Tuesday 23 April 2013

#PRU13 : KERAJAAN #BN TERUS PERTAHANKAN ISLAM #BetterNation #UndiBN

Imam Masjid Al-Nabawi Madinah, Al-Syeikh Solah Muhammad Al-Budair
Apabila Imam Masjid Al-Nabawi di Madinah, Al-Syeikh Solah Muhammad Al-Budair mengiktiraf usaha Kerajaan Barisan Nasional (BN) meningkatkan dan mengembangkan syiar Islam di negara ini yang selari dengan tuntutan agama, apakah PAS akan menidakkannya?

Pengiktirafan ini dilakukan di hadapan seramai 5,000 ahli Surau dan Masjid, Qari dan Qariah, Pendidik dan Pegawai Agama Wilayah Persekutuan bertempat di Masjid Usamah bin Zaid di Wangsa Maju yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malah, beliau kagum dengan usaha kerajaan menerusi institusi agama yang mengimarahkan rumah ibadat, khususnya masjid demi mendekatkan umat Islam dengan amal salih. 

UMNO sebagai parti politik Melayu terbesar dengan ahli-ahlinya yang beragama Islam sentiasa mengutamakan perjuangannya dengan kesucian Islam dan mempertahankan prinsip-prinsipnya. Kesucian Islam tetap dipelihara walaupun berbagai-bagai dugaan mencabar pemimpin-pemimpin kita.

Rakyat Malaysia haruslah bersyukur kerana kerajaan sentiasa memastikan perpaduan umat Islam untuk sekian lama di negara kita ini. Setiap kita umat Islam bertanggungjawab memastikan Islam sebagai ugama rasmi di dalam Perlembagaan Malaysia yang telah diperjuang dan dipertahankan oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang lalu. UMNO akan terus mempertahankan kedudukan Islam sebagai ugama rasmi Malaysia.

UMNO dulu kini dan selamanya demi agama, bangsa dan negara...

Umat Islam harus fikirkan, di mana kebenaran perjuangan PAS apabila baru-baru ini Nik Aziz mempersoalkan solat ahli UMNO setelah beliau mengkafirkan mereka. Adakah ini asas perjuangan PAS atau semata-mata beretorik politik... kita fikirkan


No comments:

Post a Comment