Monday, 22 April 2013

TIDAK MUNGKIN DILUPAKAN....

Tan Sri dan rombongan di Warong Mee Rebus Wak Adan
 
"Saya selalu menyanjungi Muhyiddin 
sebab dia kota apa yang dia janjikan"

Itulah ayat pertama yang dikatakan apabila ditanya mengenai Tan Sri Muhyiddin oleh seorang peniaga di pekan Pagoh. Warong Wak Adan Mee Rebus telah mengusahakan perniagaannya semenjak 20 tahun yang lalu.

Tan Sri Muhyiddin adalah Ahli Parlimen Pagoh semenjak 1985, selepas berkhidmat sebagai Menteri Besar dan Pagoh telah menikmati pelbagai pembangunan dan perubahan. Rakyat Pagoh sentiasa bersyukur, tidak mengira apa pun fahaman politik, bangsa dan ugama, dan kami berterima kasih ke atas khidmat Tan yang dicurahkan kepada penduduk Pagoh, tambah Wak Adan.

Walaupun Warong Mee Rebus Wak Andak telah berniaga lebih 20 tahun, beliau hanya sempat memerhatikan Tan Sri dan keluarga beliau dari jauh, namun pada hari pelancaran jentera BN, beliau dikejutkan dengan berita yang Tan Sri serta isterinya dan rombongan akan singgah ke warong beliau.

Panik! Mungkin beliau pernah merasa mee saya, tapi bukan di warong kecil saya ini, dan tidak menyangka saya sendiri yang menghidangkan untuknya.

Lebih kurang jam 5 petang, Tan Sri tiba dengan rombongannya. Beliau bersembang beberapa minit dan ucapkan tahniah kerana saya masih mampu mengekalkan perniagaan saya terutama rasa mee rebus saya masih dikekalkan sehingga kini. Inilah kenangan yang tidak akan saya lupakan dan sangat menghargainya.

Tambah Wak Adan, saya sentiasa menghormati Tan Sri kerana kepimpinannya, kata-katanya dikotakan. Beliau bukan saja seorang ahli politik tetapi seorang yang mengambil berat, menghormati orang lain dan seorang yang rendah diri.

Walaupun Tan Sri 4 tahun lebih tua dari saya, beliau telah menunjukkan hormat dan berhemah.

Beliau sentiasa ucapkan 'terima kasih' dan 'mohon' apabila meminta sesuatu.

Kedatangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Puan Sri Noorainee Abdul Rahman KE WARONG MEE REBUS WAK ADAN telah dijadikan satu kenangan yang sangat dihargai dan TIDAK MUNGKIN DILUPAKAN....

No comments:

Post a Comment