Sunday 5 May 2013

[LIVE] Keputusan #PRU13

#PRU13 : TRAGEDI FLASHMOB IPOH... U ASKED FOR IT!!!

Jangan diusik...


#PRU13 : 050513 - TAN SRI MUHYIDDIN LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB

8.16am - TSMY berada di pintu masuk kawasan mengundi



8.18am - TSMY menyemak daftar undi



8.19am - Jari TSMY dicalit dakwat, bukti telah mengundi




 8.20am - Jari TSMY di kotak membuang undi. Calon parlimen yang bertanding ialah penyandangnya, Dato Razali Ibrahim


8.20am - Membuang undi di peti undi parlimen...



8.20am - Membuang undi di peti undi DUN...


4 minit sahaja untuk selesaikan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia. Anda bagaimana? Dah mengundi?

Pilihlah calon BN yang telah ada track record dan bukan calon yang ingin tumpang semangkuk. SELAMAT MENGUNDI DAN SEMOGA BN BERJAYA MENDAPAT KEMENANGAN 2/3. 

Kepada Allah kita berserah...

HARI INI RAKYAT MALAYSIA DI NASIHATKAN BERHATI-HATI !!!



Bersih 4.0
Perhimpunan 505

Gerakan Kebangkitan Rakyat-Hishamuddin Rais

Perhimpunan Kebangkitan Rakyat akan bermula selepas tamat pembuangan undi 5/5/2013 jam 1830. Peserta 505 akan berhimpun di setiap pusat penjumlahan negeri masing-masing di seluruh negara.

Gerakan Propaganda akan dimulakan dengan menyebarkan berita-berita yang mampu menbangkitkan kemarahan dikalangan penyokong dan Ahli Pakatan Rakyat. Penyebaran Propaganda akan dilakukan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) serta media elektronik dan media cetak (Risalah).

Kemuncak Perhimpunan Kebangkitan Rakyat 505 akan diadakan pada 6/5/2013 di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan. Kerajaan Selangor telah mengumumkan cuti peristiwa pada tarikh tersebut untuk memudahkan mobilisasi penyokong.

Kehadiran dianggarkan 50,000 orang dimana mereka akan dipecah-pecahkan mengikut kumpulan kecil.

Sumber nyatakan pergerakan rakyat akan bermula dari luar Putrajaya dan berarak ke arah pejabat perdana menteri (belum dimuktamadkan).

Sumber 2 nyatakan bahawa jentera PAS Serdang dan Cempaka akan bergerak menuju ke Putrajaya pada tengah hari esok, untuk melakukan roadblock untuk menghalang kononnya daripada dokumen dibawa keluar. Tempat perkumpulan adalah di masjid Putra.

Penyokong akan dikerahkan ke Putrajaya dan matlamat akhir di Bangunan pejabat perdana menteri.

Matlamat perkumpulan adalah :-
● Sekiranya menang, meraikan kemenangan PR
● Sekiranya kalah, menunjukkan gerakan rakyat yang mahukan pilihanraya yang adil.
● Sekiranya berlaku kekecohan, untuk perkara 1 dan 2, kedua-duanya adalah salah BN.
Sumber nyatakan situasi esok, lebih kepada perkara yang kedua.
Sumber 1 minta diambil tindakan segera terhadap senarai bilik gerakan yang telah diberi dengan tumpuan khusus kepada pusat propaganda di : No 3-4, Jalan Bangsar Utama 3 Off Jalan Bangsar, KL.





Saturday 4 May 2013

#PRU13 : P143 RESTORAN HERBA YANG TERBAIK DI PAGOH !!! #UndiBN #BetterNation



Restoran Nasuha yang terletak di Pagoh Johor sememangna mempunyai kelazatan makanan dan minuman yang menyelerakan. Restoran yang satu-satunya ada di sekitar Pagoh ini yang menghidangkan minuman Herba yang amat baik untuk kesihatan tubuh badan. Menurut pengalaman penulis yang berkesempatan menjamu selera disini, sememangnya penulis boleh mengatakan restoran ini mempunyai ciri-ciri restoran yang amat unik. Keselesaan pelanggan amat di utamakan disini, tempat yang berhawa dingin di sertakan pula dengan kemudahan SPA untuk wanita yang sememangnya di gemari oleh kaum hawa.

