Jangan lupa isu ini... dan jangan terpedaya dengan lemah lembut calon wanita PAS, Norhayati Bachok serta calon dari .
Bukit Pasir, Muar 17 Mac 2011 - Ramai yang berpendapat bahawa tndakan PAS Bahagian Pagoh menaikkan kain rentang mengkritik polis merupakan satu tindakan menghasut rakyat untuk membenci polis. Tindakkan mereka menggantungkan kain rentang
 yang memaparkan gambar polis yang sedang menjalankan tugas "DIPANGKAH" 
dianggap bukan sahaja menghina polis malah menghina Kementerian Dalam 
Negeri serta negara.
Keengganan PAS Pagoh untuk bekerjasama dengan polis apabila diminta menurunkan kain rentang 
 tersebut menunjukkan mereka cuba membuat provokasi terhadap Institusi 
polis supaya bertindak ke atas mereka. Keadaan ini tidak mencerminkan 
ketelusan dalam berpolitik dan isu seperti ini tidak wajar berlaku dalam
 negara kita ini. 
Jika mereka benar-benar ingin membela rakyat mereka 
sepatutnya menyediakan peguam untuk membela ahli-ahli mereka yang telah 
dikenakan saman ekor. 
Langkah mereka menaikkan kain rentang seperti
 ini menunjukkan tujuan sebenar mereka bukannya untuk membela orang yang
 disaman tetapi lebih kepada melahirkan kebencian rakyat kepada 
Institusi polis dan kerajaan. - Kritis Online

No comments:
Post a Comment