Semalam blog ini telah menjelaskan setiap tuduhan Kit Siang DI SINI (Bahaian 1) ... sambungan ke bahagian 2
- BN bongkak dan tak nak ubah kerana selalu menang dan pastikan Najib tumbang kali ini.
 
Soalan utama kepada Kit Siang, siapa yang memberi label 'TOKONG' kepada anaknya, Ketua Menteri  Pulau Pinang dan tidak lain ialah Timbalan Ketua Menteri Dato Mansor Osman.
“Guan Eng macam tokong you know to the Chinese, you cannot deny that,
 he is just like a tokong, itu yang buat dia orang sombong, very-very 
angkuh and arrogant. Tapi tidak apalah, whatever it is, we get ourselves
 stronger, young people you orang kena prepare, every seat kita nak 
bertanding, kena ada orang.”
Sila tonton rakaman video di atas yang dimuat turun DI SINI
Kenapa Timbalan Pengerusi DAP, Tunku Aziz membuat keputusan keluar dari DAP kalau bukan kerana keangkuhan Guan Eng seperti pengakuannya DI SINI
"Ketika
 pengunduran saya daripada DAP baru-baru ini, Guan Eng begitu angkuh dan
 kurang ajar apabila menggunakan orang lain sebagai medium untuk 
bercakap dengan saya."
"Beliau
 merasa cukup bagus dan tak layak berinteraksi dengan saya sehingga 
terpaksa menggunakan 'budak suruhan" katanya kepada Utusan.
Baru-baru ini, Jenice Lee penyandan DUN Teratai juga membuat "pengakuan" bahawa DAP mengamalkan kronisma d kalangan pemimpin-pemimpinnya
Keangkuhan dan sikap anak Kit Siang yang suka 'bully' bukan  saja di kalangan bangsanya tetapi siapa saja yang tidak bersetuju dengan beliau termasuklah media dan  NGO
Jika sejarah politik Malaysia ingin bukukan kisah keangkuhan DAP, pasti 5 tahun pun tidak mencukupi untuk ditulis. Ini belum lagi DAP mendapat kuasa untuk memerintah negara yang cuma memerintah  sebuah negeri ibarat menikmati kulit limaunya saja. 
Bayangkan jika diberi isi limaunya juga... NGERI!!!
Siapa sebenarnya tak nak ubah?
- Kit Siang : Politik trend baru tanpa perkauman dan ini perlu pembaharuan total.
 
Pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP adalah contoh terbaik menunjukkan DAP adalah parti Cina paling racist. Yang pasti DAP telah terang-terang menolak bangsa Melayu dan India.
Inilah keputusan awal CEC - 1Malaysia????




No comments:
Post a Comment