Belia-beliawanis yang turut serta menyertai Larian Patriotik Mesra Belia Parlimen Pagoh
27 Mei Pagoh – Bertempat di padang Sekolah Kebangsaan
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (SKLKTP) Batu 27, Felda Lenga, Pagoh pada
pagi ini telah berlangsung Larian Patriotik Mesra Belia Parlimen Pagoh. Program
anjuraan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor ini berjaya menarik seramai 500
orang untuk menyertai larian ini yang bermula pada pukul 7.30 pagi. Bermula
dengan acara senamrobik dan poco-poco,
kelihatan program ini berjaya menarik minat dari pelbagai peringkat umur
penduduk Felda Lenga.
Larian sejauh 6km ini bermula dari Padang Sekolah Kebangsaan
IKTP melalui kawasan sekitar Felda Lenga dan berakhir kembali di Padang Sekolah
Kebangsaan IKTP. Program ini diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah cabutan
bertuah. Antara yang hadir pada program pagi tadi adalah Pengarah IKBN, YDP MBD
Muar dan Calon N07 Bukit Serampang, Tuan Haji Ismail bin Mohamad turut hadir
untuk memeriaahkan program ini. Program ini berakhir pada jam 12 tengahari.
Kanak-kanak PraSekolah turut meramaikan dan memeriahkan program
Pelbagai peringkat umur menyertainya
Peserta-peserta program
Senamrobik dan Poco-poco
Ceria dan bergembira
Berlari menuju penamat
Keletihan namun gembira
Muka-muka keletihan
Berusaha untuk menuju ke garisan penamat
Calon N07 Bukit Serampang turut memeriahkan
Calon BN N07 Bukit Serampang sedang beramah mesra dengan penduduk tempatan yang hadir di Program ini
Penyampaian hadiah cabutan bertuah
Antara yang menerima hadiah pagi tadi
No comments:
Post a Comment