Friday 3 May 2013

#PRU13 : KERUSI-KERUSI PANAS DI JOHOR #UndiBN #TolakPR

Yang pasti ialah P162 GELANG PATAH:


Maruah Barisan Nasional Johor kini digalas oleh Tuan Pendekar Ghani Othman 

Jentera kempen Ghani Othman sudah bersedia untuk mengempur LKS untuk memastikan Maruah Barisan Nasional Johor tidak tecalar. Memang wajar Ghani Othman selaku ketua barisan kepimpinan Barisan Nasional Johor turun berlawan dengan Pemimpin Tertinggi Parti pembangkang DAP. Ghani Othman telah memetik api semangat kepada seluruh Jentera Parti (MCA, Gerakan, MIC dan UMNO) agar bersama-sama berkerja kuat menyakinkan rakyat Gelang Patah bahawa Kerajaan BN adalah kerajaan yang terbaik.
Biarlah Pendekar Melayu ini yang menjadi nakhodanya ...menjadi pendekar paling hadapan untuk berdepan dengan Kit Siang.
 
Seterusnya ialah : P161 PULAI
 
 
Kawasan Pulai yang berada di dalam kawasan Iskandar Malaysia sedang membanggun pesat, tiada sebab kenapa rakyat Johor khasnya Pengundi di Parlimen Pulai Perlu menukar wakil rakyat dari Pakatan Rakyat (Sdr. Salahuddin Ayub).walaupun kami rakyat pulai sedar wakli rakyat BN ada kelemahan dan kekurangan.

Tetapi kelemahan dan kekurangan pemimpin BN masih boleh di baiki dan di perbetulkan…kerana kami rakyat Johor tahu pemimpin BN masih boleh mendengar dan merasa denyut nadi rakyat ....walau bagaimana pun ucapan Terima Kasih & Selamat Berjaya kepada Sdr. Salahuddin Ayub kerana sudi menyatakan hasrat yang murni untuk bertanding di Johor.
 
Dan juga... P140 Segamat 

 
Kami rakyat Johor rasakan Kerajaan yang di terajuai oleh Barisan Nasional masih mampu memberi yang terbaik kepada rakyat Johor. Maka kami rakyat Johor akan mengundi calon Barisan Nasional pada PRU 13 nanti .
 


No comments:

Post a Comment