Tuesday 30 April 2013

#PRU13 #P143 PAGOH - DUN BUKIT SERAMPANG DISERBU GELOMBANG BIRU #UNDI BN #BETTERNATION

HIMPUNAN RAKYAT 1 MALAYSIA DUN BUKIT SERAMPANG

29 Mei Gerisek Bukit Serampang - Bertempat di Kampung Baru Gerisek dalam DUN Bukit Serampang seramai lebih 5000 orang telah berhimpun menyatakan sokongan dan bersama Barisan Nasional dalam majlis Himpunan Rakyat 1 Malaysia yang dihadiri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin Calon P143 Pagoh dan Calon N07 Bukit Serampang Tuan Haji Ismail Mohamed. Dalam ucapan Tan Sri malam tadi beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri atas kepercayaan memberi amanah kepada beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan turut berterima kasih pada pengundi-pengundi Parlimen Pagoh kerana mengundi dan menyokong beliau pada PRU12 yang lepas. Beliau berharap sokongan dan kepercayaan yang diberi oleh pengundi-pengundi tidak hanya pada PRU12 malah meneruskan sokongan dan member peluang kepada beliau untuk meneruskan agenda perjuangkan untuk membawa kemajuan yang berterusan kepada rakyat Pagoh. Sebagai contoh Pagoh akan menjadi Hub pendidikan dengan adanya 4 buah Universiti yang sedang dalam proses pembinaan dan pelbagai lagi projek-projek kerajaan yang besar dan dalam proses pembinaan. Dan inilah antara bukti slogan Janji Ditepati yang dilaungkan oleh kerajaan bawah kepimpinan Dato Seri Najib Razak. #PRU13 #P143 PAGOH
















No comments:

Post a Comment