Friday, 26 April 2013

15 EKAR UNTUK PEMBINAAN LITAR LUMBA MOTOR CROSS PAGOH !!!



Pada 21hb April yang lalu telah berlansungnya satu pertandingan MOTOCROSS peringkat kawasan Pagoh. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh KELAB PEMINAT MOTOR CROSS PAGOH yang di pengerusikan oleh En Abdul Rahim Bin Othman. Walaupon kelab ini baru di tubuhkan sehingga sekarang kelab ini telah berjaya mengumpul seramai 30 ahli berdaftar.

Kelab ini telah mengajurkan pelbagai pertandingan Motorcross dikawasan Pagoh. Kelab ini juga telah mendapat sokongan kuat dari Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin. Sebagai tanda sokongan terhadap kelab ini Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meluluskan kawasan seluas 15 ekar untuk di jadikan sebuah trek Motorcross pada kelab ini dan juga kesenangan untuk para belia yang mempunyai minat dalam sukan ini agar dapat melahirkan pelumba-pelumba profesional dari belia kawasan pagoh.

Untuk mengtahui cerita lebih lanjut tentang perkembangan kelab motorcross pagoh dan info tentang trek yang bakal Timbalan Perdana Menteri bangunkan anda bolehlah menghubungi pengerusi Kelab Motor Cross Pagoh ini di nombor 012-250 3858.
















No comments:

Post a Comment