Gandingan
mantap antara pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) amat penting dalam menjamin keselamatan negara. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa bangga dengan jalinan kerjasama luar biasa antara
kedua-dua pasukan keselamatan menerusi pendekatan Strategi Lautan Biru
dalam mewujudkan suasana yang aman dan selamat.
Dalam peristiwa pencerobohan di Lahad Datu, polis dan tentera bergabung dan berjuang bermati-matian untuk pastikan negara selamat dan kedaulatan negara dipertahankan. Jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan sangat dihargai dan rakyat Malaysia menaruh keyakinan keapda mereka.

Ini berbeza dengan pendekatan yang telah diambil oleh Pakatan Pembangkang sehingga Tian Chua dari PKR dengan biadap telah menganggap insiden berdarah Lahad Datu sebagai satu drama;
Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin telah meluangkan masa bersama-sama warga PDRM dengan membuat kunjungan mesra di Balai Polis Pagoh. Turut hadir isteri beliau Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Ketua Polis Daerah Muar ACP Mohd Nasir Ramli.
Tan Sri juga yakin jaminan yang diberi pihak berkuasa bagi memastikan hari
pengundian PRU ke-13, 5 Mei ini berjalan dengan selamat tanpa sebarang
ancaman.
Beliau berharap pengundi tidak bimbang dan dapat keluar menunaikan tanggungjawab mereka.
No comments:
Post a Comment