Wednesday 1 May 2013

#PRU13 : P143 PAGOH - PENGUNDI MUDA FELDA SERI JAYA KATA TIDAK PADA PEMBANGKANG #UndiBN #BetterNation

Calon BN N07 Bukit Serampang berbasikal menjelajah Felda Seri Jaya-


30 April Bukit Serampang - Petang tadi Calon Barisan Nasional N07 DUN Bukit Serampang Tuan Haji Ismail Mohamed bersama-sama pengundi muda dan belia-belia Felda Seri jaya yang terletak di kawasan DUN Bukit Serampang mengelilingi kawasan Felda ini dengan menaiki basikal dalam program Berbasikal Bersama Calon. Sebanyak 50 buah basikal terlibat dalam program berbasikal bersama calon DUN N07. Program berbasikal ini adalah program yang kedua selepas Felda Bukit Kepong yang sebelum ini terut mengadakan program seumpama ini. Selain berbasikal melalui kawasan ini, beliau turut singgah ke rumah-rumah peneroka Felda yang terlantar sakit. Pada program ini beliau melawat 3 buah rumah yang mana terdapat mereka yang terlantar sakit dan sudah uzur. Selepas berbasikal mengelilingi kawasan tersebut, beliau berhenti di kawasan gelanggang Futsal untuk bersama-sama pemuda kawasan ini. Beliau juga turut membuat sepak mula untuk perlawanan futsal pada petang tadi.
















No comments:

Post a Comment