Majlis Perasmian Kedai Makan Aladdin Kafeteria telah rasmikan oleh YAB TAN SRI HAJI MUHYIDDIN B. MD YASSIN pada 06 Julai, 2010 Bersamaan 24 Rejab 1431.
Kedai Makan Aladdin Kafeteria telah mula dibuka sejak Julai 2010 lalu dan menerima kunjungan seramai 800 orang serta pelbagai golongan setiap hari bermula jam 7 pagi hingga 12 malam.
Pelbagai hidangan ada di sediakan oleh Kafe ini pada setiao hari kecuali hari ahad. Antara menu yang istimewa di kafe ini adalah roti canai. Dari pengalaman penulis menjamu selera di kafe ini memang tidak dapat di nafikan roti canai di cafe ini adalah antara roti canai yang menyelerakan. Rasa yang rangup dan lembut menjadi pilihan pengunjung pada setiap hari di kafe ini.
Pada sesiapa yang ingin mencuba dan merasainya sendiri boleh la mencari kafe ini di sekitar taman pagoh jaya melalui jalan ke Muar Johor. Semoga dengan perasmian kafe ini oleh YAB TAN SRI HAJI MUHYIDDIN B. MD. YASSIN dapat memperkenalkan lagi istimewanya kawasan pagoh di seluruh malaysia.
No comments:
Post a Comment