Papan tanda yang mencatat butiran pemilik makam yang berada di belakang Masjid Kampung Raja Pagoh
Menarik di dalam Parlimen P143 Pagoh adalah terdapat satu makam seorang Sultan Melaka yang agak tersohor namanya. Dalam DUN Jorak ini tersemadinya jasad Sultan Alauddin Riayat Shah seorang Sultan yang agak cemerlang ketika Baginda memegang tampuk pemerintahan ketika zaman itu. Sultan Alauddin Riayat Shah merupakan sultan Melaka yang ketujuh.
Papan tanda yang disediakan oleh Tourism Malaysia
Baginda menaiki takhta selepas kemangkatan ayahandanya, Sultan Mansur Shah pada tahun 1477. Baginda merupakan sultan yang paling mementingkan keamanan negeri Melaka. Baginda akan menyamar sebagai rakyat biasa dan meronda kota Melaka pada waktu malam. Akibatnya, Melaka menjadi negeri yang selamat untuk berdagang. Baginda juga adalah seorang sultan yang adil dan warak.
Makam Sultan Alauddin Riayat Shah ibni Sultan Mansur Shah Sultan Melaka yang ke 7
Bagaimanapun, kedudukan baginda telah dicabar oleh kekandanya, iaitu Raja Ahmad (pemerintah negeri Pahang, sebuah wilayah di bawah pemerintahan Melaka), kerana Raja Ahmad mendakwa bahawa beliau berhak menduduki takhta kerajaan Melaka. Sultan Alauddin mempunyai banyak musuh, sama ada di dalam atau di luar negeri..
Batu nesan yang jelas mencatat nama Baginda Sultan Alauddin Riayat Shah dalam tulisan jawi
Baginda mempunyai empat anak iaitu dua anak daripada setiap isterinya dan ini telah menimbulkan perselisihan tentang siapa yang akan mewarisi takhtanya selepas kemangkatannya. Isteri kedua Sultan Alauddin berketurunan India-Muslim. Bendahara Melaka ketika zaman baginda ialah Tun Perak. Baginda meninggal dunia pada tahun 1488 semasa berumur 30 tahun dan digantikan oleh puteranya,Sultan Mahmud dan Baginda dimakamkan di Kampung Raja, Pagoh.
Di sinilah jasad Baginda Sultan Alauddin Riayat Shah disemadikan
No comments:
Post a Comment