Fahami dan sebarkan mesej Tan Sri Muhyiddin:
Jika Karpal Singh dan Kit Siang telah secara terbuka membuat kenyataan menolak negara Islam dan hukum hudud tetapi pemimpin-pemimpin PAS masih ingin laksanakannya, bagaimana mungkin dua parti gergasi pembangkang mampu memerintah negara... demikian tegas Tan Sri Muhyiddin.
Ternyata antara kedua parti ekstrim ini tidak mungkin dapat bekerjasama dalam Pakatan Rakyat dalam perkara asas. Perbezaan ideologi utama mereka, akhirnya akan menjejas bukan sahaja kestabilan politik negara malahan ekonomi negara mampu terjunam.
Ketika di satu majlis di Negeri Sembilan, Tan Sri juga berkata sekiranya Pakatan diberi mandat oleh rakyat, yang pasti tidak berapa ketika sahaja kerajaan akan runtuh.
PKR dan DAP akan beritahu PAS, apabila mereka bergabung dan mendapat kelebihan kerusi parlimen, PAS mesti akur dengan apa saja yang mereka putuskan di dalam Buku Jingga dan lupakan hudud dan ini akhirnya akan membawa kepada kerajaan yang porak peranda.
No comments:
Post a Comment