Pelbagai juadah juga ada di sediakan disini demi untuk membuka lagi pelbagai selera pelanggan yang hadir dari pelbagai bangsa. Dari pengamatan penulis, restoran ini sudah terkenal kerana telah di kunjungi oleh skuad "jalan-jalan cari makan TV3". Kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba makanan dan minuman herba yang berkhasiat disini boleh la singgah sekiranya anda melalui jalan dari tol Pagoh untuk ke Muar Johor. Penulis pasti, anda tidak akan dapat melupakan pengalaman menikmati makanan disini sekiranya anda sudah mencubanya.

Selamat mencuba...











#PRU13 : KIT SIANG KE JOHOR BUKAN UNTUK DAP #TOLAKPR #UNDIBN



 Sekiranya tiada yang membocorkan maklumat ini pasti ramai yang tidak menyedari akan krisis dalaman yang berlaku di dalam DAP sebuah parti ‘ultra kiasu’ yang begitu tebal mengamalkan sikap perkauman. Namun pendedahan yang dilakukan oleh bekas pimpinan DAPSY Shen Yee Aun, baru-baru ini agak mengemparkan. 

Ini kerana menurut Syen, walaupun dari segi luaran DAP nampak tenang namun pada hakikatnya ia penuh dengan pergolakan dan krisis dalaman. Parti ultra kiasu itu ketika ini dikatakan mempunyai dua kem yang saling cuba ‘bunuh-membunuh’ antara satu sama lain. 

Satu kem dikatakan pro kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan satu lagi dikatakan menentang penguasaan ahli parlimen Ipoh Timur yang cuba mengekalkan kuasa dan pengaruh ‘Dinasti Lim’ di dalam parti tersebut. Malah dengan faktor umur yang semakin meningkat, Kit Siang sudah tentu khuatir sekiranya tidak mampu mengekalkan kuasa untuk anaknya. 

Ramai pemimpin DAP dikatakan menolak kepimpinan Lim Guan Eng yang dilihat tidak mesra, kuku besi dan biadap. Mantan Ketua Menteri Pulau Pinang itu dikatakan terlalu kurang ajar dengan pemimpin ‘senior’ DAP yang mencantas pengaruh mereka di kawasan, apabila cuba meletakkan ‘orang baru’ bagi mengantikan mereka. 

Ekoran tindakan itu, beberapa pemimpin di peringkat negeri telah mula melancarkan serangan secara senyap bagi menolak kepimpinan Guan Eng di dalam DAP sebagai tanda bantahan. Antara kepimpinan negeri yang dimaksudkan ialah Dr Boo Cheng Hau (Johor), Sim Tong Hin (Melaka), Teng Cheng Kim (Selangor) dan Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham (Perak). 

Malah keputusan Kit Siang untuk bertanding di kerusi Gelang Patah, Johor dibuat atas faktor untuk mengukuhkan penguasaan Guan Eng. Ini kerana sebelum ini sokongan dan pengaruh Cheng Hau di katakan agak kuat di Johor dan permusuhannya dengan Guan Eng amat merisaukan Kit Siang. Tidak cukup dengan itu, keputusan Cheng Hau untuk meletakkan jawatan di dalam DAP sebelum ini turut dikaitkan dengan pertelingkahan ini. 

Sebagai tindak balas, pengerusi DAP Johor itu telah meminta rakan sekutunya Norman Fernandez untuk mengeluarkan kenyataan yang agak keras dengan mengatakan undi DAP bukan Pas. Kenyataan tersebut sengaja dikeluarkan bagi menimbulkan kemarahan ahli Pas agak mengambil keputusan menolak Kit Siang di Gelang Patah. Dengan kehadiran Kit Siang di Johor diharapkan mampu membunuh populariti Cheng Hau sekaligus memastikan penguasaan ‘Dinasti Lim’ di dalam DAP berkekalan. 

Selain daripada itu, Kit Siang juga turut menghantar macainya, Kulasegaran untuk menyerang Nga dan Ngeh. Ahli Parlimen Ipoh Timur itu melalui twitternya tidak lama dahalu mengatakan Ngeh sebagai pengamal rasuah. 

Malah ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut, Kit Siang secara terbuka turut mengakui wujud masalah dalaman di dalam kepimpinan DAP Perak. Penghijrahannya untuk bertanding di Johor diharap dapat membantu menyelesaikan apa jua pertikaian antara pemimpin parti itu di negeri ini.

#PRU13 : RED BEAN ARMY - SAMSENG DAP, SATU PENGAKUAN

Intro...

Satu kebenaran... democrazy DAP

Apa pula kisah krisis dalamam DAP?

The Star mengesahkan wujudnya Red Bean Army