Saturday 20 April 2013

PAS DAN PKR TERDIAM DI PENAMAAN CALON PAGOH !!!




Tan Sri Mahyuddin Yassin  terus mendapat sokongan padu daripada lebih 2000 penyokongnya yang berarak ke pusat penamaan calon di Kompleks Sukan Pagoh. Tan Sri Mahyuddin Yassin bersama calon DUN  JORAK (N.08) Datuk Dr Shahrudin bin Md Salleh dan calon DUN BUKIT SERAMPANG  (N.07) Haji Ismail Mohamad telah tiba ke pusat penamaan calon tepat puku l 9.00 pagi bersama lebih 2000 penyokong BARISAN NASIONAL.

Teriakan penyokong BARISAN NASIONAL telah menenggelamkan bunyi suara penyokong PKR dan PAS. Walaupon Tan Sri Muhyiddin Yassin telah di ejek oleh penyokong PKR dan PAS Tan Sri Muhyiddin tetap melambai tangan kea rah penyokong pakatan. Sorakan demi sorakan dan nyanyian pelbagai lagu semangat dari penyokong BARISAN NASIONAL selama 2 jam lebih telah membisukan terus penyokong pembangkang. Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.30 dengan diiringi pencadang, Senator Noriah Mahat, dan penyokong beliau, Datuk Gan Hong Su.





Sebaik sahaja selesai penamaan calon Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri serta penyokong BARISAN NASIONAL terus pergi ke majlis perkahwinan di Pekan PAGOH. Semasa di majlis tersebut, Tan Sri Muhyiddin sempat bertemu dan bermesra dengan tetamu yang hadir di majlis tersebut. Rata-rata penduduk di sana begitu mesra bila bersama Tan Sri di majlis perkahwinan tersebut.



No comments:

Post a Comment