dalam Pakatan Rakyat, di mana terbukti sesama sendiri juga bertanding di kawasan yang sama.
Mesej kepada Kit Siang dan Salahuddin :
ADAKAH ORANG LUAR MAMPU MEMBELA NASIB RAKYAT JOHOR?
No comments:
Post a Comment