Baru-baru ini Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli telah membuat kenyataan sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya menawan Putrajaya, BR1M akan dihapuskan dengan tujuan untuk menurunkan harga minyak.
Apa kesannya jika bantuan kepada rakyat yang berpendapatan rendah dihapuskan? Sudah pasti yang akan lebih menikmati cadangan Rafizi ialah golongan rakyat yang kaya yang mampu berkereta mewah yang memerlukan penggunaan minyak yang banyak dan bukan golongan yang berpendapatan rendah. 
Akhirnya rakyat yang berpendapatan rendah akan terus hidup tertekan 
untuk menghadapi kenaikan harga barangan kesan daripada kenaikan harga minya terutama diperingkat global.
Hari ini,  Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mencabar Rafizi dan Guan Eng untuk bukan sahaja menghapuskan BR1M tetapi mereka haruslah membuat kenyataan untuk menghapuskan terus kesemua produk 1Malaysia seperti laporan berikut:
MUAR – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini 
mencabar pembangkang mengeluarkan kenyataan untuk menghapuskan lebih 200
 produk 1Malaysia yang sudah diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional 
(BN) sekiranya mereka memenangi pilihan raya umum kali ini.
Muhyiddin berkata, Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), 
Rafizi Ramli dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng perlu menjawab dan 
memperjelaskan kepada rakyat bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan 
pelbagai bantuan lain yang dihulurkan BN kepada rakyat adalah tidak 
berguna dan tidak memberikan apa-apa faedah.
“Rafizi sudah buat kenyataan, dia kata kalau kami (pembangkang) menang, kami akan hapuskan BR1M.
“Ada 200 jenis produk 1Malaysia, apakah pembangkang boleh buat 
kenyataan untuk hapuskan kalau mereka menang, minta Rafizi dan Guan Eng 
jawab,” katanya berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat di Kampung 
Sri Pantai, Jalan Junid di sini, hari ini.
Menurut Muhyiddin, pembangkang sudah tentunya tidak akan menjawab 
mengenaiperkara itu dan sekiranya mereka tidak mengeluarkan sebarang 
kenyataan, maka amat jelas produk dan dasar-dasar yang sudah 
diperkenalkan kerajaan selama ini terbukti benar dalam meningkatkan 
taraf hidup rakyat. – Bernama

No comments:
Post a Comment